28/08/2026
Assalamualaikum wbt,
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
JERANTUT, 26โ27 Ogos 2026M / 13โ14 Rabiulawal 1448H โ Alhamdulillah, Program Jelajah Fatwa Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2026M/1448H telah berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama strategik antara Jabatan M***i Negeri Pahang menerusi Bahagian Fatwa bersama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut.
Program yang menghimpunkan pelbagai pengisian ilmu ini menjadi medan mendekatkan institusi fatwa dengan masyarakat, di samping menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ melalui penghayatan sirah, sunnah dan akhlak junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.
Program dimulakan selepas solat Subuh dengan Bicara Fajar yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadhlur Rahman bin Mohamed Rosly, Ketua Unit Istinbat, Bahagian Fatwa, bertempat di Surau As-Syahadah, Sungai Jan, Jerantut.
Pengisian tersebut bukan sekadar mengimbau sejarah kelahiran Rasulullah ๏ทบ, malah mengajak masyarakat menghayati perjuangan, pengorbanan dan keperibadian Baginda sebagai pedoman dalam membina kehidupan Muslim yang berteraskan iman dan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ.
Bicara Fajar kemudiannya diteruskan di Surau As-Syafie, ADTEC Jerantut yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azfarizam bin Mohd Anuar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Fatwa.
Pengisian turut menekankan nilai-nilai murni yang terpancar daripada kehidupan dan akhlak Rasulullah ๏ทบ, sekali gus mengajak para peserta menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam membentuk peribadi, keluarga dan masyarakat yang lebih baik.
Program diteruskan dengan Kuliah Dhuha Muslimat bertempat di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Ilanis binti Mat Akhir menerusi tajuk โJejak Wanita Penghuni Syurgaโ.
Pengisian bersempena sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muslimat. Para peserta didedahkan dengan kisah perjuangan serta keperibadian wanita-wanita solehah yang mendapat kedudukan mulia di sisi Allah SWT.
Lebih daripada sekadar mengenali tokoh-tokoh wanita Islam, pengisian tersebut turut mengajak para muslimat meneladani sifat iman, kesabaran, ketabahan, pengorbanan dan akhlak mulia yang menjadi asas pembentukan Muslimah yang teguh jiwa dan tinggi takwanya.
Pada sebelah malam p**a, diteruskan dengan dengan Forum Bicara Fatwa bertempat di Masjid Kampung Damak, Jerantut dengan mengangkat tema โSunnah Dijulang, Ummah Terbilangโ.
Forum tersebut menampilkan YBhg. Dr. Haji Muhamad Mizi Azam bin Haji Yahya, Ketua Penolong M***i, Bahagian Fatwa dan Al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut, Tuan Mohd Anis bin Mohd Azmi sebagai panel, manakala Ustaz Nor Azfarizam bin Mohd Anuar bertindak sebagai moderator.
Perbincangan memberi penekanan terhadap kepentingan memahami, menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah ๏ทบ secara tepat dalam kehidupan. Sunnah bukan sekadar untuk diketahui, bahkan perlu diterjemahkan dalam bentuk akhlak, ibadah, muamalat dan kehidupan seharian agar lahir umat yang berilmu, beradab serta teguh berpegang kepada ajaran Islam.
Pengisian Jelajah Fatwa diteruskan pada 27 Ogos 2026M / 14 Rabiulawal 1448H menerusi Klinik Hukum yang berlangsung di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut.
Klinik Hukum merupakan sebuah platform interaktif yang memberi peluang kepada masyarakat mengemukakan persoalan berkaitan agama dan hukum syarak secara langsung kepada panel yang berpengalaman dalam bidangnya.
Sesi tersebut menampilkan YBhg. Dr. Haji Muhamad Mizi Azam bin Haji Yahya, Ketua Penolong M***i, Bahagian Fatwa dan Ustaz Mohd Fadhlur Rahman bin Mohamed Rosly, Ketua Unit Istinbat, Bahagian Fatwa sebagai panel, manakala Ustaz Nor Azfarizam bin Mohd Anuar bertindak sebagai moderator.
Pendekatan secara interaktif ini memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan pencerahan terhadap pelbagai persoalan agama yang timbul dalam kehidupan seharian, sekali gus membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap hukum syarak berdasarkan panduan dan penjelasan yang sahih.
Pelaksanaan Program Jelajah Fatwa Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2026M/1448H membuktikan komitmen berterusan Jabatan M***i Negeri Pahang dalam mendekatkan institusi fatwa kepada masyarakat.
Usaha ini bukan sahaja memperluas penyampaian ilmu, bahkan membuka ruang komunikasi dua hala antara institusi fatwa dan masyarakat agar persoalan hukum dapat difahami dengan lebih jelas, menyeluruh serta mengambil kira keperluan dan realiti semasa.
Dalam masa yang sama, pengisian bersempena Maulidur Rasul ๏ทบ menjadi nilai tambah kepada program apabila masyarakat bukan sahaja didedahkan kepada persoalan hukum, malah diajak kembali menelusuri sirah, menghayati sunnah dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ.
Majlis penutupan diserikan dengan ucapan Ustaz Mohd Yahya bin Mohd Rafi, Timbalan Qadhi Daerah Jerantut mewakili Al - Fadhil Qadhi Daerah Jerantut, Tuan Mohd Anis bin Mohd Azmi.
Jabatan M***i Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang jitu dalam memastikan Program Jelajah Fatwa ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Semoga jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak terus diperkukuh pada masa akan datang dalam usaha memperluas penyampaian ilmu, menyuburkan kefahaman agama dan membimbing masyarakat ke arah penghayatan Islam yang lebih baik.
Sesungguhnya, apabila ilmu disampaikan dengan hikmah, persoalan dijawab dengan amanah dan sunnah dijadikan pedoman, maka lahirlah masyarakat yang bukan sahaja tahu tentang agama, tetapi faham, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan.
PANTUN PENUTUP
Ke Jerantut membawa berita,
Jelajah Fatwa penuh bermakna,
Sunnah Rasul jadi permata,
Membimbing ummah sentiasa cakna.
"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakat"