28/08/2026
[SOROTAN GAMBAR] ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
PEKAN, 28 Ogos 2026 โ Raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2026 telah berlangsung hari ini sebagai persiapan akhir menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bakal disambut pada 31 Ogos 2026.
Raptai yang melibatkan pelbagai kontinjen, agensi kerajaan, badan beruniform serta peserta perbarisan itu berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara.
Pelaksanaan raptai penuh ini bertujuan memastikan setiap pergerakan, susunan kontinjen, kawad, perbarisan dan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan teratur serta lancar pada hari sambutan.
Penglibatan warga kerja dan peserta daripada pelbagai agensi turut menyerlahkan semangat kerjasama, perpaduan dan kebersamaan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Semangat Malaysia Boleh! terus dikobarkan melalui penglibatan semua pihak yang bersama-sama menjayakan persiapan sambutan bersejarah ini.
Semoga Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan serta menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina Malaysia yang aman dan sejahtera.