PAS Kuala Perlis

PAS Kuala Perlis PAS Kuala Perlis

15/09/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

Hala tuju (road map) petunjuk Allah yang dilalui oleh para anbiya’ berteraskan kekuatan kaum bersama mereka. Di mana bumi seseorang nabi mula berpijak, kaum bangsanya didahulukan, walaupun risalahnya kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤ وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرۡهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ ٥

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.’ Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” [Surah Ibrahim: 4–5]

Allah menamakan setiap orang rasul itu sebagai saudara kepada kaum masing-masing sebagaimana firman Allah SWT:

۞وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٦٥

“Dan kepada (kaum) ‘Ad (Kami telah mengutus) saudara mereka, Hud. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada bagimu Tuhan selain Dia! Maka, mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?’” [Surah al-A‘raf: 65]

Firman Allah SWT:

۞وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَٰلِحٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥۖ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱسۡتَعۡمَرَكُمۡ فِيهَا فَٱسۡتَغۡفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٞ مُّجِيبٞ ٦١

“Dan kepada (kaum) Thamud (Kami telah mengutus) saudara mereka, Salih. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada bagimu Tuhan selain Dia! Dia telah menciptakan kamu daripada bumi (tanah) dan menghendaki kamu memakmurkannya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya, Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).’” [Surah Hud: 61]

Firman Allah SWT lagi:

۞وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥۖ وَلَا تَنقُصُواْ ٱلۡمِكۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَۖ إِنِّيٓ أَرَىٰكُم بِخَيۡرٖ وَإِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٖ مُّحِيطٖ ٨٤

“Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami telah mengutus) saudara mereka, Shu‘aib. Dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada bagimu Tuhan selain Dia! Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (Kiamat).’” [Surah Hud: 84]

Begitulah juga nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW yang diutus kepada seluruh manusia di seluruh dunia memulakan dakwah kepada kaumnya di bumi Makkah, tempat kelahirannya. Firman Allah SWT:

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤

“Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” [Surah al-Shu‘ara’: 214]

Maka, Rasulullah SAW memulakan penyampaian risalah kepada kaumnya, diikuti dengan kabilah Arab di Semenanjung Tanah Arab.

Negara Islam ditegakkan melalui hijrah ke Madinah dengan menyatukan orang Arab yang memeluk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar, sebelumnya juga bermula dengan perdamaian Aus dan Khazraj, penduduk asal Madinah. Kemudian, disertai bersama orang bukan Arab yang memeluk Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Apabila bangsa Arab lemah pegangan pada Islam, maka Allah menukarkan kepada bangsa lain yang menganut Islam untuk memimpin Islam. Firman Allah SWT:

هَـٰٓأَنتُمۡ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) di jalan Allah, maka antara kamu ada yang bakhil. Dan sesiapa yang bakhil, sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah Yang Maha Kaya, sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” [Surah Muhammad: 38]

Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِي بَعَثَ فِي ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولٗا مِّنۡهُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ ٢ وَءَاخَرِينَ مِنۡهُمۡ لَمَّا يَلۡحَقُواْ بِهِمۡۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٣ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ ٤

“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, serta mengajari mereka Kitab (al-Quran) dan Hikmah (al-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (2) Dan (juga) kepada kaum yang lain daripada mereka (bukan Arab) yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (3) Demikianlah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (4)” [Surah al-Jumu‘ah: 2–4]

Para sahabat meriwayatkan satu hadis ketika ayat ini diwahyukan, mereka bertanya Rasulullah SAW:

مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟

“Siapakah mereka, wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW sambil meletakkan tangannya pada badan Salman al-Farisi RA:

‌لَوْ ‌كَانَ ‌الْإِيمَانُ ‌عِنْدَ ‌الثُّرَيَّا، لَنَالَهُ رِجَالٌ، أَوْ رَجُلٌ، مِنْ هَؤُلَاءِ.

“Kalaulah iman itu berada di bintang Thurayya, nescaya dicapai oleh beberapa orang — atau seorang — tokoh daripada kalangan mereka ini (bangsa Parsi).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, no. 4897 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab Fada’il al-Sahabah, no. 2546, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan Islam saling bertukar bangsa yang penganutnya mendominasi dari segi iman, akhlak, dan ilmu yang beristiqamah bersama Islam. Di sini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam boleh bertukar kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam dan di mana-mana saja negerinya. Kepimpinan Islam saling bertukar kepada bangsa Parsi (Iran), Turki, Tatar, dan lain-lain, termasuk rumpun Melayu.

