01/06/2026
UCAPAN TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mewakili seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Mohd Khalid Bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi negara terhadap kepimpinan, jasa bakti serta komitmen berterusan YDH Tan Sri Ketua Polis Negara dalam menerajui Polis Diraja Malaysia ke arah sebuah pasukan yang profesional, berintegriti dan dipercayai masyarakat.
Semoga YDH Tan Sri Ketua Polis Negara terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin pasukan PDRM demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.
“Rumah kita, kita jaga. Daerah kita, kita lindungi bersama.”
“POLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADA”