PD Tokai Pendang Kedah

PD Tokai Pendang Kedah Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku serta bahan rujukan

ULASAN BUKU BULAN MEI 202631.05.2026 AHAD / 18 Zulhijjah 1447 H
31/05/2026

ULASAN BUKU BULAN MEI 2026
31.05.2026 AHAD / 18 Zulhijjah 1447 H



AKTIVITI MAYA BULAN MEI  2026 - Kuiz 521.05.2026 / 04 Zulhijjah 1447 HTEMA : AIDILADHAJom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗...
21/05/2026

AKTIVITI MAYA BULAN MEI 2026 - Kuiz 5
21.05.2026 / 04 Zulhijjah 1447 H
TEMA : AIDILADHA

Jom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗






AKTIVITI MAYA BULAN MEI  2026 - Kuiz 418.05.2026 / 01 Zulhijjah 1447 HTEMA : HARI GURUJom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗...
18/05/2026

AKTIVITI MAYA BULAN MEI 2026 - Kuiz 4
18.05.2026 / 01 Zulhijjah 1447 H
TEMA : HARI GURU

Jom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗






10/05/2026

Mak tak pernah MC.

Walaupun badan dia letih.
Walaupun hati dia serabut.
Walaupun ada hari dia rasa nak rebah.

Dia tetap bangun pagi macam biasa.
Siapkan sarapan.
Basuh baju.
Tanya anak dah makan belum.
Pastikan semua orang okay… kecuali diri sendiri.

Ramai ibu dah terlalu biasa pendam penat.
Sampai orang sekeliling lupa, ibu juga manusia yang boleh letih, boleh sakit, boleh rasa sunyi.

Kadang bila ibu marah, sebenarnya dia tengah penat, overwhelmed.

Bila ibu diam, sebenarnya dia sedang tahan banyak benda dalam kepala.

Bila ibu kata “takpa”, selalunya memang ada sesuatu yang dia korbankan.

Sebab tu jangan berkira untuk hargai ibu. Benda kecil pun boleh buat hati dia tenang.

Tolong dia walaupun tanpa disuruh.
Bagi dia rehat sekejap.
Dengar bila dia nak bercerita.
Peluk dia.
Tanya dia, “Mak okay tak hari ni?”

Kadang itu je yang seorang ibu perlukan.

Selamat Hari Ibu🌷

Terima kasih sebab terus kuat untuk keluarga, walaupun banyak penat yang mak simpan sendiri.

AKTIVITI MAYA BULAN MEI  2026 - Kuiz 310.05.2026 / 22 Zulkaedah 1447 HTEMA : KEPELBAGAIAN INKLUSIVITIJom jawab sama-sama...
10/05/2026

AKTIVITI MAYA BULAN MEI 2026 - Kuiz 3
10.05.2026 / 22 Zulkaedah 1447 H
TEMA : KEPELBAGAIAN INKLUSIVITI

Jom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗






10/05/2026

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di seluruh negara. ❤️

Jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang sihat, harmoni dan progresif. Semoga semua ibu sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

10/05/2026

Kedai minuman manis sekarang naik macam cendawan selepas hujan.

Satu row kedai pun kadang-kadang boleh jumpa Mixue, Tealive, Chagee, Zus Coffee, Bask Bear, Gigi Coffee, Starbucks, Chatime, Gong Cha, Coolblog, Richiamo Coffee, FamilyMart dan macam-macam lagi.

Dulu minuman manis itu sesekali. Sekarang ia jadi rutin.

Pagi beli kopi susu.
Tengah hari beli matcha.
Petang beli bubble tea.
Malam order frappe p**a.

Masalahnya bukan pada satu jenama. Masalahnya bila minuman manis sudah jadi “air harian”, bukan lagi “treat sekali-sekala”.

Hari ini kita nampak orang beratur panjang di depan kedai air.

10 hingga 20 tahun lagi, sebahagian daripada pelanggan tetap ini mungkin akan mula memenuhi ruang klinik untuk darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan obesiti.

30 hingga 40 tahun lagi, ada yang mungkin mula kenal mesin dialisis.

Malaysia sudah cukup bergelut dengan diabetes dan obesiti. NHMS 2023 melaporkan 15.6% orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, manakala 54.4% berada dalam kategori berlebihan berat badan atau obes. Diabetes juga menjadi penyumbang besar kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir yang memerlukan dialisis. 

Minuman manis bukan musuh kalau diambil sekali-sekala.

Tapi kalau setiap hari wajib ada satu cup manis sebagai “self reward”, mungkin kita perlu tanya diri.

Adakah ini reward, atau pelaburan senyap untuk penyakit masa depan?




10/05/2026

“Tak semua wanita menyambut Hari Ibu dengan rasa yang sama.”

Dalam pada ramai ibu hari ini diraikan dengan pelukan anak-anak dan ucapan daripada suami tercinta, ada juga wanita yang sedang menahan rasa dalam diam.

Ada yang baru belajar jadi ibu,
tidur tak cukup, emosi turun naik, tapi tetap cuba jadi yang terbaik setiap hari.

Ada yang menyambut dengan senyuman,
dan ada juga yang menyambut dengan rasa rindu yang tak pernah hilang.

Ada yang membesarkan anak seorang diri.
Ada yang menyayangi sepenuh hati walaupun bukan dari rahim sendiri.

Ada yang sedang kuat melawan sakit,
tapi masih lebih risau tentang keluarga daripada diri sendiri.

Dan ada juga yang setiap tahun hanya mampu melihat ucapan Hari Ibu tak dituju kepadanya,
sambil memujuk hati yang masih menunggu zuriat dengan penuh doa dan harapan.

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang sedang seseorang wanita lalui di sebalik senyumannya.

Hari Ibu bukan sekadar tentang sambutan atau hadiah, tetapi tentang menghargai kasih, pengorbanan, dan kekuatan seorang wanita dalam apa jua fasa kehidupannya.

Untuk semua wanita yang sedang berjuang dengan cara masing-masing,
semoga hati kalian sentiasa dipermudahkan, dikuatkan, dan dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah kurang nilainya.

Selamat hari ibu🤍.

07/05/2026

Balik hiking, badan terus demam?

Jangan anggap cuma penat atau demam biasa.

Kalau anda baru masuk hutan, kebun, ladang atau kawasan habitat monyet, demam itu mungkin tanda Malaria Monyet (Malaria Zoonotik).

Penyakit ini bukan berpunca daripada gigitan monyet, tetapi melalui gigitan nyamuk yang membawa parasit daripada monyet kepada manusia.

📍Sabah merekodkan 357 kes malaria monyet dengan satu kematian dilaporkan.

Yang bahaya, jangkitan boleh jadi teruk dengan cepat jika lambat dirawat.

Jika demam selepas aktiviti hutan atau kawasan berisiko, terus ke klinik untuk buat pemeriksaan darah.

Jangan tunggu sampai sesak nafas atau terlalu lemah baru nak dapatkan rawatan.

AKTIVITI MAYA BULAN MEI  2026 - Kuiz 2O7.05.2026 / 19 Zulkaedah 1447 HTEMA : HARI IBUJom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗 ...
07/05/2026

AKTIVITI MAYA BULAN MEI 2026 - Kuiz 2
O7.05.2026 / 19 Zulkaedah 1447 H
TEMA : HARI IBU

Jom jawab sama-sama..TERIMA KASIH🤗






Address

Tokai Pendang
Pendang
06650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Tokai Pendang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share