Islam mengharamkan kemenangan yang berwala’ kepada bukan Islam dalam ayat yang banyak sehingga menjadi munafiq dan merosakkan iman. Firman Allah SWT:

بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا ١٣٩

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. [138] (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Adakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (139)” [Surah al-Nisa’: 138–139]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ عَلَيۡكُمۡ سُلۡطَٰنٗا مُّبِينًا ١٤٤

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin! Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyeksamu)?” [Surah al-Nisa’: 144]

Firman Allah SWT lagi:

۞يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥١

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu); sebahagian mereka ialah pemimpin bagi sebahagian yang lain! Sesiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Surah al-Ma’idah: 51]

Allah SWT menetapkan sempadan hubungan dengan bukan Islam melalui firman-Nya:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Hilangnya kuasa Islam memimpin dunia apabila berlaku perpecahan dan kelekaan disebabkan kemewahan pada masa berkuasa. Firman Allah SWT:

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٤٦

“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu, dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Anfal: 46]

Semuanya bermula dengan kesenangan dan kemewahan. Firman Allah SWT:

وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّهۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيۡهَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَٰهَا تَدۡمِيرٗا ١٦

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” [Surah al-Isra’: 16]

Diikuti oleh perebutan harta dan takhta serta diikuti oleh kefanatikan bangsa dan mazhab sehingga dimasuki musuh Islam, syaitan yang melagakan umat Islam.

Allah telah menetapkan ikatan tali Islam yang menyatukan umat Islam bersama Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (103) Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf, dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (104) Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat. (105)” [Surah Ali ‘Imran: 103–105]

Allah tidak memadamkan cahaya Islam dengan kelahiran kump**an Islam yang peranannya menyatukan kembali dan menyambung semula perjuangan Islam di mana-mana sahaja adanya penganut Islam yang ramai jumlahnya.

Kini, wilayah Nusantara berlakunya jumlah umat Islam rumpun Melayu yang terbesar. Maka, adalah menjadi kewajipan umat Islam rumpun Melayu berjihad bagi memenangkan Islam di mana kedudukan bumi bangsanya berpijak.

Hal ini bukan bermakna ‘asabiyyah kebangsaan (fanatik perkauman) kerana Islam mengharamkannya dan wajib berlaku adil kepada seluruh manusia yang dijadikan amanah terbesar. Al-Quran menunjukkan dasar umum bagi menegakkan negara dengan firman Allah SWT:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤

“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberikan petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [Surah al-Sajdah: 24]

Allah menetapkan politik mentadbir negara ialah salah satu daripada tujuan manusia diciptakan. Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]

Menegakkan kerajaan yang adil ialah amanah yang ditetapkan kepada manusia. Firman Allah SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” [Surah al-Ahzab: 72]

Amanah ialah berlaku adil kepada semua berpandukan Islam. Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Nabi Ibrahim AS dijadikan teladan kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT:

۞وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia.’ Ibrahim berkata, ‘(Dan aku mohon juga) daripada keturunanku.’ Allah berfirman, ‘Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim.’” [Surah al-Baqarah: 124]

Allah juga memerintahkan untuk mengambil teladan daripada kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman AS serta kerajaan Zulqarnain yang bukan nabi. Demikian juga, teladan kezaliman paling madani yang membawa bencana seperti Babylon, Firaun, kaum ‘Ad, Thamud, dan lain-lain yang dibinasakan.

Allah menolak politik kebendaan Bani Isra’il tanpa ilmu dan akhlak. Firman Allah SWT:

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٤٧

“Nabi mereka mengatakan kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.’ Mereka menjawab, ‘Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?’ Nabi (mereka) berkata, ‘Sesungguhnya, Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.’ Allah memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 247]

Rasulullah SAW dan para khalifah serta raja Islam berjaya memperkasakan umat Islam yang bermula dengan bumi Arab yang miskin menjadi negara besar yang beriman, berakhlak, berilmu, dan berlaku adil selama beberapa abad berpandukan firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 40–41]

Negara Islam yang ditegakkan dengan perjuangan, berjaya memimpin masyarakat majmuk dengan beriman, berkebajikan, berkedaulatan undang-undang yang hebat, dan berwawasan dunia sehingga akhirat. Semua ini berkonsepkan perpaduan umat Islam dan umat manusia.

