Armada Bersatu Damansara

Armada Bersatu Damansara Page Rasmi Pemuda ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia Parlimen P106 Damansara

24/05/2026
20/05/2026
19/05/2026

KENYATAAN MEDIA
ARMADA BERSATU SELANGOR JUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA - TUNTUT WONG SIEW KI DAN RONNIE LIU SEGERA MOHON MAAF !

Armada BERSATU Selangor dengan penuh taat setia menjunjung kasih atas titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berhubung Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor. Armada BERSATU Selangor amat terkesan apabila Baginda sendiri berkenan menyebut nama ADUN Seri Kembangan, YB Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sg Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew secara langsung dalam kenyataan media DiRaja. Ini bukan perkara biasa. Ini adalah isyarat tegas daripada Baginda bahawa sikap dan tindak-tanduk mereka telah melampaui batas yang sewajarnya.

Dalam sesi perbahasan yang lepas, YB Wong Siew Ki telah memilih untuk mempertikaikan titah Tuanku Sultan dengan membawa hujah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan berhubung prinsip kesamarataan yang jelas tersasar dan tidak relevan. Tindakan sebegini mencerminkan sikap seorang wakil rakyat yang degil, sombong dan angkuh dengan tidak menghormati institusi DiRaja. Lebih memeranjatkan, bekas Exco DAP Selangor Ronnie Liu kemudiannya tampil mendakwa titah Sultan "tidak automatik jadi undang-undang mutlak" dan mencadangkan agar titah Baginda dicabar di mahkamah. Ini bukan sekadar kesilapan bertutur. Ini adalah tindakan yang mempersendakan institusi DiRaja Selangor secara terbuka.

Armada BERSATU Selangor menegaskan bahawa prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan pilihan, bukan subjek perbahasan, dan bukan bahan untuk eksperimen politik. Ia adalah tunjang utama Rukun Negara yang wajib dipegang oleh setiap wakil rakyat tanpa mengira latar belakang. Sehubungan itu, Armada BERSATU Selangor menuntut agar YB Wong Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor atas kenyataan dan tindakan mereka yang tidak beradab dan menyinggung institusi DiRaja Selangor.

HAFIZAN NAIMMAN BIN JEESIN
NAIB KETUA ARMADA BERSATU NEGERI SELANGOR
19 MEI 2026

15/05/2026

Tahniah buat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya BERSATU.

Selamat maju jaya dalam menggalas tanggungjawab ini.

15/05/2026

Tahniah Y.B. Muhammad Hilman Bin Idham di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Ikhlas daripada seluruh kepimpinan ARMADA BERSATU Malaysia.

Selamat berkhidmat!

11/05/2026

πŸ”₯ RAPAT RAKYAT SELANGOR πŸ”₯
Memperkukuh Agenda Peduli Rakyat demi masa depan negeri yang lebih prihatin, progresif dan sejahtera.

πŸ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•£ 8:30 Malam
πŸ“ Pangsapuri Cempaka 1 & 2, Seksyen 18, Shah Alam

Ayuh rakyat Selangor bersama-sama hadir menyatakan sokongan dan mendengar aspirasi demi kebajikan rakyat serta masa depan negeri tercinta.

✊ Bersatu β€’ Beramanah β€’ Bermaruah






09/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Saudara Na'im Brundage dan Saudara Hafizan Naimman pelantikan sebagai Ketua Armada Bersatu Negeri Selangor & Naib Ketua Armada Bersatu Negeri Selangor.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, semangat perjuangan dan komitmen demi memperkukuh suara anak muda serta membawa aspirasi rakyat ke arah negeri dan negara yang lebih baik.

Terus maju, terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.




26/04/2026

Address

Tingkat 1. 21-1 Jalan Cempaka SD 12/D, PJU 9 Bandar Sri Damansara
Petaling Jaya
52200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share