AADK Daerah Petaling

AADK Daerah Petaling Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Petaling, Government Organization, ARAS 2A , BAGUNAN PERSEKUTUAN PETALING, Petaling Jaya.

18/05/2026

β€œKalau aku tak hisap dadah, mesti aku dah bahagia sekarang”

Dalam tak sedar kan, ramai ingat dadah jalan pintas untuk rasa bahagia. Tapi sebenarnya, tak pun. Dadah cuma bawa banyak masalah seperti kesihatan rosak, hubungan terganggu dan masa depan pun boleh hancur.

Cuba anda bayangkan hari-hari kita rasa tenang dan ada masa untuk kejar impian dengan kawan-kawan. Ingat! Hidup bahagia ni sebenarnya satu pilihan.

Jadi, jom mula pilih jalan yang betul hari ini. Tinggalkan dadah, pilih bahagia, dan ajak kawan join gaya hidup sihat 🌟πŸ’ͺ

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



18/05/2026
18/05/2026

MEMPERKASA BELIA MELALUI KOMUNITI KREATIF DAN KESEDARAN PENCEGAHAN DADAH

Pembangunan komuniti kreatif merupakan salah satu elemen penting dalam membentuk jati diri belia yang progresif dan dinamik.

Melalui integrasi seni dan muzik, kita mampu membina ekosistem yang positif seterusnya mengukuhkan komitmen ke arah persekitaran bebas dadah.

Saksikan perbincangan ini dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang akan mengupas sinergi antara pengamal seni dan agensi penguatkuasaan dalam memupuk kesedaran awam.

πŸ“† Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Pagi
πŸ“Œ Platform Siaran: TV1, Berita RTM, RTMKlik & MYTV

Antara Panel Jemputan ialah Puan Noor Azrimah Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Kesedaran Awam), Bahagian Pencegahan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Encik Maman (Teacher’s Pet), Wakil Artis & Penggiat Industri Muzik dan Encik Ahmad Abdullah, Karyawan Seni.











14/05/2026
14/05/2026

𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§ π—žπ——π—‘
π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

πŸ“ 13 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement menerusi operasi bersepadu melibatkan PDRM, AKPS, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan keselamatan sempadan, kelancaran rantaian bekalan serta kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.

πŸ’¬ β€œKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu demi melindungi keselamatan ekonomi rakyat serta memastikan kestabilan bekalan negara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui pendekatan β€œSatu Agensi, Satu Tugas, Satu Matlamat Demi Negara”, KDN terus memastikan setiap operasi dilaksanakan secara strategik, pantas dan berimpak tinggi bagi mengekang ancaman penyeludupan, penyelewengan subsidi dan jenayah rentas sempadan.

Pendekatan penguatkuasaan pintar yang dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan:
β–ͺ️ Pemeriksaan kenderaan
β–ͺ️ Kawalan sempadan & laluan tikus
β–ͺ️ Rondaan laut & pelabuhan
β–ͺ️ Pemeriksaan dokumen & barang
β–ͺ️ Operasi bersepadu pelbagai agensi

KDN menegaskan bahawa elemen smart enforcement bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, malah menjadi benteng utama negara dalam:
πŸ”Ή Mencegah ketirisan bekalan
πŸ”Ή Melindungi kepentingan negara
πŸ”Ή Menjamin kesejahteraan rakyat
πŸ”Ή Memperkukuh kerjasama antara agensi
πŸ”Ή Melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan pintar








Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 13 Mei

14/05/2026

Mungkin bagi kita, membakar sampah itu cara paling mudah untuk β€˜membersihkan’ laman sendiri. Namun, sedarkah kita bahawa asap yang berkepul itu sebenarnya sedang 'menceroboh' masuk ke dalam paru-paru jiran tanpa izin?

Jangan biarkan keselesaan kita menjadi punca penderitaan orang lain. Di mana letaknya adab berjiran jika kita sanggup menyeksa mereka demi kepentingan peribadi?

