Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD KB

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD KB Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ipd Kota Bharu

   -19[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP MABUK: PEMANDU MABUK ‘NAIK LEMAK’Kuala Lumpur, 26 Ogos 2020 - Isu pemandu mabuk semaki...
26/08/2020

-19

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP MABUK: PEMANDU MABUK ‘NAIK LEMAK’

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2020 - Isu pemandu mabuk semakin menjadi-jadi apabila sebanyak 1,431 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Azisman Alias berkata, sebanyak 12 kes kemalangan maut direkodkan untuk enam bulan tahun ini dan jumlah tersebut meningkat berbanding sepanjang tahun lalu iaitu sembilan kes.

Menurutnya, bagi kemalangan mendatangkan kecederaan, sebanyak 23 kes berbanding 15 kes pada 2019.

"Sebanyak 27 kes dalam siasatan manakala lapan kes dituduh di mahkamah.

"Kes tahun ini meningkat ketara berbanding tahun lalu. Ini jelas menunjukkan si pemabuk tidak takut dengan undang-undang sedia ada.

"Kita memberi beberapa cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dan berdasarkan usul cadangan dibentang bulan lalu, kami gembira kerana semua usul kami akan dilaksanakan," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia


HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

09/06/2020

Asas SOP ialah penjarakan sosial

Bermula esok, 10 Jun, hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti akan kembali beroperasi seperti biasa. Jumlah pekerja yang kembali bekerja juga akan bertambah. Sebelum ini hanya sektor-sektor tertentu sahaja dibenarkan beroperasi di bawah PKPB.

Rapid KL menjangkakan bilangan penumpang LRT, MRT dan Monorel bertambah. Kesesakan mungkin berlaku kerana penjarakan sosial dalam tren dan di stesen-stesen.

Justeru, penumpang dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kelewatan ke tempat kerja.

PKPP ini dilaksanakan dalam tempoh PKP dan ini bermakna Akta 342 (Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) masih terpakai untuk penguatkuasaan pematuhan SOP.

Justeru, kompaun masih boleh dikenakan kepada mereka yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sebagai contoh kegagalan sebuah premis mematuhi SOP akan menyebabkan premis berkenaan ditutup dan dikenakan tindakan,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Asas kepada SOP ialah penjarakan sosial atau social distancing dan jarak paling selamat ialah tidak kurang daripada satu meter. Jadi, tidak kira di mana anda berada, penjarakan sosial perlu jadi keutamaan dalam kehidupan norma baharu ini.

Penjarakan sosial mengelak anda terkena jangkitan yang tersebar melalui titisan cecair (droplet) apabila individu yang positif COVID-19 bersin atau batuk. Ia juga bagi mengelak terkena percikan air liur ketika bercakap. Individu positif itu itu p**a tidak sedar kerana tidak bergejala. (85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala).

Setakat ini, tiada bukti virus ini disebarkan melalui udara. Justeru, pemakaian topeng penutup muka dan hidung di tempat ramai orang (tiada penjarakan sosial) adalah juga untuk melindungi orang lain jika anda adalah positif COVID-19 tanpa sedar (kerana tidak bergejala). Anda berpotensi menjadi ‘silent spreaders’.

08/06/2020
08/06/2020
PENGUATKUASAAN LALULINTAS DAN TOPI KELEDAR BSPTD KOTA BHARU.Badang, 04 Jun 2020 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan T...
04/06/2020

PENGUATKUASAAN LALULINTAS DAN TOPI KELEDAR BSPTD KOTA BHARU.

Badang, 04 Jun 2020 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kota Bharu mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas serta pematuhan pemakaian topi keledar di kalangan pengguna motosikal dan pengguna jalanraya yang lain di kawasan Badang dan sekitarnya. Dalam penugasan ini pelbagai tindakan saman atas pelbagai kesalahan melibatkan topi keledar, tiada lesen memandu, pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran dan lain lain kesalahan telah dijalankan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, Tindakan secara berterusan akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan undang-undang lalulintas dipatuhi disamping menjaga keselamatan kepada pengguna jalanraya yang lain.




Address

IPD Kota Bharu
Pengkalan Chepa
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share