Hospital Pekan Rasmi

Hospital Pekan Rasmi Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

"Semoga tanah air tercinta ini terus kekal aman, subur dengan kedamaian, dan menjadi tempat kita mengejar impian bersama...
16/09/2026

"Semoga tanah air tercinta ini terus kekal aman, subur dengan kedamaian, dan menjadi tempat kita mengejar impian bersama. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi


🔥 SEMINAR KESELAMATAN KEBAKARANTelah berlangsung Seminar Keselamatan Kebakaran bertempat di Dewan Persidangan Hospital P...
15/09/2026

🔥 SEMINAR KESELAMATAN KEBAKARAN

Telah berlangsung Seminar Keselamatan Kebakaran bertempat di Dewan Persidangan Hospital Pekan.

Seminar ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan warga hospital dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan aspek keselamatan kebakaran sentiasa diberi keutamaan.

🚒 Keselamatan tanggungjawab bersama. Cegah sebelum terlambat!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi




📌 PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL PEKAN📅 15 September 2026 | Selasa⏰ 8.30 pagiTelah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospita...
15/09/2026

📌 PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL PEKAN

📅 15 September 2026 | Selasa
⏰ 8.30 pagi

Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospital Pekan yang dianjurkan oleh Unit Hemodialisis, Unit Dietetik dan Sajian.

Program ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, menyampaikan informasi serta meningkatkan komitmen warga Hospital Pekan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada para pelanggan.

Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform yang menyatukan warga kerja Hospital Pekan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. 💙

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi





Hebahan Notis Tawaran Sebut Harga bagi Kerja Pemodenan Lif Berusia di Hospital Pekan.Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - L...
15/09/2026

Hebahan Notis Tawaran Sebut Harga bagi Kerja Pemodenan Lif Berusia di Hospital Pekan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

🩸 CME: TATACARA DAN PANDUAN PENGAMBILAN DARAHJabatan Patologi dan Tabung Darah Hospital Pekan telah mengadakan sesi Cont...
14/09/2026

🩸 CME: TATACARA DAN PANDUAN PENGAMBILAN DARAH

Jabatan Patologi dan Tabung Darah Hospital Pekan telah mengadakan sesi Continuing Medical Education (CME) bertajuk “Tatacara dan Panduan Pengambilan Darah”.

CME ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman warga kerja berkaitan tatacara pengambilan darah yang betul, selamat dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Semoga sesi perkongsian ini dapat membantu memperkukuh kompetensi serta memastikan kualiti dan keselamatan dalam pengurusan spesimen darah sentiasa berada pada tahap terbaik. 🩸✨

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi






14/09/2026
14/09/2026

Langkah Sihat, Semangat Merdeka! ❤️🤍💙

Jom imbas kembali kemeriahan Langkah Sihat Merdeka 2026! 🎉
Sihat bersama, meriah bersama, semangat patriotik sentiasa! 🇲🇾✨

💪 Sihat Itu Saya!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi





🇲🇾 LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026 🇲🇾Sihat Bersama, Semarakkan Merdeka! ❤️🤍💙💛Sempena Program Langkah Sihat Merdeka 2026, warg...
12/09/2026

🇲🇾 LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026 🇲🇾

Sihat Bersama, Semarakkan Merdeka! ❤️🤍💙💛

Sempena Program Langkah Sihat Merdeka 2026, warga Hospital Pekan turut sama menyemarakkan program dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam usaha menggalakkan amalan hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga hospital dan komuniti.

Antara aktiviti yang disertai adalah Program Derma Darah 🩸 yang membawa mesej penuh bermakna, “Derma Darah, Selamatkan Nyawa!”

Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan. ❤️

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai aktiviti Cenderahati Edisi Terhad serta singgah ke Booth Unit Terapi Cara Kerja yang mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan menarik seperti FitMi dan Cognitive Games.

Program sebegini bukan sahaja menggalakkan kita untuk kekal aktif dan sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara warga kesihatan dan komuniti setempat.

Ayuh terus melangkah, kekal sihat dan bersama-sama semarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾❤️

LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026
❤️ Sihat
🤝 Bersama
🇲🇾 Merdeka

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi






🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT HOSPITAL PEKAN 🌙Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Mauli...
11/09/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT HOSPITAL PEKAN 🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Hospital Pekan pada pagi tadi.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan perarakan Maulidur Rasul, diikuti dengan perhimpunan di Dewan Persidangan, bacaan doa, ucapan Pengerusi HMI serta persembahan qasidah.

Turut diadakan ceramah Maulidur Rasul bertajuk “Rasulullah SAW: Rahmah dalam Merawat, Ihsan dalam Berkhidmat”, penyampaian hadiah dan cenderahati, serta aktiviti santuni pesakit di wad.

✨ Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah SAW, khususnya dalam memberikan perkhidmatan yang penuh rahmah, ihsan dan kasih sayang kepada pesakit serta seluruh warga hospital.

“Rasulullah SAW: Rahmah dalam Merawat, Ihsan dalam Berkhidmat.” 🤍

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi






Perkongsian ilmu yang bermanfaat hari ini! Warga kerja hospital sedang mengikuti sesi CME (Continuing Medical Education)...
10/09/2026

Perkongsian ilmu yang bermanfaat hari ini!

Warga kerja hospital sedang mengikuti sesi CME (Continuing Medical Education) dengan tajuk "Pain Free Hospital".

Sesi perkongsian ilmu ini disampaikan oleh penceramah jemputan kita, Puan Surina binti Mat Noor, yang membincangkan strategi dan langkah penting ke arah pengurusan kesakitan yang optimum untuk pesakit.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat terus memperkasakan mutu perkhidmatan kesihatan kita dan memastikan selesa serta selamat buat para pesakit. 💪✨

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Address

Jalan Batu Balik
Pekan
26600

Telephone

+6094223333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pekan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share