14/05/2026
MyIPO hari ini berbesar hati menghadiri dan menyempurnakan penyerahan sijil paten bagi HELIOS kepada Axiata Cyber Fusion Center (ACFC), satu inovasi tempatan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang keselamatan siber.
Sebagai antara inisiatif paten keselamatan siber berkuasa AI terawal daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia, HELIOS membuktikan keupayaan bakat tempatan dalam membangunkan teknologi bernilai tinggi yang mampu memperkukuh ekosistem keselamatan digital negara.
Permohonan paten ini telah difailkan pada Ogos 2024 dan melalui proses pemeriksaan dipercepatkan oleh MyIPO atas faktor kepentingan nasional dan awam. Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan terhadap potensi inovasi tempatan dalam menangani cabaran keselamatan siber yang semakin kompleks.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Axiata dan seluruh pasukan Axiata Cyber Fusion Center atas pencapaian ini. Semoga menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi tempatan berimpak tinggi serta memperkukuh kerjasama strategik antara industri dan ekosistem harta intelek negara.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Ketua Pengarah MyIPO bersama YBrs. Tuan Razhuan bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); hadir sama Encik Abid Adam, Group Chief Risk and Compliance Officer Axiata Group; Encik Rainer Deutschmann, Group Chief Strategy and Transformation Officer dan Encik Foong Chee Kheong, Group Chief Regulatory Officer.