Wanita Umno Permatang Pauh

Wanita Umno Permatang Pauh Organisasi pendorong utama akar umbi dan bersemangat tinggi. Memperjuangkan penglibatan wanita dari rumah tangga hingga ke dunia korperat dlm banyak aspek.

Peranan Wanita kepada parti semakin menyerlah. Kepimpinan dan sumbangan Wanita semakin signifikan, relevan dan terserlah di semua peringkat dalam parti dan kerajaan. Dengan kekuatan keahlian seramai 1.3 juta dari 191 bahagian mewakili 20,797 cawangan dari seluruh negara, Wanita UMNO terus mengorak langkah dengan penuh yakin dan semangat, tanpa menoleh ke belakang untuk menggembleng potensi yang ad

a bagi melonjakkan kemajuan dan pembangunan wanita serta keutuhan institusi keluarga. Hasil perjuangan pemimpin-pemimpin wanita di segenap peringkat, tanpa mengenal erti penat, lelah dan jemu, wanita Malaysia berjaya memecah tradisi apabila 30 peratus (%) penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam telah tercapai dan akan menjadi realiti dalam sektor korporat. Berkat perjuangan Wanita UMNO dari dulu hingga kini banyak dasar tentang kedudukan wanita, keluarga dan masyarakat direalisasikan pada hari ini. Dasar-dasar itu adalah hasil memorandum Wanita UMNO - baik daripada usul sosial, agama dan ekonomi. Pendorong utama pemimpin dan ahli Pergerakan Wanita UMNO bekerja dan berkhidmat semestinya ialah semangat. Semangat itu tidak cukup dengan pidato beremosi serta berdebat dan berhujah sahaja. Semangat itu diterjemahkan oleh Wanita UMNO dengan bekerja keras dan berusaha untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang dalam setiap pilihan raya. Pergerakan Wanita UMNO adalah sebuah organisasi akar umbi. Kaitan dengan pengundi dan masyarakat begitu rapat, maka wajar Wanita UMNO diiktiraf setimpal dengan peranan dan sumbangannya kepada parti selama 64 tahun.

21/10/2025
Arini x sangka secara kebetulan berjumpa dgn kwn seperjuangan di Genting off all the places  alhamdulillah  tq  kerana m...
26/11/2022

Arini x sangka secara kebetulan berjumpa dgn kwn seperjuangan di Genting off all the places alhamdulillah tq kerana masih kenal sy walaupun dh lama x jumpa dgn pakai facial mask lg masih Tq kerana masih ingat kak lg 🥰

18/11/2022

Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.

Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.

Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!
✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

10/11/2022

Sudah lama ada akaun TH? Kemas kini maklumat?

Perlu ke?

Sekiranya terdapat perubahan kepada alamat, nombor telefon, emel, maklumat waris atau apa-apa data peribadi yang berkaitan, pendeposit perlu melakukan kemas kini maklumat akaun TH.

Maklumat akaun dan data peribadi yang tidak dikemas kini akan menyebabkan maklumat terkini daripada TH tidak dapat diterima oleh pendeposit.

Hadir ke cawangan TH yang berdekatan atau melalui platform THiJARI untuk kemaskini maklumat akaun TH anda.

Maklumat akaun TH yang tepat dan terkini akan memudahkan urusan pendeposit pada masa akan datang.

28/10/2022
25/10/2022
25/10/2022
Selesai sudah  Program Sentuhan Kasih Mahasiswa PTPTN dan menyampaikan surat tawaran pinjaman wang pendahuluan pinjaman ...
02/10/2021

Selesai sudah Program Sentuhan Kasih Mahasiswa PTPTN dan menyampaikan surat tawaran pinjaman wang pendahuluan pinjaman (WPP) kepada adik2 yang akan memasuki universiti2 diseluruh Malaysia. Ianya sebagai inisiatif Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr Noraini bt Ahmad merangkap Ketua Wanita Umno Malaysia kepada pelajar2 yang menerima tawaran kemasukkan di universitidi seluruh Malaysia.

Program ini dihadiri oleh Datuk Ketua Umno Bhg Pmtg Pauh Datuk Hj Mohd Zaidi dan beliau berbesar hati memberikan sumbangan kpd pelajar2 ini sebagai hadiah galakkan. Selamat maju jaya semoga menjadi lebih cemerlang.

Address

Wisma Transformasi
Permatang Pauh
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Umno Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita Umno Permatang Pauh:

Share