Maka, PAS menolak reformasi Pakatan Harapan Madani berkonsepkan kebendaan yang memisahkan kiblat politiknya ke arah kuasa besar serta harta Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa iman dan budiman.

Umat Islam diharamkan untuk menumpang serta berwala’ kepada kalangan bukan Islam. Mereka diperintahkan supaya menunaikan kewajipan yang merdeka bawah petunjuk Allah.

Dahulukan perpaduan parti-parti Melayu Islam yang besar dan berpengaruh bersama kaum asal bumiputera bukan Islam, disusuli bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk yang pernah bersama berjuang menentang penjajah. Perkara ini mengambil teladan daripada Rasulullah SAW yang bermula dengan perpaduan bangsa Arab.

Bangsa Melayu juga mempunyai kedudukan yang besar di rantau ini. Mereka berpijak di bumi yang kaya hasilnya dan mewah sumber manusianya, seterusnya paling layak memimpin masyarakat majmuk bersama Islam yang berdaulat yang pernah menempa sejarah tamadun dunia yang paling berjasa sehingga hari ini, walaupun jasanya tidak dikenang oleh musuh-musuh Islam yang merosakkan dunia pada hari ini. Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 3 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 15 September 2026

[Bil: 58 / 2026]

14/09/2026

✳️𝗧𝗶𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗶 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿, 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁

KANGAR: Tempoh 2023 hingga 2025 menjadi antara fasa penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di bawah kepimpinan PAS menerusi Perikatan Nasional (PN).

Agenda yang diketengahkan meliputi reformasi pentadbiran, pengukuhan ekonomi, kebajikan rakyat serta pemerkasaan Islam dan identiti negeri.

Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Negeri membawa naratif dasar ‘tegas, tadbir urus berintegriti, rakyat didahulukan’.

Baca lanjut di sini :
https://harakahdaily.net/2026/09/14/tiga-tahun-menyemai-dasar-ekonomi-dan-kebajikan-rakyat/

11/09/2026
10/09/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔: 𝗛𝗔𝗣𝗨𝗦 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

Undang-undang warisan penjajah perlu dihapuskan bagi memastikan erti kemerdekaan dapat dihayati sepenuhnya. Khususnya, undang-undang yang menghalang kedudukan Islam di tempatnya yang mulia mengatasi undang-undang ciptaan manusia yang tidak diizinkan oleh Allah SWT kerana banyak kelemahannya yang merebakkan kemungkaran.

Firman Allah SWT:

أَمۡ لَهُمۡ لَهُمْ شُرَكَـٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١

“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [Surah al-Syura: 21]

Generasi awal dalam kalangan ahli Parlimen daripada Kerajaan Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, serta PAS daripada parti pembangkang berjaya meletakkan Islam sebagai agama negara dan mengekalkan hak penganut agama lain dalam kalangan rakyat masyarakat majmuk. Pelaksanaan ini berkonsepkan tiada paksaan beragama dan berlaku adil kepada seluruh manusia sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah.

Suruhanjaya Reid

Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan negara bertujuan meneruskan penjajahan baharu secara halus. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956 bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan ke arah kemerdekaan.

Suruhanjaya bebas ini dipengerusikan oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan England dan dianggotai oleh pakar-pakar undang-undang dari negara Komanwel, iaitu:

• Lord William Reid (Pengerusi – United Kingdom)
• Sir Ivor Jennings (United Kingdom)
• Sir William McKell (Australia)
• Hakim B. Malik (India)
• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Tidak ada seorang pun wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.

Perbahasan mengenai agama dalam Laporan Suruhanjaya Reid merupakan antara perkara paling sengit yang dibahaskan semasa penggubalan perlembagaan. Kronologi dan dinamik perbahasan tersebut merangkumi aspek berikut:

• Cadangan Asal Parti Perikatan

Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) telah menghantar memorandum yang mendesak agar Islam diakui sebagai agama Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam draf awal, terdapat usul tambahan yang menyatakan bahawa peruntukan ini tidak bermaksud negara ini bukan sebuah negara sekular. Akhirnya, istilah sekular dihapuskan daripada perlembagaan.

