05/05/2026
LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN BIMBINGAN MARDI KELANTAN
4 Mei 2026, satu lawatan pemantauan telah diadakan ke tiga premis Usahawan Bimbingan MARDI di sekitar Machang dan Ketereh, Kelantan.
Tiga usahawan yang telah dikunjungi ialah MISG Global Sdn. Bhd., AL Saff Enterprise dan Icely Sdn. Bhd., yang merangkumi pelbagai bidang seperti minuman pracampuran, sos dan kicap, serta aiskrim potong.
Sepanjang lawatan, pelbagai khidmat nasihat telah diberikan termasuk berkaitan geran HIP, pengurusan mesin dan peralatan, susun atur kilang ke arah pensijilan MeSTI/HALAL, strategi pemasaran produk serta analisis jangka hayat produk bagi meningkatkan kualiti serta keyakinan usahawan.
Lawatan ini bukan sahaja memberi impak positif, malah menjadi pencetus semangat kepada usahawan untuk terus berdaya saing.