Pas Dun Chini Official

Pas Dun Chini Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pas Dun Chini Official, Political Party, Chini, Pekan.

📢 KEMASKINI INFAQ PEMBANGUNAN PAGAR BERANDA PUSAT TARBIYAHAlhamdulillah, RM1,270 telah terkumpul daripada sasaran RM5,00...
25/08/2026

📢 KEMASKINI INFAQ PEMBANGUNAN PAGAR BERANDA PUSAT TARBIYAH

Alhamdulillah, RM1,270 telah terkumpul daripada sasaran RM5,000. 🤲

🎯 Sasaran: RM5,000
💰 Terkumpul: RM1,270
📌 Baki: RM3,730

Masih berbaki RM3,730. Ayuh kita sama-sama membantu mengikut kemampuan. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan saham akhirat yang berterusan.

🤲 Ayuh berinfaq, bersama kita membina, bersama kita mendapat pahala berterusan.

Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan sokongan semua.

Ziarah prihatin Chini Timur.Hadir sama Ust Hj Fahrur Rozi Jalaluddin
21/08/2026

Ziarah prihatin Chini Timur.
Hadir sama Ust Hj Fahrur Rozi Jalaluddin

“Selamat pulang ke Chini buat anak-anak perantauan"Raikan Aidiladha bersama keluarga tercinta, eratkan silaturahim dan s...
26/05/2026

“Selamat pulang ke Chini buat anak-anak perantauan"

Raikan Aidiladha bersama keluarga tercinta, eratkan silaturahim dan semarakkan semangat pengorbanan di bumi Chini yang penuh keberkatan.

Ikhlas daripada PAS DUN Chini.”

Alhamdulillah, program ziarah kasih telah diadakan buat En. Hamdan bin Alias (Cik Medan canopi), penduduk Chini Timur 3 ...
19/05/2026

Alhamdulillah, program ziarah kasih telah diadakan buat En. Hamdan bin Alias (Cik Medan canopi), penduduk Chini Timur 3 yang sedang diuji dengan penyakit kanser hati.

Ziarah ini dianjurkan oleh PAS Cawangan CT3 sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga. Turut diadakan solat hajat dan bacaan Yasin sebagai ikhtiar memohon kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat beliau dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, serta memberikan ganjaran pahala atas setiap ujian yang dihadapi.

Firman Allah SWT:
"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan."
(Surah Asy-Syu‘ara: 80)

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar En. Hamdan bin Alias (Cik Medan) diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada
PAS Cawangan CT3 dan PAS DUN Chini


Alhamdulillah, ziarah kasih telah diadakan ke atas Encik Salleh bin Awang Hitam (Pak Leh) yang terkesan dengan kebakaran...
18/05/2026

Alhamdulillah, ziarah kasih telah diadakan ke atas Encik Salleh bin Awang Hitam (Pak Leh) yang terkesan dengan kebakaran di Chini 2 baru-baru ini.

Ziarah ini dianjurkan oleh PAS DUN Chini bersama PAS Cawangan Chini 2 sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Pak Leh yang sedang diuji dengan musibah kebakaran. Turut disampaikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kekuatan serta menggantikan dengan yang lebih baik buat Pak Leh sekeluarga.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama menghulurkan bantuan serta mendoakan agar segala urusan mangsa dipermudahkan.

Ikhlas daripada
PAS DUN Chini & PAS Cawangan Chini 2


Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan PAS DUN Chini telah berlangsung dengan penuh semangat dan ukhuwwah.Majlis...
24/04/2026

Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan PAS DUN Chini telah berlangsung dengan penuh semangat dan ukhuwwah.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Rosli bin Abdul Jabbar, Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Tanjung Lumpur.

Turut menyerikan majlis, kehadiran YB Mohamad Rafiq Khan bin Ahmad Khan, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan.

Sebagai tuan rumah, Ustaz Izdhar bin Abdullah, Pengarah DUN Chini memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran program ini.

Program ini berjaya menghimpunkan ahli daripada 9 cawangan PAS di seluruh DUN Chini, membuktikan kesatuan dan komitmen yang tinggi dalam memperkukuhkan gerak kerja jemaah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB perasmi serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Alhamdulillah, Telah berlangsung program Munajat T300 PAS DUN Chini dengan penuh khusyuk dan penghayatan di Pusat Tarbiy...
21/04/2026

Alhamdulillah, Telah berlangsung program Munajat T300 PAS DUN Chini dengan penuh khusyuk dan penghayatan di Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan, Chini 3.

Kehadiran ahli bersama-sama bermunajat, menadah tangan memohon keberkatan, kekuatan dan kemenangan daripada Allah SWT.

Semoga usaha ini menjadi asbab kepada kejayaan perjuangan serta mengukuhkan ukhwah dalam kalangan masyarakat setempat.

Jamuan Raya PAS Cawangan Chini Timur 1 & 2 bersama PASTI An-Najah berlangsung dengan penuh kemeriahan, dihiasi kehadiran...
12/04/2026

Jamuan Raya PAS Cawangan Chini Timur 1 & 2 bersama PASTI An-Najah berlangsung dengan penuh kemeriahan, dihiasi kehadiran penduduk setempat serta pengunjung tanpa mengira golongan yang bersama-sama memeriahkan suasana Aidilfitri.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DUN Chini, Ustaz Izdhar bin Abdullah, merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan, yang bersama-sama turun padang meraikan masyarakat Chini Timur serta menceriakan anak-anak PASTI.

Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi jambatan dalam mengukuhkan ukhuwah, menyemai kasih sayang, dan mempererat hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.



JAMUAN AIDILFITRI PAS DUN CHINI 2026 & PERASMIAN PUSAT TARBIYAH DARUL IKHWAN, CHINI 3Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesy...
31/03/2026

JAMUAN AIDILFITRI PAS DUN CHINI 2026 & PERASMIAN PUSAT TARBIYAH DARUL IKHWAN, CHINI 3

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan menganjurkan Jamuan Aidilfitri PAS DUN Chini bagi tahun ini.

Program yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan, Chini 3 ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Hassanuddin Salim, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang sekaligus merasmikan Pusat Tarbiyah yang telah hampir sempurna dibina menelan kos hampir RM300,000.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan, ADUN Pulau Manis serta masyarakat DUN Chini daripada pelbagai latar belakang seperti para pendidik, pasukan unit beruniform dan ramai lagi dengan anggaran kehadiran melebihi 500 orang.

Ustaz Izdhar bin Abdullah, Pengarah PAS DUN Chini dan semua ahli jawatankuasa mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan terima kasih kepada semua Cawangan PAS DUN Chini dan semua petugas yang menyumbang serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini diberkati dan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Aidilfitri


Gotong-royong Rumah Terbuka PAS DUN Chini telah berlangsung pada hari Jumaat yang lalu sebagai persiapan bagi majlis yan...
30/03/2026

Gotong-royong Rumah Terbuka PAS DUN Chini telah berlangsung pada hari Jumaat yang lalu sebagai persiapan bagi majlis yang diadakan pada hari Sabtu.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk pemasangan khemah, penyembelihan lembu, kerja-kerja memotong daging, memasak serta persediaan tempat di Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan Chini 3.

Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan menyumbang tenaga dalam menjayakan persiapan Rumah Terbuka ini.

Address

Chini
Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Dun Chini Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share