Bayangkan jika di rumah sebelah ada anak kecil yang sedang tidur, warga emas yang uzur, atau pesakit asma yang bergelut untuk bernafas. Asap pembakaran kita bukan sekadar bau busuk, tetapi ancaman kesihatan yang nyata bagi mereka.

Islam sangat menekankan hak jiran, adakah kita mahu keberkatan hidup terjejas hanya kerana sikap mementingkan diri yang dianggap remeh ini?

Jaga lisan itu perlu, namun menjaga tindakan juga satu kewajipan dalam memelihara ukhuwah. Hentikan pembakaran terbuka dan beralihlah kepada cara yang lebih bertanggungjawab seperti kitar semula atau kompos. Jadilah jiran yang membawa kedamaian dan udara yang bersih, bukannya punca sesak nafas dan keretakan hubungan sesama manusia.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



14 Mei 2026 (Khamis) | SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG 1,Petaling Jaya.INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH.Pendidik...
14/05/2026

14 Mei 2026 (Khamis) | SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG 1,Petaling Jaya.
INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH.

Pendidikan pencegahan dadah akan sentiasa memainkan peranan penting bagi memberikan kefahaman berkenaan kesan dan akibat penyalahgunaan dadah dan bahan. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Petaling hari ini hadir ke SK Pusat Bandar Puchong 1, bagi berkongsi maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan.

Turut diadakan pameran antidadah bagi memberikan kefahaman dan langkah-langkah pencegahan dadah secara bersasar kepada pelajar tersebut bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah kepada mereka. Ceramah disampaikan oleh En. Mazalan Bin Yaacob, Pegawai Pencegahan AADK Daerah Petaling. Semoga bermanfaat.

Lebih baik cegah!

Jom follow tiktok kami 😍
https://www.tiktok.com/
___

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline disediakan. Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 untuk keterangan.







γ‚šviralγ‚·fypγ‚·γ‚šviralγ‚·al

13/05/2026

π—œπ— π—£π—”π—ž π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—•π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—šπ—Ÿπ—’π—•π—”π—Ÿ: π—žπ——π—‘ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§

🚨 RM25 JUTA+ nilai rampasan kumulatif direkodkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), KDNKA dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 12 April 2026.

πŸ’¬ β€œKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan pintar secara bersepadu demi memastikan keselamatan negara dan kestabilan bekalan rakyat terus terpelihara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sebanyak 526 KES telah direkodkan melibatkan pemeriksaan kenderaan dan barangan, kawalan diesel bersubsidi serta pembanterasan aktiviti penyelewengan yang menjejaskan keselamatan negara dan kestabilan bekalan rakyat.

Antara fokus utama operasi:
πŸ”Ή RM25 Juta+ rampasan kumulatif
πŸ”Ή 526 kes penguatkuasaan direkodkan
πŸ”Ή Pemeriksaan ketat kenderaan dan barangan
πŸ”Ή Kawalan penyelewengan diesel bersubsidi
πŸ”Ή Penguatkuasaan bersepadu demi jaminan bekalan negara

Pendekatan β€œsmart enforcement” terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan ekonomi negara dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, 10 Mei 2026

13/05/2026

Bila stres datang, ramai yang memilih jalan mudah untuk menenangkan diri. Tapi ingat, dadah bukan penyelesaian kepada masalah.

Mungkin pada awalnya kita nampak macam boleh bagi kelegaan, tapi sebenarnya dadah hanya merosakkan tubuh, minda dan masa depan kita.

Langkah terbaik adalah untuk berani bercakap, berkongsi rasa, dan dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan, atau kaunselor. Ingat, tekanan boleh dirawat dengan cara yang betul dan bukan dengan merosakkan diri.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

ARAS 2A , BAGUNAN PERSEKUTUAN PETALING
Petaling Jaya
46200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share