ADTEC JTM Kampus Kota Bharu

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Facebook Rasmi ADTEC JTM Kampus Kota Bharu , Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM

01/06/2026
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐ŸŒฟ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐’๐‘ โ€œ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ, ๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐”โ€๐Ÿ“ Camp Site Pulau Rhu, Terengganu๐Ÿ“… 22 โ€“ 23 Mei 2026ADTEC JTM Kampus Kota Bharu t...
24/05/2026

๐ŸŒฟ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐’๐‘ โ€œ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ, ๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐”โ€

๐Ÿ“ Camp Site Pulau Rhu, Terengganu
๐Ÿ“… 22 โ€“ 23 Mei 2026

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Program CSR โ€œCakna Alam, Cintai Pulauโ€ bertempat di Camp Site Pulau Rhu, Terengganu. Program ini dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti berteraskan kelestarian alam.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah melaksanakan aktiviti pembersihan kawasan pantai dan persekitaran pulau dengan mengumpul serta mengasingkan sisa buangan yang berpotensi mencemarkan ekosistem marin. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan bukan sahaja membantu mengekalkan keindahan semula jadi Pulau Rhu, malah memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan, disiplin dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar. Penglibatan aktif peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan mencerminkan komitmen warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dalam menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

Pihak ADTEC JTM Kampus Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program CSR โ€œCakna Alam, Cintai Pulauโ€. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi yang lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar serta sentiasa bersedia menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam.

๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€ ๐‰๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š ๐€๐ŸŽ (๐’๐„๐๐€๐‘๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”ADTEC JTM Kampus Kota Bharu mengalu-aluk...
22/05/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€ ๐‰๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š ๐€๐ŸŽ (๐’๐„๐๐€๐‘๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu mengalu-alukan kemasukan 13 orang peserta bagi Program Penjaga Jentera Elektrik A0 (Separuh Masa) Sesi 2/2026 yang bermula pada 22 Mei 2026.

Program berasaskan kompetensi ini dilaksanakan selama 480 jam latihan yang merangkumi pembelajaran teori dan amali dalam aspek pengendalian, penyelenggaraan serta keselamatan pemasangan elektrik. Program ini turut mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan kandungan latihan memenuhi standard industri serta keperluan peraturan semasa.

Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang latihan yang disediakan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kompetensi profesional dalam bidang elektrik. Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing, kompeten dan memenuhi kehendak industri negara.

Selamat mengikuti latihan dan semoga berjaya kepada semua peserta Program Penjaga Jentera Elektrik A0 (Separuh Masa) Sesi 2/2026.

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฐ (๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ)Alhamdulillah, berakhir sudah cabaran WorldSkills Malaysia Belia (W...
21/05/2026

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฐ (๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ)

Alhamdulillah, berakhir sudah cabaran WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 bagi bidang Bricklaying yang berlangsung di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Terengganu. Hari terakhir pertandingan menjadi penutup kepada perjalanan penuh dedikasi dan semangat juang yang telah dipamerkan oleh wakil ADTEC JTM Kampus Kota Bharu, Muhammad Khidir bin Mokhtar, sepanjang empat hari pertandingan berlangsung.

Dengan kemahiran teknikal yang mantap, ketelitian dalam setiap aspek kerja serta pengurusan masa yang baik, beliau berjaya menyempurnakan tugasan pertandingan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Persaingan bersama peserta-peserta memberikan pengalaman yang amat berharga dalam mengasah kemahiran serta meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di peringkat Akhir.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jurulatih, warga kampus, keluarga serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan doa sepanjang tempoh persediaan serta pertandingan berlangsung. Sokongan yang diberikan menjadi pemangkin semangat kepada peserta untuk memberikan persembahan terbaik di pentas Akhir.

Kini, sama-sama kita menantikan pengumuman keputusan dengan penuh harapan dan doa agar usaha serta pengorbanan yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Apa jua keputusannya, penyertaan dan kejayaan menamatkan cabaran WSMB 2026 merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dan membanggakan buat ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Tahniah dan syabas kepada Muhammad Khidir bin Mokhtar atas komitmen, ketekunan dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Anda kebanggaan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu! ๐Ÿ‘๐Ÿ†

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ž (๐—˜๐—™๐—ง) ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—•Pada 20 Mei 2026 | ADTEC JTM Kampus Kota...
21/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ž (๐—˜๐—™๐—ง) ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—•

Pada 20 Mei 2026 | ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kelantan bagi menghadiri Sesi Libat Urus Pindahan Dana Elektronik (EFT) Batal bersama Pusat Tanggungjawab ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Sesi ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan transaksi EFT Batal serta meneliti tindakan penyelesaian yang bersesuaian bagi membantu Unit Kewangan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu mengurus dan menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan lebih berkesan.

Delegasi JANM Negeri Kelantan diketuai oleh Puan Suriana, Timbalan Pengarah (Ketua Seksyen Operasi), bersama beberapa pegawai JANM Negeri Kelantan. Perbincangan berlangsung dalam suasana yang konstruktif dan penuh kerjasama, dengan pelbagai pandangan serta cadangan penambahbaikan dikongsikan bagi memperkukuh pengurusan kewangan dan memastikan proses pembayaran kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap serta mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Diharapkan sesi ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Kota Bharu dan JANM Negeri Kelantan, seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berintegriti.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—™๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—๐—ง๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž (๐—”๐—”๐—๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—๐—ง๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จSesi Verifikasi Anugerah ADTEC JT...
20/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—™๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—๐—ง๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž (๐—”๐—”๐—๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—๐—ง๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

Sesi Verifikasi Anugerah ADTEC JTM Terbaik (AAJT) Tahun 2026 bagi ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah berjaya dilaksanakan pada 20 Mei 2026 secara fizikal dan secara dalam talian.

