12/06/2026
SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU PASUKAN HOPE@PPUM
Pasukan Hope@PPUM kini tampil lebih mantap dengan kehadiran aset terbaharu iaitu sebuah bas penumpang berkapasiti 30 tempat duduk yang dilengkapi ruang kabin luas, moden dan selesa.
Melalui penerimaan aset ini, gerak kerja pasukan ke lapangan akan menjadi lebih lancar, pantas dan sentiasa bersedia untuk turun padang demi membawa perkhidmatan kesihatan terus kepada komuniti yang memerlukan.
Nantikan ketibaan pasukan Hope@PPUM di tempat anda dan teruskan sokongan padu anda!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi serta Pengurusan PPUM atas sokongan luar biasa ini.