• Sikap Raja-raja Melayu

Pada peringkat awal, Raja-raja Melayu agak keberatan dengan cadangan meletakkan Islam di peringkat Persekutuan. Hal ini demikian kerana, baginda bimbang peruntukan pusat tersebut akan menjejaskan kuasa mutlak Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam yang berdaulat di negeri masing-masing. Oleh itu, usul frasa “negara sekular” tersebut akhirnya ditolak sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kerja Perlembagaan dan Raja-raja Melayu.

• Syor Hakim Abdul Hamid

Beliau merupakan satu-satunya anggota suruhanjaya yang bertegas menyokong penuh agar status Islam dimasukkan ke dalam draf perlembagaan secara rasmi. Beliau berhujah bahawa peruntukan sedemikian rupa sememangnya sudah sedia wujud dalam undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu.

• Bantahan Parti Pembangkang (PAS)

Setelah draf laporan diumumkan, PAS mengkritik hebat Laporan Suruhanjaya Reid. PAS menganggap peruntukan agama tersebut terlalu longgar dan hanya sekadar hiasan. PAS menuntut pelaksanaan Islam yang lebih menyeluruh selari dengan maksud al-din, termasuk syarat supaya Perdana Menteri mestilah seorang yang beragama Islam.

• Kompromi Akhir (Perkara 3)

Melalui rundingan dan tolak ansur antara kaum dan pihak jawatankuasa kerja, pindaan muktamad telah dibuat. Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan (seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). Sebagai jaminan keharmonian, hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan tetap dipelihara sepenuhnya.

Raja-raja Melayu, PAS dan beberapa pemimpin UMNO telah memainkan peranan menolak pentafsiran sekular kepada Islam yang menjadi agama negara. Namun begitu, diletakkan p**a beberapa peruntukan yang menghalang pelaksanaan syariat Islam yang sempurna, antaranya disebut dengan Jadual Kesembilan.

Pembahagian Bidang Kuasa (Senarai Persekutuan vs Senarai Negeri)

Badan perundangan negeri hanya berkuasa menggubal kesalahan terhadap ajaran Islam. Kuasa ini tertakluk kepada Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) dalam Perlembagaan Persekutuan. Negeri tidak boleh menggubal undang-undang bagi perkara yang diletakkan di bawah Senarai Persekutuan (seperti undang-undang jenayah sivil).

Pertindihan skop undang-undang jenayah sering menyebabkan peruntukan enakmen negeri dicabar di mahkamah.

Had Hukuman Mahkamah Syariah

Bidang kuasa menghukum Mahkamah Syariah dihadkan oleh undang-undang persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) mengehadkan hukuman maksimum 3:5:6. Berdasarkan pindaan tahun 1984, bidang kuasa hukuman takzir bagi Mahkamah Syariah dihadkan kepada:

• Penjara: Maksimum 3 tahun.
• Denda: Maksimum RM 5,000.
• Sebatan: Maksimum 6 kali.

Sebatan ini bersifat menyeksa, bukan mendidik, sepertimana yang ditetapkan syaratnya dalam hukum Islam. Had hukuman ini menghalang pelaksanaan bentuk hukuman jenayah syariah yang lebih berat.

Kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tertinggi

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menetapkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan perlembagaan boleh dibatalkan. Maka, pelaksanaan penuh undang-undang jenayah syariah memerlukan pindaan perlembagaan yang meluas di peringkat Parlimen.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ahmad Ibrahim mencadangkan agar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ditafsirkan dan diperkasakan secara menyeluruh sebagai al-din (cara hidup yang lengkap), bukan sekadar agama rasmi yang terbatas kepada ritual.

Pandangan ini disokong oleh beberapa orang Ketua Hakim Negara dan ilmuwan seperti Tun Salleh Abas, Tan Sri Harun Hashim, Tun Ahmad Fairuz, Prof. Nik Abdul Rashid, dan tokoh-tokoh perundangan lain. Antara yang dicadangkan oleh mereka:

1. Pentafsiran Luas Perkara 3(1)

Beliau berpendapat peruntukan agama Islam bagi Persekutuan merangkumi semua aspek kehidupan bermasyarakat, perundangan, politik, dan ekonomi. Islam hendaklah ditafsirkan dengan maksud al-din (bahasa al-Quran).

