17/12/2025
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
📢 AWAS PENIPUAN TAWARAN KERJA! (JOB SCAM ALERT)
Jenayah Job Scam terus meningkat di Malaysia dan menjadi antara modus operandi paling aktif digunakan sindiket pada tahun 2025. Scammer menyasarkan mangsa melalui Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram dan laman web palsu dengan menawarkan kerja mudah serta pulangan yang kononnya tinggi.
Ramai mangsa terpedaya kerana:
❌ Tawaran kerja terlalu lumayan
❌ Diminta buat bayaran pendahuluan / “task fee”
❌ Dijanjikan komisen segera
❌ Dipindahkan ke WhatsApp atau Telegram untuk tugasan mencurigakan
Ingat—tiada pekerjaan sah yang meminta bayaran pendahuluan.
Jika peluang itu kelihatan terlalu mudah, terlalu cepat, dan terlalu menguntungkan… itu ialah SCAM.
📞 Jika anda menjadi mangsa, hubungi NSRC di talian 997 dengan segera.
⛔ Jangan buat sebarang pembayaran tambahan.
⛔ Jangan klik pautan atau ikut arahan scammer.
Lindungi diri, keluarga dan simpanan anda.
Jenayah penipuan tidak akan berlaku tanpa kepercayaan awal mangsa. Berhati-hatilah.