Balai Polis Bayu Damai

Balai Polis Bayu Damai "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

PENAFIAN BERITA PALSUKota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu p...
25/04/2026

PENAFIAN BERITA PALSU

Kota Tinggi, 25 April 2026 - Unit Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah mengesan satu penyebaran maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp berhubung kewujudan sindiket aktif menjalankan aktiviti ragut dan rogol beramai-ramai di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Polis Kota Tinggi menafikan berita tular tersebut dan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penemuan mayat di dalam longkang berhampiran IKBN Bandar Penawar.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau dokumen pengenalan diri orang lain tanpa asas yang kukuh.

Perbuatan menyebarkan berita palsu sehingga mendatangkan kekeliruan, mencetus kebimbangan masyarakat serta menganggu keamanan negara adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SELAMAT HARI POLIS KE 219 ๐Ÿš”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
25/03/2026

SELAMAT HARI POLIS KE 219 ๐Ÿš”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 219

YDH SUPT Yusof bin Hj Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi serta Isteri YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan seluruh warga Polis Kota Tinggi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke 219 Tahun 2026 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

๐Ÿ”ฅ Program Bakar Lemang Bersama YB DUN Tanjung Surat di Balai Polis Bayu Damai๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธTelah berlangsung dengan meriah progra...
16/03/2026

๐Ÿ”ฅ Program Bakar Lemang Bersama YB DUN Tanjung Surat di Balai Polis Bayu Damai๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
Telah berlangsung dengan meriah program bakar lemang bersama YB DUN Tanjung Surat yang diadakan di Balai Polis Bayu Damai. Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan anggota.
Suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan jelas dirasai sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan serta memupuk semangat muafakat dalam komuniti. ๐ŸŒ™๐Ÿค

16/03/2026
๐ŸŒ™โœจ Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Aidilfitri Asnaf dan Anak YatimProgram anjuran Biro Kebajikan PERKEP IPD Kota Tinggi...
07/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Aidilfitri Asnaf dan Anak Yatim
Program anjuran Biro Kebajikan PERKEP IPD Kota Tinggi bersama Balai Polis Bayu Damai bagi berkongsi rezeki dan menceriakan golongan asnaf serta anak-anak yatim sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Semoga sedikit sumbangan ini membawa kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. ๐Ÿค

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI : KEJADIAN LEMAS DI PANTAI BERHAMPIRAN JETI BATU TELUK RAMUNIA, KOTA TING...
03/02/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI : KEJADIAN LEMAS DI PANTAI BERHAMPIRAN JETI BATU TELUK RAMUNIA, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI : Seramai 157 penduduk yang sebelum ini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kebakaran...
29/01/2026

KOTA TINGGI : Seramai 157 penduduk yang sebelum ini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang, telah selamat kembali ke kediaman masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua agensi, jabatan serta pihak yang terlibat atas kerjasama padu, komitmen tinggi dan dedikasi berterusan sepanjang pengurusan bencana serta pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Tinggi.

Hasil kerjasama bersepadu daripada semua pihak, operasi pengurusan bencana ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan ditamatkan dengan selamat pada hari ini.

Segala sumbangan, khidmat bakti dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai.
Terima kasih kerana sentiasa bersama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat ๐Ÿ’™





PETUGAS BALAI POLIS BAYU DAMAI BANTU PENGGUNA JALAN RAYAKota Tinggi, 03 Januari 2026 - Pegawai polis dari Balai Polis Ba...
03/01/2026

PETUGAS BALAI POLIS BAYU DAMAI BANTU PENGGUNA JALAN RAYA

Kota Tinggi, 03 Januari 2026 - Pegawai polis dari Balai Polis Bayu Damai menghulurkan bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Punggai - Sungai Rengit, Kota Tinggi.

Petugas telah memberikan bantuan kepada pengguna jalan raya dengan membantu menukar tayar kenderaan yang bocor bagi memastikan beliau dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anggota bertugas di atas keprihatinan dan empati tinggi dalam melaksanakan tugas berkhidmat untuk masyarakat.

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT โœจ๐ŸŒ™Sempena Malam 1 Rejab๐Ÿ“ Balai Polis Bayu DamaiDengan penuh rasa kesyukura...
29/12/2025

๐ŸŒ™โœจ MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA SELAMAT โœจ๐ŸŒ™
Sempena Malam 1 Rejab
๐Ÿ“ Balai Polis Bayu Damai

Dengan penuh rasa kesyukuran, pihak kami telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat sempena kedatangan bulan Rejab yang mulia.
Semoga amalan yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan Allah SWT, mengeratkan silaturahim serta memohon kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan buat seluruh warga Balai Polis Bayu Damai khususnya, dan masyarakat ๐Ÿคฒ

โœจ Rejab hadir sebagai peringatan untuk kita memperbanyakkan ibadah dan muhasabah diri.
Terima kasih kepada semua yang turut serta dan menjayakan majlis ini.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan dimakbulkan. ๐ŸŒน





Lawatan Tabika Kemas Felda Semenchu ke Balai Polis Bayu Damai ๐Ÿš“๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธMurid dari Tabika Kemas Felda Semenchu hari ini mela...
02/12/2025

Lawatan Tabika Kemas Felda Semenchu ke Balai Polis Bayu Damai ๐Ÿš“๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Murid dari Tabika Kemas Felda Semenchu hari ini melawat Balai Polis Bayu Damai.

Seronoknya melihat wajah-wajah ceria murid-murid sambil belajar tentang tugas polis dan kepentingan keselamatan. Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang menyeronokkan serta menambah pengetahuan berguna kepada mereka! ๐Ÿ’™ ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ

#
#
#

๐ŸšจKota Tinggi, 7 November 2025 - Satu pasukan rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Bayu Damai, yang diketuai oleh Koper...
07/11/2025

๐Ÿšจ
Kota Tinggi, 7 November 2025 - Satu pasukan rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Bayu Damai, yang diketuai oleh Koperal Mohammad Bihamdi bersama Lans Koperal Muhammad Fakhriy, tampil membantu seorang pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kereta di Jalan Bypass Punggai/Sebana.
Tindakan pantas mereka mengawal trafik, memastikan keselamatan pemandu, dan membantu mengalihkan kenderaan.

Syabas dan terima kasih kepada polis.๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

#

Address

Jalan Persiaran Bayu Damai 1/1
Pengerang
81620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Bayu Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share