2. Pemansuhan Undang-Undang Sivil British

Mengesyorkan pemansuhan Civil Law Act 1956 secara berperingkat agar negara tidak terus terikat sepenuhnya kepada common law selepas merdeka.

3. Pindaan Perlembagaan

Memasukkan klausa atau prinsip yang menegaskan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah ditolak.

4. Penyelarasan Perundangan

Mewajibkan rujukan kepada prinsip hukum syarak dalam enakmen dan akta negara bagi memastikan keharmonian antara undang-undang sivil dengan syariah.

Namun begitu, beberapa parti yang ditubuhkan selepas kemerdekaan menjadi pencabar perubahan, khususnya Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

Apakah buktinya?

1. Mukadimah Perlembagaan DAP

Mukadimah Perlembagaan DAP menyatakan bahawa Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan 1957) ialah satu dokumen sekular yang mendukung prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, kesaksamaan, dan hak asasi manusia (mengikut takrif mereka).

2. Fasal Matlamat

DAP menetapkan matlamat untuk berjuang menerusi saluran perlembagaan parlimen bagi memulihkan struktur undang-undang tertinggi negara agar kembali kepada kerangka sekular yang asal.

3. Isu dan Kontroversi Politik

DAP tetap mempertahankan agenda Negara Sekular dan slogan “Malaysian Malaysia” dalam perjuangan parti mereka sedangkan ia boleh dianggap bercanggah dengan kontrak sosial dan identiti Islam negara. Prinsip ini sering menjadi titik perdebatan hangat dalam landskap politik Malaysia.

4. Pendirian Konsisten Parti

Setiausaha Agung DAP terkini, Anthony Loke, menegaskan parti tidak akan meminda atau menggugurkan ketetapan sekular tersebut. Beliau menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan ideologi asas perjuangan parti dan persetujuan telah dicapai bersama rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghormati perlembagaan dalaman parti masing-masing.

Apa maknanya menghormati perlembagaan dalaman parti masing-masing?

Pada masa yang sama, DAP menunjukkan protes terhadap pelaksanaan Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS secara terbuka. DAP mendakwa peningkatan hukuman yang drastik melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan serta asas negara majmuk.

5. Tuduhan Agenda Tersembunyi

Pemimpin DAP mendakwa ia langkah awal ke arah pelaksanaan hukum hudud.

6. Bantahan Terbuka

Pemimpin DAP secara konsisten mengetuai kempen menolak usul persendirian (private member’s bill) yang dibawa oleh PAS terhadap pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau RUU 355 di Parlimen.

7. Rakan-Rakannya dalam Pakatan Harapan

PKR dan PAN hanya ‘menikus’ dalam isu berkenaan.

Semua ini menunjukkan bahawa DAP menguasai Pakatan Harapan (PH) kerana semuanya menjadi kelu apabila parti itu tidak putus-putus melakukan provokasi terhadap agama Islam. Namun begitu, ada juga dalam kalangan DAP yang tidak bersetuju dengan pemimpinnya yang mencampuri urusan umat Islam.

Kedudukan Islam adalah prinsip aqidah kepada penganut Islam, dan mereka wajib beristiqamah tanpa bertasamuh (bertoleransi). Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan semua pihak termasuk DAP apabila mencabar aqidah perjuangannya dalam perkara untuk meninggikan kedudukan Islam. Hal ini diteladani daripada Rasulullah SAW yang membatalkan tahaluf dengan kaum Yahudi Madinah dan Musyrikin apabila kedudukan Islam mula dicabar secara terbuka. Allah menetapkan sempadan kerjasama dengan pihak bukan Islam melalui firman-Nya:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Negara beberapa kali melalui Parlimen melakukan perubahan melalui pindaan perlembagaan. Namun begitu, perubahan itu hanya melibatkan perkara yang bukan dasar, tidak khusus untuk meninggikan kedudukan Islam yang wajib dilaksanakan dengan perintah Allah. Firman Allah SWT:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا ١٠٥

“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat.” [Surah al-Nisa’: 105]

Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci.” [Surah al-Saff: 9]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 27 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 9 September 2026

[Bil: 57 / 2026]

Address

Perlis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kuala Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share