07/08/2026
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan atas penganugerahan gelaran dan lantikan sebagai Orang Besar Berempat Negeri Pahang, Orang Kaya Indera Shahbandar sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Semoga penganugerahan dan lantikan ini menjadi satu amanah yang terus diperkasakan dalam mencurahkan khidmat bakti serta menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan rakyat serta negeri Pahang Darul Makmur.
Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.