15/06/2024
Posting pilihan:
*HIMPUNAN ASPIRASI MADANI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI*
*14 Jun 2024 | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)*
Menghimpunkan 10,000 ahli AKRAB, Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam “H.E.M.A.T: Menyantuni Hasrat, Membina Citra” telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Putrajaya. Himpunan ini juga turut dihadiri oleh 10 orang Ahli AKRAB Kimia Malaysia yang diketuai oleh Encik Hairul Nizwan bin Ab Manap selaku Pengerusi AKRAB Kimia Malaysia dan Puan Marhayani Binti Md Saad TKPO , Memangku Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia
Dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri, menerusi aspirasi yang sangat memberi makna kepada semua pegawai awam.
Antara aspirasi penting yang perlu diberi perhatian oleh seluruh pegawai awam adalah memastikan kesenjangan dalam ekonomi dapat dikurangkan menerusi pemerkasaan budaya dan nilai yang dicerna menerusi hati nurani, akal budi yang baik oleh pegawai awam.
Selain itu, pegawai awam harus terus meningkatkan prestasi, lebih keras terhadap penyelewangan dan rasuah serta pada masa yang sama memberi perhatian terhadap setiap perkara yang boleh membantu Kerajaan dan terkait yang memberi manfaat kepada negara.
Sesungguhnya pesanan YAB Perdana Menteri amat jelas "AKRAB INI BENTENG KITA"! yang didasarkan oleh pegawai awam dengan membawa amanah, menjaga imej dan integriti serta melaporkan pengkhianat dan perasuah dalam negara ini kerana "KITA" adalah pahlawan-pahlawan bangsa.
Perdana Menteri juga menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria sebagai simbolik mewakili seluruh ahli AKRAB bertauliah, serta melancarkan AKRAB sebagai Ejen Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam dalam memastikan dasar-dasar Kerajaan MADANI dapat terus dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.
14 June 2024
Ref: https://www.facebook.com/share/dcDkDUAxBBK99ZjL/?