Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang Menyediakan Perkhidmatan Pembangunan Belia, Sukan Dan Rakan Muda

08/06/2026
Salam Aidiladha 2026
26/05/2026

Salam Aidiladha 2026

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : GOTONG ROYONG KAMPUNG LESTARI KOMUNITI HAMPAR KIRI.Pendang, 16 Mei 2026 | Satu Program Gaya Hid...
17/05/2026

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : GOTONG ROYONG KAMPUNG LESTARI KOMUNITI HAMPAR KIRI.

Pendang, 16 Mei 2026 | Satu Program Gaya Hidup Rakan Muda , Rakan Prihatin telah dilaksanakan di Kampung Hampar Kiri menerusi inisiatif bantuan Dana Rakan Muda.

Pihak kami Pejabat Belia dan S**an Daerah Pendang mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan di atas keprihatinan serta sokongan Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri Pendang .

Khususnya dalam merealisasikan matlamat serta objektif bagi menyemarakkan semangat anak muda & para belia dalam kerja-kerja kemasyarakatan.





Liga S**a  Komuniti Pendang kembali lagi. Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila  hubungi nombor tertera.
17/05/2026

Liga S**a Komuniti Pendang kembali lagi. Sebarang pertanyaan/pendaftaran sila hubungi nombor tertera.

15/05/2026

" Guru Bitara, Nadi Negara"

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik.
Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu. Semoga jasa dan bakti para guru terus dihargai serta diberkati.

Ikhlas Daripada :-
Pegawai Daerah Pendang Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Pendang

Portal : https://webpdt.kedah.gov.my
page : https://www.facebook.com.pdtpkedah


Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026"Menggerak Belia"
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026
"Menggerak Belia"


Khamis 14 Mei 2026 :- Program Inspire iTalent Peringkat Pendang 2026 telah selesai dilaksanakan bertempat si Sekolah Mod...
14/05/2026

Khamis 14 Mei 2026 :- Program Inspire iTalent Peringkat Pendang 2026 telah selesai dilaksanakan bertempat si Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang yang melibat 54 orang peserta termasuk guru pengiring. Objektif program ini adalah bertujuan mencungkil bakat serta mengenalpasti bakat sukan di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) DI Daerah Pendang. Pihak PBSD Pendang merakamkan ucapan terima kasih kepada PPD Pendang, Sek Model Khas Bukit Jenun serta sekolah - sekolah yang bekerjasama menjayakan program ini.

Pendang - 12 Mei Telah dilangsungkan Bengkel Sesi LIBAT Urus Pelan Tindakan Bandar Pintar Mampan (Smart City) Pendang 20...
12/05/2026

Pendang - 12 Mei Telah dilangsungkan Bengkel Sesi LIBAT Urus Pelan Tindakan Bandar Pintar Mampan (Smart City) Pendang 2035 bertempat di Dewan Cenderawasih Pendang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Sesi ini telah melibatkan penyertaan pelbagai agensi peringkat daerah Pendang bertujuan memberi input dan berkongsi pengalaman berkaitan perkara asas pembentukan Bandar Pintar mengikut ruang lingkup sektor agensi masing-masing.
Sebanyak 85 indikator telah digariskan meliputi antaranya kewangan, urus tadbir dan pentadbiran, sosial dan komuniti, frasarana fizikal dan kemudahan, pengangkutan dan lalulintas dan lain-lain lagi.
Pejabat Belia dan S**an Daerah Pendang bersama-sama beberapa agensi lain di dalam sektor pembangunan sosial dan komuniti seperti PDRM, Pejabat Perpaduan Pendang, KRT, SADA, JKR, Pejabat Agama Pendang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat telah memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan skop tugas masing-masing untuk membantu Urusetia di pihak MAJLIS DAERAH PENDANG menyediakan pelaporan yang sesuai.
Pejabat ini telah mencadangkan akan keperluan penyediaan satu papan iklan (billboard) yang sesuai dan berada di kawasan strategik untuk digunakan pelbagai pihak menghebahkan program-program yang dilaksanakan kepada seluruh masyarakat dan kumpulan sasar.

Address

A10 & B10, Kawasan Perniagaan Kiara Mas, Jalan Tanah Merah
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang:

Share