Pasukan Polis Marin Wilayah Satu

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu FACEBOOK INI ADALAH FACEBOOK RASMI PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU YANG MERANGKUMI KTJ KAWASAN PERAIRAN PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK DAN SELANGOR.

09/06/2026
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026
29/05/2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TAHUN 2026

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Semangat kebersamaan dan keterangkuman yang berpaksikan citra kepelbagaian agama serta budaya merupakan nadi kekuatan identiti Malaysia. Nilai toleransi dan sikap saling hormat menghormati yang kita dukung selama ini membolehkan seluruh rakyat berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, meraikan perayaan dalam suasana harmoni tanpa mengira latar belakang.

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Negeri Sabah dan Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas nikmat hasil tuaian. Sambutan ini merupakan aset kebudayaan nasional yang amat bernilai dan wajar dipelihara sebagai aspirasi dalam memperkukuhkan semangat perpaduan merentas sempadan integrasi nasional.

Bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan tahun 2026, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, ia merupakan seruan bermakna untuk kita mempererat ikatan ukhuwah dan kepercayaan sesama kita. Begitu juga dengan sambutan Hari Gawai di Sarawak yang sentiasa menyemarakkan semangat muhibah menerusi ungkapan “Gayu Guru Gerai Nyamai” yang memohon kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran hidup buat semua.

Bersempena sambutan ini, saya ingin mengajak seluruh masyarakat, khususnya warga Sang Saka Biru agar terus memperteguh solidariti dan permuafakatan, demi kestabilan dan kemakmuran negara tercinta.

Kepada anak perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini, saya mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dalam kegembiraan menyambut pesta ini, saya ingin mengingatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan rumah dan harta benda yang ditinggalkan. Pastikan langkah pencegahan diambil sewajarnya bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya dan keluarga serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan:
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

IG DATO’ SERI HJ. MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

STATISTIK TANGKAPAN OP TIRIS 4.0 (BERSEPADU)PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU PULAU PINANG(Tempoh Kajian: 1 Januari 2026 ...
29/05/2026

STATISTIK TANGKAPAN OP TIRIS 4.0 (BERSEPADU)
PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU PULAU PINANG

(Tempoh Kajian: 1 Januari 2026 – 29 Mei 2026)

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang terus komited dalam memperkukuhkan penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan subsidi bahan api serta aktiviti penyelewengan barang kawalan di perairan negara.

Sepanjang tempoh kajian dari 1 Januari 2026 hingga 29 Mei 2026, sebanyak 21 kes telah berjaya dikesan dan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM2,891,027.25.

Selaras dengan usaha kerajaan membanteras ketirisan subsidi bahan api, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing telah berkuat kuasa mulai 1 April 2026. Penguatkuasaan terus diperkasa menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

Duty • Honour • Integrity
Integriti dan Efisien Ke Arah Kecemerlangan

📞 04-655822
📘 Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang

28/05/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 / 𝐀𝐐𝐈𝐐𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐫-𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

28 Mei 2026 (Khamis) – Surau Ar-Rahman PPM W1 Pulau Pinang telah menganjurkan Program Ibadah Qurban/Aqiqah 1447H/2026M yang berlangsung di Padang Bola dan Surau Ar-Rahman PPM W1.

Program bermula seawal jam 0700 hrs dan melibatkan pelaksanaan ibadah penyembelihan, melapah, menimbang, membungkus serta pengagihan daging qurban kepada warga PPM W1 dan masyarakat setempat.

Sebanyak 11 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah disempurnakan sepanjang program berlangsung.

Program turut dihadiri oleh SAC (B) Hasan Basri bin Mohamad Safar dan isteri, YDH ACP Jaffri bin Bidin Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang dan Pn Norliana Binti Hussein, Pengerusi PERKEP Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, YDH Supt Fakharuddin Amri bin Sanusi, Timb Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang dan Pn Nurul Hayati binti Samsudin, Naib Pengerusi PERKEP Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang dan YDH Supt Mohd Farizan bin Ghazali, Supt Kejuruteraan Teknikal Pasukan Polis Marin PDRM Bukit Aman.

Selain penglibatan warga Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, program ini turut disertai oleh ahli PERKEP dan masyarakat awam.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan ibadah qurban di samping mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga PPM W1 Pulau Pinang.

“𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐟𝐢𝐬𝐢𝐞𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧”

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama in...
26/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan. Semoga sambutan yang mulia ini membawa rahmat, kebahagiaan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dan seluruh masyarakat.

“Semoga segala amalan dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.”

Ikhlas daripada:

YDH ACP Jaffri bin Bidin
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu

dan isteri

YBhg. Puan Norliana binti Hussein
Pengerusi PERKEP Pasukan Polis Marin Wilayah Satu

KETUA POLIS PULAU PINANG ADAKAN LAWATAN KERJA KE MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU PULAU PINNAG
21/05/2026

KETUA POLIS PULAU PINANG ADAKAN LAWATAN KERJA KE MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU PULAU PINNAG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.LATIHAN JASMANI *TRIM & FIT* / TABATA ▶️ TARIKH : 21.05.2025 (KHAMIS)▶️ MASA : 1500h...
21/05/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

LATIHAN JASMANI *TRIM & FIT* / TABATA

▶️ TARIKH : 21.05.2025 (KHAMIS)
▶️ MASA : 1500hrs.
▶️ TEMPAT : DEWAN KOMUNITI, PPM WIL.1

LATIHAN JASMANI TRIM & FIT / TABATA TELAH DILAKSANAKAN DENGAN PENGLIBATAN SERAMAI 04 PKP, 43 PRP DAN 08 PEGAWAI AWAM.

LATIHAN INI BERTUJUAN MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL, KESIHATAN TUBUH BADAN SERTA MEMBENTUK DISIPLIN DIRI DAN DAYA TAHAN MENTAL DALAM KALANGAN PESERTA.

SELAIN ITU, LATIHAN INI JUGA DAPAT MEMBANTU MENGEKALKAN BERAT BADAN IDEAL, MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT, KELENTURAN DAN STAMINA SERTA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT DAN AKTIF.

DI SAMPING ITU, AKTIVITI INI TURUT MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI, SEMANGAT BERPASUKAN DAN MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERKAITAN GAYA HIDUP.

LATIHAN SEUMPAMA INI JUGA DILIHAT MAMPU MEMASTIKAN PEGAWAI SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SIAP SIAGA BAGI MELAKSANAKAN TUGASAN DENGAN LEBIH EFISIEN DAN BERKESAN. GAMBAR AKTIVITI DISERTAKAN UNTUK RUJUKAN.

#

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.PERLAWANAN PERSABAHATAN BADMINTON ANTARA PPM W1 VS NAUTICAL RESOURCE SDN BHD (NRSB) ...
17/05/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

PERLAWANAN PERSABAHATAN BADMINTON ANTARA PPM W1 VS NAUTICAL RESOURCE SDN BHD (NRSB) 2026

TARIKH : 16/05/2026 (SABTU).
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : BADMINTON SETIA ALAM ARENA, SETIA ALAM, SELANGOR.

PROGRAM INI DIANJURKAN BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM SERTA MEMUPUK SEMANGAT KESUKANAN DAN MENINGKATKAN TAHAP KECERGASAN WARGA PASUKAN DI SAMPING GAYA HIDUP SIHAT ANTARA WARGA PPM W1 DAN PIHAK NRSB.

SERAMAI 4 PKP DAN 11 PRP TELAH TERLIBAT SEPANJANG PERLAWANAN BERLANGSUNG IAITU 5 ACARA REGU DENGAN SISTEM KIRAAN 21 MATA (BEST OF 5).

SEMUA PESERTA TELAH MENUNJUKKAN KOMITMEN, DISIPLIN DAN SEMANGAT BERPASUKAN YANG TINGGI DALAM SUASANA PENUH HARMONI DAN SALING MENGHORMATI.

SELAIN ITU, PROGRAM INI TURUT MEMBERI PELUANG KEPADA PIHAK NRSB MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI SAMPING MENGUKUHKAN HUBUNGAN KERJASAMA YANG TELAH TERJALIN ANTARA PPMW1 DAN PIHAK SYARIKAT. SECARA KESELURUHANNYA, PROGRAM INI TELAH BERJALAN DENGAN JAYANYA DAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DITETAPKAN.

#

13/05/2026
10/02/2026

Address

PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU BATU UBAN PULAU PINANG
Penang Island
11700

Telephone

+60124726116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Satu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Satu:

Share