25/06/2026
📅 25 June 2026 (Thursday)
The Outpatient Adult Rehabilitation Team successfully conducted a community outing programme themed "Community Mobility Outing: Beyond Boundaries", involving 10 clients with neurological conditions and 6 Occupational Therapists.
The programme provided participants with valuable hands-on experience in community mobility, utilizing GRAB e-hailing services and public buses to travel from Hospital Pulau Pinang to Bukit Bendera. Through this journey, clients had the opportunity to build confidence, enhance independence, and practise navigating real-life community environments.
We extend our sincere appreciation to Penang Hill for their generous support in providing 16 complimentary return funicular train tickets and special boarding access, which greatly contributed to the success of the programme.
Our heartfelt thanks also go to Rapid Penang, especially the captain of Bus 204, for his patience, kindness, and exceptional assistance in helping our participants board and alight safely throughout the journey.
The smiles, determination, and sense of achievement displayed by our clients throughout the day were a wonderful reminder that rehabilitation extends beyond the hospital setting and into meaningful participation within the community.
Note: To protect participants' privacy and confidentiality, all identifiable faces in the attached photographs have been redacted. Written consent was obtained from participants and/or caregivers for photography and publication for departmental promotional, educational, and reporting purposes.
📸 Attached are some memorable moments from this meaningful and rewarding outing.
📅 25 Jun 2026 (Khamis)
Pasukan Rehabilitasi Dewasa Pesakit Luar telah berjaya menganjurkan program lawatan komuniti bertemakan "Community Mobility Outing: Beyond Boundaries", yang melibatkan 10 orang pesakit neurologi dan 6 orang ahli terapi cara kerja.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan kemahiran mobiliti komuniti dalam situasi sebenar dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing GRAB dan bas awam bagi perjalanan dari Hospital Pulau Pinang ke Bukit Bendera. Melalui pengalaman ini, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri, tahap berdikari, dan kemahiran mengendalikan aktiviti dalam komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penang Hill atas sokongan dan kerjasama yang diberikan melalui tajaan 16 tiket perjalanan pergi dan balik kereta api funikular serta kemudahan akses khas semasa proses menaiki kereta api.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Rapid Penang, khususnya kapten Bas 204, atas kesabaran, keprihatinan, dan bantuan yang diberikan dalam memastikan peserta dapat menaiki dan turun dari bas dengan selamat dan selesa sepanjang program berlangsung.
Senyuman, semangat, dan rasa pencapaian yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini membuktikan bahawa rehabilitasi bukan sahaja berlaku di hospital, tetapi juga melalui penglibatan bermakna dalam komuniti.
Nota: Bagi menjaga privasi dan kerahsiaan peserta, semua wajah yang dapat dikenal pasti dalam gambar-gambar yang dilampirkan telah disunting (redacted). Kebenaran bertulis telah diperoleh daripada peserta dan/atau penjaga bagi tujuan pengambilan serta penerbitan gambar untuk kegunaan promosi, pendidikan, dan pelaporan jabatan.
📸 Dilampirkan beberapa gambar kenangan sepanjang program yang bermakna ini.