FAMA Pulau Pinang

FAMA Pulau Pinang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA
(4)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Daulat Tuanku ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepadaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagi...
01/06/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Daulat Tuanku ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kekuatan dalam menerajui negara serta terus memayungi rakyat dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada
Mohd Hafiz bin Nurulhuda,
Pengarah serta warga FAMA Negeri Pulau Pinang









๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSelamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.S...
31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga kita dapat terus kekal hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, penuh dengan kasih sayang, kesyukuran dan sikap toleransi antara satu sama lain.

Ikhlas daripada,
Mohd Hafiz bin Nurulhuda,
Pengarah serta warga FAMA Negeri Pulau Pinang









FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN SAYUR-SAYURAN29 Mei 2026 (Jumaat) - Program Intervensi Sayur-Sayuran oleh FAMA Negeri Pu...
29/05/2026

FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN SAYUR-SAYURAN

29 Mei 2026 (Jumaat) - Program Intervensi Sayur-Sayuran oleh FAMA Negeri Pulau Pinang bertujuan memastikan kestabilan bekalan dan harga sayur di pasaran tempatan dan hari ini di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) dengan fokus kepada komoditi seperti bendi, kacang panjang dan sayur-sayuran berdaun.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menangani isu ketidaktentuan bekalan dan turun naik harga, di mana FAMA berperanan menyelaras pengedaran hasil pertanian daripada pengeluar kepada pengguna. Selain itu, program ini membantu petani tempatan memasarkan hasil secara lebih efisien.

Pelaksanaan program akan terus dipantau dan berpotensi diperluaskan bagi memastikan manfaat kepada semua pihak serta menyokong sekuriti makanan negara.

โ€œ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ & ๐ˆ๐๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ: ๐๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐โ€









๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— Semoga keberkatan dan kemuliaan Aidiladha menyemai rasa syukur, keikhlasan sert...
26/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Semoga keberkatan dan kemuliaan Aidiladha menyemai rasa syukur, keikhlasan serta ketaatan kepada Allah SWT dalam setiap pengorbanan yang dilakukan.

Semoga segala amal ibadah diterima dan dirahmati-Nya.

Ikhlas daripada,
Mohd Hafiz bin Nurulhuda,
Pengarah serta warga FAMA Negeri Pulau Pinang









FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN DI KOMPLEKS PENIAGA KECIL TAMAN GUAR PERAHU26 Mei 2026 (Selasa) โ€“ Selaras dengan mandat ...
26/05/2026

FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN DI KOMPLEKS PENIAGA KECIL TAMAN GUAR PERAHU

26 Mei 2026 (Selasa) โ€“ Selaras dengan mandat untuk menstabilkan pasaran dan memastikan keseimbangan rantaian bekalan makanan, FAMA Negeri Pulau Pinang terus komited melaksanakan langkah intervensi pasaran melalui pelbagai inisiatif strategik.

Seawal jam 8.30 pagi hari ini, FAMA telah melaksanakan jualan intervensi di Kompleks Peniaga Kecil Taman Guar Perahu, SPT Pulau Pinang dengan menawarkan pelbagai hasil pertanian segar seperti Timun, Cili Merah, Tomato, Halia dan Kacang Bendi. Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan harian pada harga yang berpatutan, khususnya di kawasan tumpuan bandar.

Selain memenuhi keperluan harian pengguna, pelaksanaan jualan intervensi ini juga dilihat sebagai persediaan awal bagi membantu orang ramai mendapatkan bekalan makanan segar menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba. Langkah ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan pengguna serta memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan.

Antara pendekatan utama yang dilaksanakan termasuk meningkatkan pembelian terus hasil pertanian dari ladang bagi komoditi terpilih. Usaha ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah, malah memastikan harga yang lebih adil kepada petani serta pengguna.

FAMA akan terus memperkukuh peranan sebagai penghubung antara pengeluar dan pengguna melalui pelaksanaan program intervensi secara berterusan di lokasi-lokasi strategik, selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

โ€œ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ & ๐ˆ๐๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ: ๐๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐โ€









โ˜• JAWATAN KOSONG BARISTA @ KOPIESATU โ˜•๐Ÿ’ผ Sedang mencari peluang kerja ? Inilah masanya untuk anda sertai pasukan kami๐ŸฅคKam...
25/05/2026

โ˜• JAWATAN KOSONG BARISTA @ KOPIESATU โ˜•

๐Ÿ’ผ Sedang mencari peluang kerja ? Inilah masanya untuk anda sertai pasukan kami

๐ŸฅคKami membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi Barista dengan ganjaran menarik :

โœ… Gaji bermula RM1,800 โ€“ RM3,500
โœ… KWSP & SOCSO
โœ… Elaun, komisen & bonus
โœ… Overtime & kemudahan hospital

๐Ÿ“Œ Syarat kelayakan:
โœ”๏ธ 18 tahun ke atas
โœ”๏ธ Minimum PMR/PT3/SPM
โœ”๏ธ Mempunyai lesen memandu (D/B2)
โœ”๏ธ Komunikasi baik & berdisiplin
โœ”๏ธ Komited dalam menjalankan tugas

๐Ÿ’ก Tiada pengalaman ? Jangan risau, yang penting ada minat dan semangat untuk belajar !

๐Ÿ“ž Berminat? Hubungi sekarang: 011-1621 6586

โ€œINTEGRITI DAN INKLUSIVITI: PEMACU KEJAYAANโ€








SEKITAR PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI KEKAL (PTK) SEBERANG JAYA, SPT23 Mei 2026 (Sabtu) โ€“ Program Semarak Aidi...
24/05/2026

SEKITAR PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI KEKAL (PTK) SEBERANG JAYA, SPT

23 Mei 2026 (Sabtu) โ€“ Program Semarak Aidiladha telah berlangsung di Pasar Tani Kekal (PTK) Seberang Jaya, Pulau Pinang, sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha kepada pengunjung untuk mendapatlan bekalan harian mereka.

Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian kepada pengunjung termasuk hasil pertanian segar, produk Industri Makanan Asas Tani (IMAT), serta pelbagai produk tempatan berkualiti.

Penganjuran Program Semarak Aidiladha ini bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan, malah turut menyokong usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna. Inisiatif ini selaras dengan usaha FAMA dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan yang mencukupi serta pada harga yang berpatutan.

"๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ : ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก"









PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI BAGAN AJAM, SPU23 Mei 2026 (Sabtu) โ€“ Program Semarak Aidiladha telah berlangsung...
24/05/2026

PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI BAGAN AJAM, SPU

23 Mei 2026 (Sabtu) โ€“ Program Semarak Aidiladha telah berlangsung di Pasar Tani Bagan Ajam, Pulau Pinang, sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha kepada pengunjung untuk mendapatlan bekalan harian mereka.

Turut hadir YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang yang meluangkan masa beramah mesra bersama usahawan serta pengunjung dan mengedarkan sayur percuma.

Penganjuran Program Semarak Aidiladha ini bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan, malah turut menyokong usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna. Inisiatif ini selaras dengan usaha FAMA dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan yang mencukupi serta pada harga yang berpatutan.

"๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ : ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก"









PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI TASEK GELUGOR24 Mei 2026 (Ahad) โ€“ Program Semarak Aidiladha telah berlangsung di...
24/05/2026

PROGRAM SEMARAK AIDILADHA DI PASAR TANI TASEK GELUGOR

24 Mei 2026 (Ahad) โ€“ Program Semarak Aidiladha telah berlangsung di Pasar Tani Tasek Gelugor, Pulau Pinang, sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha kepada pengunjung untuk mendapatlan bekalan harian mereka.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Faisol bin Ghazali, Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Mohd Norismadi bin Ishak, Pegawai FAMA Daerah Seberang Perai Utara, serta YBrs. Encik Aznan bin Darus, Pengerusi Pasar Tani Tasek Gelugor.

Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian kepada pengunjung termasuk hasil pertanian segar, produk Industri Makanan Asas Tani (IMAT), serta pelbagai produk tempatan berkualiti. Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati tawaran istimewa melalui jualan โ€˜happy hourโ€™ yang memberikan penjimatan lebih kepada pengguna serta pengedaran sayur percuma kepada pengunjung.

Penganjuran Program Semarak Aidiladha ini bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan, malah turut menyokong usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna. Inisiatif ini selaras dengan usaha FAMA dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan yang mencukupi serta pada harga yang berpatutan.

Orang ramai dijemput untuk terus menyokong Pasar Tani Tasek Gelugor yang beroperasi pada setiap hari Ahad, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, sebagai platform mendapatkan produk segar dan berkualiti terus daripada pengeluar.

"๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ : ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก"









24 Mei 2026 | Ahad | Jualan Agro Madani @ Taman Semilang | Pekarangan Masjid Semilang Seberang Jaya SPT Pulau Pinang.Pro...
24/05/2026

24 Mei 2026 | Ahad | Jualan Agro Madani @ Taman Semilang | Pekarangan Masjid Semilang Seberang Jaya SPT Pulau Pinang.

Program Jualan Agro Madani telah berlangsung di Pekarangan Masjid Semilang Seberang Jaya SPT Pulau Pinang.

Penganjuran program ini memberi peluang kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar agromakanan dengan penjimatan harga sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

FAMA Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pelaksanaan program Jualan Agro Madani di seluruh negeri bagi memastikan rakyat memperoleh bekalan agromakanan yang segar, berkualiti dan pada harga berpatutan.

Teruskan mengikuti Facebook dan page FAMA Pulau Pinang untuk mengetahui lokasi program seterusnya serta maklumat berkaitan FAMA.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

โ€œ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ & ๐ˆ๐๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ: ๐๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐โ€









Address

PEJABAT FAMA PULAU PINANG, 2442 TINGKAT PERUSAHAAN SATU, KAWASAN PERUSAHAAN PERAI
Perai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FAMA Pulau Pinang:

Share