10/05/2026
PEMAIN SAS LIONS CEMERLANG SPM 2025
Mereka pemain ragbi SAS LIONS yang dibentuk dan dijaga sejak tingkatan 1 sehinggalah tamat tingkatan 5. Mereka membawa nama SAS LIONS sehabis baik, sama seperti senior-senior mereka. Pelbagai cabaran, onak dan duri mereka lalui namun mereka tetap komited berjuang dan setia membawa nama pasukan ragbi SMK Sultan Abdul Samad dan membuka mata sekolah lain yang lebih dominan.
Alhamdulillah SPM 2025, mereka berjaya buktikan walaupun aktif bermain Ragbi sehingga peringkat tertinggi, ia bukan penghalang mereka untuk cemerlang dalam pelajaran. Dari kiri, Second Row SAS LIONS, Taufiqillah (SPM 6A), Cikgu Khairul Anwar (Pengurus Kelab Ragbi SAS LIONS), Full Back SAS LIONS, Jalaludin (SPM 9A) dan Kapten SAS LIONS, Syazwi (SPM 8A). Tahniah semua, terus bawa nama SAS LIONS terbang lebih tinggi~