26/05/2026
๐ UCAPAN HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M ๐
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga JBPM Negeri Johor serta rakyat Malaysia yang meraikannya.
Aidiladha mengajar kita erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semoga semangat ini terus menjadi kekuatan kepada seluruh warga JBPM Negeri Johor khasnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Di kesempatan ini juga, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota yang terus bertugas demi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara sepanjang musim perayaan ini. Pengorbanan anda amat dihargai dan menjadi lambang komitmen warga JBPM yang sentiasa bersedia berkhidmat tanpa mengira masa.
Kepada seluruh masyarakat yang p**ang ke kampung halaman, pandulah dengan cermat, utamakan keselamatan dan sentiasa peka terhadap aspek pencegahan kebakaran di rumah serta di jalan raya.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Johor
KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor