10/09/2026
PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI USM SEMARAKKAN SEMANGAT HARI MALAYSIA MELALUI 1,000 JALUR GEMILANG USM 2026
Warga Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) turut bersama-sama memeriahkan Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 bersempena Sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di Kampus Induk USM.
Penglibatan seluruh staf PPSF dalam program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dan kerja berpasukan, malah menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta kepada negara serta memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti.
Semangat Malaysia, semangat kebersamaan. Dari Pusat Pengajian Sains Farmasi , untuk Malaysia! π²πΎβ€οΈ