Pasukan Polis Marin Selangor

Pasukan Polis Marin Selangor Selamat Datang Ke Facebook Rasmi Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang,Selangor

๐Ÿšจ *LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) VISIT BOARD SEARCH & SEIZURE (VBSS) MO PPM PELABUHAN KLANG*๐Ÿšจ14 Mei 2026 | Markas Ope...
14/05/2026

๐Ÿšจ *LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) VISIT BOARD SEARCH & SEIZURE (VBSS) MO PPM PELABUHAN KLANG*๐Ÿšจ

14 Mei 2026 | Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang

Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Visit Board Search & Seizure (VBSS) melibatkan pegawai dan anggota PPM Pelabuhan Klang bersama jurulatih dari Squadron A 69 Komando.

Latihan ini merangkumi sesi taklimat, latihan praktikal Close Quarter Battle (CQB), โ€œdry runโ€ serta latihan operasi di laut menggunakan aset Botronda Spear 1, Spear 2 dan RH16 dengan pelaksanaan latihan menaiki serta penggeledahan di atas Kapal Tangki Anggun 8 di kawasan perairan Pelabuhan Utara.

Program turut disertai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan, Pegawai Pemerintah MO PPM W1 Pelabuhan Klang bersama pegawai dan anggota PPM Pelabuhan Klang.

Latihan seperti ini amat penting dalam memastikan tahap kesiapsiagaan operatif UNGERIN dan kru botronda sentiasa berada pada tahap tertinggi di samping meningkatkan kemahiran taktikal, teknikal serta koordinasi operasi maritim.

Selain itu, latihan bersama ini juga berjaya mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Pasukan Polis Marin dan 69 Komando di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) PDRM.

_*Integriti & Efisen Ke Arah Kecemerlangan_*








*๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ PT Pagi / Larian 2.4KM MO PPM Pelabuhan Klang ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ*07 Mei 2026 (Khamis) | MO PPM Pelabuhan KlangBahagian Latihan M...
07/05/2026

*๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ PT Pagi / Larian 2.4KM MO PPM Pelabuhan Klang ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ*
07 Mei 2026 (Khamis) | MO PPM Pelabuhan Klang

Bahagian Latihan MO PPM Pelabuhan Klang telah menganjurkan Program PT Pagi dan Larian 2.4KM yang berlangsung bermula jam 7:50 pagi hingga 9:30 pagi melibatkan pegawai serta anggota MO PPM Pelabuhan Klang.
- Program telah diketuai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan, Pegawai Pemerintah MO PPM Pelabuhan Klang serta turut dihadiri pegawai kanan, anggota dan KTA.
- Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan sebelum diteruskan dengan latihan fizikal dan larian sejauh 2.4KM bagi meningkatkan tahap kecergasan, stamina serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tugas harian dan operasi.
- Program berlangsung dalam suasana penuh semangat, disiplin dan komitmen tinggi daripada seluruh warga MO PPM Pelabuhan Klang.
- Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dalam melahirkan anggota yang cergas, sihat dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran tugas.










๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI PEKERJA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga ...
30/04/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI PEKERJA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
โ€œPekerja MADANI Kesuma Bangsaโ€

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Pasukan Polis Marin atas dedikasi dan komitmen dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Teruskan berkhidmat dengan penuh semangat dan integriti.

DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan
Pegawai Pemerintah
Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang

LAWATAN KASIH KE TADIKA BAITUL WIDAD MO PPM PELABUHAN KLANGPada 29 April 2026 (Rabu), jam 0900 pagi telah berlangsung Pr...
29/04/2026

LAWATAN KASIH KE TADIKA BAITUL WIDAD MO PPM PELABUHAN KLANG
Pada 29 April 2026 (Rabu), jam 0900 pagi telah berlangsung Program Lawatan Kasih anjuran MO PPM Pelabuhan Klang bertempat di Tadika Baitul Widad, sebuah tadika KEMAS dalam kawasan Pasukan Polis Marin.
Lawatan ini diketuai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan bersama pegawai dan anggota serta wakil PERKEP. Program ini bertujuan menghargai peranan tadika dalam menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak warga pasukan.
Sepanjang lawatan, turut diadakan sesi ramah mesra bersama tenaga pengajar dan kanak-kanak, penyampaian sumbangan sebagai tanda keprihatinan serta peninjauan kemudahan pembelajaran di tadika.
Program ini memberi pelbagai manfaat antaranya mengeratkan hubungan silaturahim, menghargai komitmen tenaga pengajar, meningkatkan semangat kebersamaan serta memupuk imej positif pasukan sebagai organisasi yang prihatin terhadap komuniti.
๐Ÿ“ธ Disertakan gambar sepanjang program dijalankan.





