30/05/2026
ππ’π π π¨π‘ππ§π¬ π£π’πππππ‘π β π£ππ₯ππ¨π π£πππ‘ π£ππ₯π πππ₯π¦ππ π π ππ¦π¬ππ₯ππππ§ πππππ‘π πππ¬π
KELANA JAYA, 29 Mei 2026 (Jumaat) β Timbalan Ketua Polis Balai (T/KPB), S/Insp Yusri bin Rahman bersama anggota Sektor 3 telah menghadiri program Perarakan Rumah Berhala Yuen Leong Sing Fatt Gong, Kg Chempaka, Petaling Jaya.
Kehadiran pihak PDRM mencerminkan sokongan berterusan terhadap program komuniti setempat di samping usaha memperkukuh hubungan silaturahim antara polis dan masyarakat berbilang kaum. Program ini turut menjadi platform penting untuk menyampaikan mesej keselamatan serta meningkatkan kesedaran awam berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara, sekali gus mengekalkan Kelana Jaya sebagai kawasan yang aman dan harmoni.