Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan T : 097443303 / 097449533
F : 097487211
E : [email protected]
C : youtube.com/merah

01/06/2026

Ibadah Korban Aidiladha yang diketuai oleh orang muda dan penyertaan juga hampir 90% orang muda. Orang lama yang berpengalaman memberi panduan tunjuk ajar kepada orang muda. Alhamdulillah, tahniah Dato’ Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Mohd Sharizal Semsuddin atas penganjuran ibadah ini. Terbaik!

Setiakawan dalam parti Barisan Nasional menjadi tunjang kepada asas penubuhannya pada 1974 yang lalu. BN terus relevan w...
01/06/2026

Setiakawan dalam parti Barisan Nasional menjadi tunjang kepada asas penubuhannya pada 1974 yang lalu. BN terus relevan walau badai mendatang. Perkongsian ini telah membawa banyak kemakmuran serta kebaikkan kepada negara dan rakyat.

Semoga perjuangan parti komponen dalam BN akan terus kekal dan semangat setiakawan terus diperkukuhkan bagi menghadapi ujian yang semakin mencabar.

Selamat Menyambuy Hari Ulang Tahun penubuhan Barisan Nasional Ke 52 Tahun.

Terima kasih.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-52 buat seluruh keluarga besar Barisan Nasional di mana jua anda berada khususnya buat pejuang-pejuang di bumi Kelantan.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan kesetiaan selama 52 tahun yang tidak berbelah bahagi.

Moga BN terus relevan sebagai pembela nasib rakyat dulu, kini dan selamanya.

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN SELURUH NEGARA 2026Rumah bangsa teguh berdiri,Tempat berteduh warisa...
01/06/2026

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN SELURUH NEGARA 2026

Rumah bangsa teguh berdiri,
Tempat berteduh warisan mulia;
Bersatu hati menggalas bakti,
UMNO terus membela agama, bangsa dan negara.

Semoga Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Seluruh Negara Tahun 2026 berlangsung dengan penuh semangat perjuangan, kebijaksanaan dan muafakat dalam memperkukuhkan parti serta memperjuangkan kepentingan rakyat.

Marilah kita terus memelihara UMNO sebagai Rumah Bangsa, wadah perjuangan yang telah sekian lama menjadi benteng mempertahankan agama Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan menjunjung kedaulatan tanah air.

Bersatu dalam perjuangan, teguh dalam pendirian, demi masa depan agama, bangsa dan negara.

DATO’ SRI HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Pengerusi & semua Ahli Badan Perhubungan UMNO
Negeri Kelantan 4 Peringkat

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah, saya dengan penuh keikhlasan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat...
26/05/2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah, saya dengan penuh keikhlasan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketaatan, pengorbanan dan keinsafan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta semangat perpaduan sesama masyarakat.

Pengorbanan dalam erti kata yang sebenar adalah apabila kita meletakkan nilai agama menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Pengorbanan kepada perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air juga adalah satu kewajipan. Semoga kita terus istiqamah dalam mengembalikan kegemilangan bangsa kita dengan kita melakukan pengorbanan yang akhirnya akan memberikan hasil yang membina kekuatan serta kecemerlangan.

Marilah kita bersama-sama menghayati nilai pengorbanan dan keikhlasan yang dituntut dalam Islam demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta mengurniakan keberkatan, rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha
1447H / 2026M

DATO’ SRI HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Pengerusi & seluruh kepimpinan
Badan Perhubungan UMNO
Negeri Kelantan 4 Peringkat






Semoga Allah SWT mengurniakan kebaikkan dunia dan akhirat serta dilimpahkan keberkatan kepada kita semua… Allahumma aami...
25/05/2026

Semoga Allah SWT mengurniakan kebaikkan dunia dan akhirat serta dilimpahkan keberkatan kepada kita semua… Allahumma aamiin.

Marilah kita berdoa dengan tulus ikhlas di hari yang paling mustajab doa agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, menerima segala amal kebaikan dan kebajikan kita.

Selamat menghayati Hari Arafah dan selamat menunaikan ibadah puasa sunat Arafah buat seluruh umat Islam.

24/05/2026

Sekitar majlis perjumpaan Pemimpin Barisan Hadapan dan Penjelasan Isu Semasa Negeri Kelantan.

“Jaga Rumah Kita, Buat Kerja Kita”.

Kredit Video : TT abelanfans

Address

Pengkalan Cepa

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

6097443303

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan:

Share