Writing๐Ÿ“ *Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) VBSS MO PPM Pelabuhan Klang*29 April 2026 (Rabu) | 0830hrs โ€“ 1100hrsJeti MO P...
29/04/2026

Writing
๐Ÿ“ *Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) VBSS MO PPM Pelabuhan Klang*

29 April 2026 (Rabu) | 0830hrs โ€“ 1100hrs
Jeti MO PPM Pelabuhan Klang

*Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengenalan Visit, Board, Search & Seizure (VBSS)* telah berjaya dilaksanakan anjuran Unit Gempur Marin dengan penglibatan pegawai dan anggota MO PPM Pelabuhan Klang.

- Taklimat telah disampaikan oleh Sjn Mohd Shahrizan Shah merangkumi konsep dan pelaksanaan VBSS dalam operasi maritim, termasuk pendekatan Visit, Board, Search dan Seizure bagi tujuan pemeriksaan kapal serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negara.

- Latihan ini bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi di samping meningkatkan kemahiran taktikal dan teknikal dalam operasi di laut.








*PT PETANG (SENAMROBIK)*Program PT Petang (Senamrobik) telah dilaksanakan pada 24 April 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang b...
25/04/2026

*PT PETANG (SENAMROBIK)*

Program PT Petang (Senamrobik) telah dilaksanakan pada 24 April 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat di Dewan Komuniti MO PPM Pelabuhan Klang. Program anjuran Bahagian Latihan ini telah disertai oleh pegawai dan anggota MO PPM Pelabuhan Klang dengan kehadiran seramai 39 anggota serta 5 KTA, diketuai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan selaku Pegawai Pemerintah.

Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan diikuti senamrobik yang berlangsung dalam suasana bersemangat, teratur dan berdisiplin. Sepanjang hampir satu jam pelaksanaan, semua peserta menunjukkan komitmen tinggi serta semangat kerjasama yang baik. Program berakhir pada jam 4.10 petang dalam keadaan selamat dan terkawal.

Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memantapkan kesiapsiagaan operasi, mengurangkan tekanan serta memupuk gaya hidup sihat dan semangat berpasukan dalam kalangan warga pasukan.







๐Ÿ“Œ LATIHAN TEMBAK TAHUNAN MO PPM W1 PELABUHAN KLANG 2026 (LDP)Assalamualaikum & Salam Sejahtera๐Ÿ“… Tarikh: 22 April 2026 (R...
22/04/2026

๐Ÿ“Œ LATIHAN TEMBAK TAHUNAN MO PPM W1 PELABUHAN KLANG 2026 (LDP)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
๐Ÿ“… Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
๐Ÿ•— Masa: 0800 jam hingga selesai
๐Ÿ“ Tempat: Lapang Sasar Jeram, IPD Kuala Selangor
Latihan Tembak Tahunan MO PPM W1 Pelabuhan Klang telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan kehadiran pegawai kanan serta 90 anggota lain-lain pangkat (APR). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Persenjataan MO PPM (W1) Pelabuhan Klang dengan kerjasama Bahagian Persenjataan IPD Klang Selatan.
Sepanjang latihan, pegawai dan anggota telah diberikan pendedahan serta latihan praktikal dalam pengendalian senjata baharu iaitu pistol automatik CZ P-10 C. Program berjalan dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini.
๐ŸŽฏ Objektif utama: โœ”๏ธ Meningkatkan kemahiran dan kecekapan penggunaan senjata api
โœ”๏ธ Memastikan pematuhan SOP dan keselamatan
โœ”๏ธ Memperkukuhkan kesiapsiagaan anggota
โœ”๏ธ Memberi pendedahan kepada penggunaan peralatan baharu
๐Ÿ’ช Manfaat program: โœ… Meningkatkan keyakinan dan profesionalisme anggota
โœ… Mengukuhkan disiplin serta koordinasi pasukan
โœ… Mengurangkan risiko kemalangan melalui latihan berstruktur
โœ… Memberi pengalaman latihan praktikal yang efektif
Secara keseluruhannya, latihan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan komitmen tinggi daripada semua pegawai dan anggota yang terlibat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera๐Ÿšค LAPORAN RINGKASLDP PENGENDALIAN ENJIN SANGKUT BOT BANJIR๐Ÿ“… Tarikh: 20 April 2026โฐ Masa...
20/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
๐Ÿšค LAPORAN RINGKAS
LDP PENGENDALIAN ENJIN SANGKUT BOT BANJIR
๐Ÿ“… Tarikh: 20 April 2026
โฐ Masa: 0800 โ€“ 1300 HRS
๐Ÿ“ Tempat: Bengkel / Jeti PPM Pel. Klang
Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan kehadiran seramai 02 PKP dan 30 PRP. Program anjuran Bahagian Pelaut ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran serta kesiapsiagaan anggota dalam pengendalian bot semasa operasi banjir.
๐Ÿ”ง Pengisian Program:
โ€ข Pengenalan enjin sangkut 2-stroke & 4-stroke
โ€ข Peralatan asas sebelum menghidupkan enjin
โ€ข Tatacara menghidupkan & mematikan enjin
โ€ข Troubleshooting enjin yang tidak dapat dihidupkan
โ€ข Latihan praktikal pengendalian bot PAC
โ€ข Teknik โ€œalongsideโ€ mengikut & melawan arus
โ€ข Ujian kemahiran melalui laluan mencabar
Program ini memberi penekanan kepada aspek teori dan praktikal bagi memastikan anggota sentiasa bersedia, cekap dan berkemahiran tinggi dalam menghadapi situasi sebenar di lapangan.

