Armada Bersatu Permatang Pauh

Armada Bersatu Permatang Pauh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Armada Bersatu Permatang Pauh, Political organisation, Permatang Pauh.

27/03/2026

KENYATAAN MEDIA

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 26 Mac 2026 mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar susulan ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Namun, ia gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, tersusun dan segera untuk menghadapi kemungkinan kegawatan global.

Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada risiko kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi.

Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia?

Langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat bersifat pentadbiran semata-mata, tanpa menjawab isu asas keterjaminan bekalan tenaga. Rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan, serta pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan besar.

Kenyataan bahawa Malaysia berada dalam keadaan “lebih baik” juga tidak memadai tanpa penjelasan terperinci yang jelas.

Malah, usaha membawa pulang kapal minyak dari Iran menimbulkan persoalan baharu mengenai tahap risiko sebenar terhadap bekalan tenaga negara.

Untuk lebih telus, bolehkah kerajaan menjelaskan berapakah hasil yang diperolehi oleh Petronas dengan kenaikan harga minyak dunia pada masa ini dan berapa banyak yang boleh dikembalikan kepada rakyat dengan cara mengawal kenaikan harga minyak supaya tidak keterlaluan?

Kenyataan kerajaan bahawa 90% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan yang keterlaluan ini adalah amat mengelirukan kerana ia pastinya menyebabkan kenaikan kos dalam rantaian bekalan dan peningkatan harga barangan keperluan harian rakyat secara mendadak.

Hakikatnya 100% rakyat terjejas dengan kenaikan harga minyak.

Pendekatan kerajaan yang masih bersifat “sedang difikirkan” amat membimbangkan. Dalam krisis, rakyat memerlukan kepastian, garis masa dan tindakan konkrit bukan sekadar kemungkinan. Kerajaan perlu lebih telus dalam menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara dan strategi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Kelewatan hanya akan meningkatkan ketidakpastian pasaran dan menekan kos sara hidup.

Kerajaan sepatutnya segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis yang bersidang secara harian, melibatkan sektor awam dan swasta, bagi memantau perkembangan global dan menyusun tindak balas yang pantas serta bersepadu seperti yang pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 1997–98, 2008 dan pandemik COVID-19. Pakej rangsangan perlu difikir dan dilaksanakan untuk melindungi sektor sektor kritikal dan pemain industri terutamanya PMKS supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimakan.

Apa yang diperlukan rakyat ialah halatuju ekonomi yang jelas iaitu strategi menangani inflasi, jaminan bekalan makanan dan tenaga, serta perlindungan terhadap pendapatan dan kelangsungan perniagaan tempatan.

Dalam saat genting ini, kepimpinan negara mesti tegas dan jelas. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis ini.

YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN YASSIN
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

27 MAC 2026

26/03/2026

KENAIKAN HARGA MINYAK: KERAJAAN HARUS BERI PENJELASAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

ARMADA BERSATU Malaysia memandang serius kenaikan harga minyak yang diumumkan Kerajaan berkuatkuasa hari ini, 26 Mac 2026. Kenaikan ini bukan sekadar pelarasan angka, tetapi satu tekanan baharu yang akan terus menghimpit kehidupan harian rakyat.

Hakikatnya, setiap kenaikan harga minyak akan memberi kesan rantaian kepada kos sara hidup — daripada harga makanan, pengangkutan, sehinggalah kepada barangan keperluan asas. Situasi ini juga bakal memacu inflasi yang tinggi sekaligus menekan kuasa beli rakyat. Kesannya, golongan B40 dan M40 yang masih bergelut dengan tekanan ekonomi pasca pandemik kini sekali lagi dipaksa menanggung beban yang semakin berat.

Namun, apa yang lebih mengecewakan, setelah pelbagai janji dan hujah Perdana Menteri khususnya berhubung desakan untuk Kerajaan sebelum ini menurunkan harga minyak, Kerajaan Madani sendiri gagal memberi penjelasan yang telus dan meyakinkan berhubung rasional kenaikan ini.

Apakah kenaikan ini semata-mata akibat daripada konflik yang berlaku di Asia Barat ? Bukankah kenaikan harga minyak dunia turut meningkatkan pendapatan negara khususnya menerusi Petronas ? Apakah unjuran pendapatan Petronas sekiranya konflik di Asia Barat berterusan ?

Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat untuk terus berkorban tanpa memberikan gambaran jelas tentang hala tuju dasar subsidi serta langkah perlindungan yang konkrit.

Rakyat juga bimbang dengan beberapa laporan media yang mendedahkan kuota subsidi RON95 untuk rakyat bakal di kurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter. Jika laporan ini benar-benar berlaku, ianya merupakan satu malapetaka buat rakyat.

Selain itu, Kerajaan harus menyediakan pelan yang konstruktif bagi mengawal dan menstabilkan harga diesel yang memberi kesan langsung terhadap rantaian bekalan dan logistik.

Persoalannya, apakah semua ruang penjimatan dalam pengurusan kewangan negara telah diteroka sepenuhnya ? Mengapa rakyat perlu dibebankan terlebih dahulu, sedangkan isu ketirisan dan pembaziran masih belum ditangani secara menyeluruh?

Jelas, pelarasan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini membuktikan Kerajaan Madani gagal. Kerajaan harus tampil beri penjelasan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

MUHAMMAD HILMAN IDHAM

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Ikhlas daripada kami,Saf Pimpinan ARMADA BERSATU Bahagian, mewakili seluruh anggot...
20/03/2026

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas daripada kami,
Saf Pimpinan ARMADA BERSATU Bahagian, mewakili seluruh anggota ARMADA BERSATU di segenap peringkat dalam Bahagian Permatang Pauh.

Izhar Shah Arif Shah
Bersatu Permatang Pauh
Armada Bersatu Malaysia

12/03/2026
11/03/2026

🌙 MALAM KEROHANIAN & KESATUAN UMMAH 🌙

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat seluruh pejuang dan ahli keluarga besar BERSATU serta umat Islam di Malaysia yang dikasihi.

Sempena menghayati keberkatan 10 malam terakhir Ramadan, kami menjemput anda semua untuk bersama-sama dalam majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Perdana. Inilah masanya untuk kita merapatkan saf, memohon pertolongan daripada Allah SWT demi kesejahteraan agama, bangsa, dan tanah air.

Di majlis ini:
1) Kita memohon perlindungan dan keberkatan buat seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.
2) Mendoakan keutuhan dan kelangsungan perjuangan parti BERSATU agar terus relevan membela rakyat.
3) Secara khusus, mari kita panjatkan doa agar segala urusan mahkamah melibatkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipermudahkan, diberikan keadilan yang hakiki, dan kemenangan yang berpihak kepada kebenaran.

Butiran majlis seperti berikut:
🗓 Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
🕙 Masa: 10:00 Malam
🎙 Dipimpin Oleh: Al-Fadhil Ustaz Khairul Musa
📍 Penyertaan: Sila imbas Kod QR pada poster untuk penyertaan atau klik pautan berikut:
https://meet.google.com/hfc-ipdc-yqd

"Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin."

Mari kita satukan hati dan suara. Semoga titisan doa kita malam ini menjadi asbab turunnya rahmat dan kemenangan buat perjuangan kita semua. 🤲

Setia dan Tetap BERSATU!Ruangan Iftar sebagai medan perbaharui ukhuwah dan muafakat.Amanat Presiden membakar semangat pe...
11/03/2026

Setia dan Tetap BERSATU!

Ruangan Iftar sebagai medan perbaharui ukhuwah dan muafakat.

Amanat Presiden membakar semangat perjuangan.

Lautan Merah BERSATU, inshaAllah menuju kemenangan!

Khidmat bakti wadah yang sederhana dan inklusif ini, hanya demi rakyat.

21/02/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 21 Februari 2026

18/02/2026

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan buat seluruh umat Islam

Ikhlas daripada,
Saf Pimpinan ARMADA BERSATU
Negeri Pulau Pinang

07/02/2026
22/01/2026
YB Zulkefli Bakar ADUN Penanti merangkap Ketua BERSATU Bahagian Permatang Pauh santuni keluarga-keluarga di Taman Guar P...
20/01/2026

YB Zulkefli Bakar ADUN Penanti merangkap Ketua BERSATU Bahagian Permatang Pauh santuni keluarga-keluarga di Taman Guar Perahu yang ditimpa musibah.

Kita sama-sama berdoa semoga setiap urusan keluarga yang diuji ini akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Address

Permatang Pauh
13500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share