Sesi verifikasi ini dikendalikan oleh panel verifikasi luar yang dilantik oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), iaitu En. Mohamad Shamsul Rizal bin Rozak dan Ts. Nik Mohd Syahirrudin bin Jusoh.

Pelaksanaan verifikasi ini bertujuan menilai tahap kecemerlangan institusi meliputi aspek pengurusan, pelaksanaan latihan, tadbir urus serta pencapaian organisasi bagi memastikan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi TVET yang berkualiti, berprestasi tinggi dan berdaya saing.

Pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel verifikasi atas kesudian melaksanakan penilaian serta berkongsi pandangan dan syor penambahbaikan yang bernilai. Maklum balas yang diterima akan dijadikan asas dalam usaha memperkukuh kecemerlangan institusi dan meningkatkan keberkesanan penyampaian latihan TVET.

Selaras dengan aspirasi Jabatan Tenaga Manusia, ADTEC JTM Kampus Kota Bharu akan terus komited dalam membudayakan kecemerlangan, memperkasakan kualiti latihan serta melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’"
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น
#๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ค๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ค๐จ๐ญ๐š๐›๐ก๐š๐ซ๐ฎ

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐ŸฏPersaingan semakin memuncak di pentas akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 ...
20/05/2026

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฏ

Persaingan semakin memuncak di pentas akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 yang berlangsung di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Terengganu. Wakil tunggal ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bagi bidang Bricklaying, Muhammad Khidir bin Mokhtar, terus menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam meneruskan cabaran pada hari ketiga pertandingan.

Dengan fokus yang kekal konsisten serta ketelitian dalam setiap tugasan yang dilaksanakan, Muhammad Khidir bin Mokhtar terus memberikan persembahan terbaik bagi memastikan setiap aspek kerja memenuhi standard dan spesifikasi yang ditetapkan. Kesungguhan serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang pertandingan menjadi bukti persediaan rapi yang telah dilakukan sebelum melangkah ke pentas akhir WSMB 2026.

Sokongan dan doa daripada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu terus mengiringi perjalanan peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Dorongan daripada pihak pengurusan, tenaga pengajar serta rakan-rakan menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang dan memberikan yang terbaik di pentas kemahiran negara.

Dengan satu hari lagi berbaki sebelum pertandingan melabuhkan tirainya, perjuangan masih belum selesai. Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu mendoakan agar Muhammad Khidir bin Mokhtar terus diberikan kekuatan fizikal, ketenangan minda dan ketepatan yang tinggi untuk menghadapi cabaran seterusnya dengan penuh keyakinan.

Teruskan perjuanganmu, Muhammad Khidir bin Mokhtar!
Kekalkan fokus, semangat dan momentum sehingga ke garisan penamat.

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐ŸฎAksi penuh semangat terus dipamerkan di pentas akhir WorldSkills Malaysia Belia (WS...
19/05/2026

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ

Aksi penuh semangat terus dipamerkan di pentas akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 yang berlangsung di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Terengganu. Wakil tunggal ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bagi bidang Bricklaying, Muhammad Khidir bin Mokhtar, terus melangkah yakin membawa nama kampus dengan prestasi yang semakin membanggakan pada hari kedua pertandingan.

Dengan semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta fokus yang luar biasa, Muhammad Khidir bin Mokhtar terus memberikan komitmen terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Ketelitian dalam setiap tugasan yang dilaksanakan jelas memperlihatkan kesungguhan dan usaha tanpa henti dalam merealisasikan impian untuk mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Kota Bharu di pentas kemahiran negara.

Hari kedua pertandingan turut diserikan dengan kehadiran Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Bharu, YBrs. Ts. Zaid Bin Zahari yang hadir memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada peserta. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah serta Ketua Bahagian Sivil (Binaan & Struktur) ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bagi memberikan sokongan moral dan suntikan motivasi kepada peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Semangat juang dan ketabahan yang dipamerkan sepanjang pertandingan membuktikan bahawa anak muda TVET mampu berdiri hebat dan bersaing di peringkat tertinggi. Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu sentiasa mendoakan agar peserta terus diberikan kekuatan fizikal, ketenangan minda serta ketepatan yang tinggi untuk menyempurnakan cabaran pertandingan dengan cemerlang.

Teruskan perjuanganmu, Muhammad Khidir bin Mokhtar!
Bawa semangat ADTEC JTM Kampus Kota Bharu hingga ke garisan penamat!

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐ŸญWarga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu menzahirkan sokongan dan doa buat Muhammad Khidir...
18/05/2026

๐—ช๐—ฆ๐— ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š โ€” ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿญ

Warga ADTEC JTM Kampus Kota Bharu menzahirkan sokongan dan doa buat Muhammad Khidir bin Mokhtar, pelajar Semester 4 Teknologi Binaan Sivil & Struktur yang sedang beraksi di pentas akhir WorldSkills Malaysia Belia 2026 bagi bidang Bricklaying.

Semoga Muhammad Khidir diberikan kekuatan, ketelitian dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Mudah-mudahan segala usaha dan latihan yang telah dilalui membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Teruskan melakar kecemerlangan dan berikan yang terbaik di pentas pertandingan.

Selamat Berjuang dan Selamat Maju Jaya!

Address

ADTEC JTM Kampus Kota Bharu
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097742448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kota Bharu:

Share