WritingProgram  PT PAGI / LARIAN 4.2KM๐Ÿ“… Tarikh: 15 April 2026 (Khamis)๐Ÿ•— Masa: 07:50 pagi โ€“ 09:20 pagi๐Ÿ“ Tempat: Taman Bot...
15/04/2026

Writing

Program PT PAGI / LARIAN 4.2KM
๐Ÿ“… Tarikh: 15 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— Masa: 07:50 pagi โ€“ 09:20 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Taman Botanic Klang

Program PT Pagi telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pegawai dan anggota MO PPM Pelabuhan Klang.

Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan tepat jam 07:50 pagi, diikuti latihan fizikal serta larian sejauh 4.2km.

Seramai 39 anggota bersama pegawai telah mengambil bahagian, diketuai oleh DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan selaku Pegawai Pemerintah.

Program berjalan dengan lancar, penuh semangat serta berakhir pada jam 09:10 pagi.

Antara objektif utama pelaksanaan program ini adalah: โœ… Meningkatkan kecergasan fizikal anggota
โœ… Memantapkan kesediaan operasi harian
โœ… Menggalakkan gaya hidup sihat
โœ… Memupuk disiplin dan komitmen
โœ… Memantau tahap kecergasan (Trim & Fit)

๐Ÿ“ธ Gambar-gambar sepanjang program turut dilampirkan sebagai dokumentasi.


.2KM






Sekian, terima kasih.

Selamat Tahun Baharu Tamil (Puthandu Vazthukal) kepada seluruh warga PDRM yang menyambutnya.Semoga tahun baharu ini memb...
13/04/2026

Selamat Tahun Baharu Tamil (Puthandu Vazthukal) kepada seluruh warga PDRM yang menyambutnya.

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kejayaan berterusan dalam kehidupan dan kerjaya. Diharapkan juga agar semangat perpaduan, dedikasi dan komitmen dalam menjalankan amanah terus diperkukuhkan demi keselamatan negara.

Ikhlas daripada,
DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan
Pegawai Pemerintah
Markas Operasi Pasukan Polis Marin
Pelabuhan Klang, Selangor

Assalamualaikum dan Salam SejahteraLAPORAN RINGKAS LAWATAN KEBAJIKANPada 1 April 2026 jam 1430hrs, satu lawatan kebajika...
01/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
LAPORAN RINGKAS LAWATAN KEBAJIKAN
Pada 1 April 2026 jam 1430hrs, satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh Pegawai Pemerintah MOPPM Pelabuhan Klang ke atas waris arwah SM 128480 Muhammad Basri bin Mahat di alamat No. 21, Jalan Kebun Nenas 2T/KS7, Bandar Putera, Klang, Selangor.
Lawatan ini diketuai oleh YDH DSP Sri Vikneswaran a/l Renganathan bersama beberapa pegawai dan anggota MOPPM serta wakil PERKEP.
Objektif utama lawatan adalah untuk menyampaikan sumbangan khairat kepada waris, Pn Siti Maslenah binti Nadzir, yang merangkumi sumbangan daripada Surau MOPPM, Kelab MOPPM, PKP/PRP & PA MOPPM, PERKEP MOPPM serta Squad 128.
Selain itu, pihak MOPPM turut menyampaikan ucapan takziah serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada waris dalam menghadapi dugaan serta menguruskan anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan keluarga yang ditinggalkan terus tabah menghadapi ujian ini.
Disertakan gambar semasa lawatan.

Address

PASUKAN POLIS MARIN PELABUHAN KLANG
Pelabohan Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share