Perpustakaan Awam Pasir Puteh

Perpustakaan Awam Pasir Puteh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Awam Pasir Puteh, Library, PT 658, Seksyen 2, Jalan Belakang Majlis Daerah Pasir Puteh, Pasir Puteh.

VISI
Melahirkan Masyarakat Berbudaya Ilmu
"Cultivating Knowledgeable Society"

MISI
Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

MOTO
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Jom Baca Bersama 10 Minit "Membaca Menggembirakan | Membaca Membina Bangsa" 2026Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan de...
23/04/2026

Jom Baca Bersama 10 Minit "Membaca Menggembirakan | Membaca Membina Bangsa" 2026

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit "Membaca Menggembirakan | Membaca Membina Bangsa" secara serentak seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi
Tempat : Di jabatan/agensi/sekolah/lokasi masing-masing.

Daftar penyertaan anda di pautan berikut: https://go.kelantan.gov.my/KelantanMembaca2026

Gambar-gambar penyertaan sewaktu program berlangsung boleh dimuat naik melalui Facebook masing-masing dengan menyertakan tanda pagar (Hashtag)

Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong program ini amatlah dihargai.

------------------------

Membaca Menggembirakan dan Membaca Membina Bangsa

Amalan membaca merupakan satu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Terdapat dua ungkapan yang sering dikaitkan dengan budaya membaca, iaitu “membaca menggembirakan” dan “membaca membina bangsa”. Kedua-dua ungkapan ini menunjukkan betapa besar peranan membaca kepada individu dan juga negara.

Membaca menggembirakan kerana aktiviti ini mampu memberikan ketenangan dan keseronokan kepada pembaca. Melalui pembacaan bahan seperti novel, cerpen dan majalah, seseorang dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Selain itu, membaca juga dapat mengurangkan tekanan serta membantu seseorang melupakan masalah seketika. Oleh itu, membaca bukan sahaja menambah ilmu, malah menjadi satu bentuk hiburan yang sihat.

Di samping itu, membaca juga berperanan penting dalam membina bangsa. Masyarakat yang gemar membaca akan menjadi lebih berilmu, berfikiran matang dan mampu berdaya saing. Ilmu yang diperoleh melalui pembacaan dapat membantu seseorang membuat keputusan yang bijak serta meningkatkan kualiti hidup. Seterusnya, negara akan melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan mampu memajukan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi dan pendidikan.

Kesimpulannya, amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak kecil lagi. Hal ini kerana membaca bukan sahaja menggembirakan, malah mampu membina bangsa yang cemerlang. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menyemai minat membaca agar dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berjaya.

21/04/2026

Jom baca bersama 10 minit
Pada 23 April 2026(khamis)
11.00-11.10pagi

21/04/2026

Hai semua! 👋

​Program "Jom Baca 10 Minit" dah semakin dekat (23 April 2026)! 📚

​Jom kita meriahkan program ini dengan menyebarkan video promo ini di media sosial masing-masing (WhatsApp Status, Instagram, Facebook, dll).

​Moga dengan bantuan kawan², lebih ramai yang akan turut serta dalam budaya membaca ini. Terima kasih atas kerjasama semua! 😊

Jom Raya Sama-sama🥰💞 Wajib daftar.. untuk UmmiJa sediakan bahan aktiviti 😊💕 Wajib bawa Potluck untuk sesi jamuan raya☺️❣...
01/04/2026

Jom Raya Sama-sama🥰

💞 Wajib daftar.. untuk UmmiJa sediakan bahan aktiviti 😊

💕 Wajib bawa Potluck untuk sesi jamuan raya☺️

❣️ Penyertaan PERCUMA sahaja,

Cuma...

🧡 Khas untuk Slot Kidz Talent Show, Persembahan anak-anak..

- kami sediakan sijil untuk anak-anak yang buat persembahan, jika nak sijil.. RM 6.00 satu sijil siap print😊
- jika tak nak sijil pun boleh😊

Boleh Pm UmmiJa jika berminat untuk hadir, Dan juga jika anak-anak nak buat persembahan..

Tarikh : 04 April 2026
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tghari
Tempat : Perpustakaan Awam Pasir Puteh

Pencarian Peserta` Keluargaku Keluarga Membaca 2026' sudah bermulaPenyertaan buleh di buat dengan mengimbas kod QR yang ...
17/03/2026

Pencarian Peserta` Keluargaku Keluarga Membaca 2026' sudah bermula
Penyertaan buleh di buat dengan mengimbas kod QR yang terdapat di poster
Tarikh penyertaan pada 16 Mac 2026 hingga 31 Mac 2026

Di antara penerima hadiah yang pertama bagi pemegang kad ahli eksklusif Iaitu adik Dhuha.Shamimi dan Amin sempena Kempen...
11/03/2026

Di antara penerima hadiah yang pertama bagi pemegang kad ahli eksklusif
Iaitu adik Dhuha.Shamimi dan Amin sempena Kempen Perpustakaan Dihatiku
Beliau telah mencukupkan sebanyak 10 cop bersamaan dgn 50 naskah buku yang telah di pinjam selama 3 minggu..
Tahniah buat adik2 semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ingin mengajak anda semua untuk sama-sa...
11/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ingin mengajak anda semua untuk sama-sama meluangkan masa berinteraksi bersama al-Quran sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Ramadan 1447H / 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 11:00 hingga 1:00 Tengah Hari
Tempat: Di HOTSPOTWQH2026/jabatan/agensi/sekolah/lokasi masing-masing.
Lokasi Perdana: Masjid As Siddiqin,Mukim Panchor Kemumin Kota Bharu Kelantan dan Seluruh Perpustakaan Awam Kelantan

Program World tahun 2026 yang membawa panduan daripada Surah Al-Muzammil (Orang Yang Berselimut) dalam membentuk peribadi unggul dan membina ummah berteraskan al-Quran.

Mari kita menyokong dan buat di lokasi masing-masing seterusnya daftar penyertaan di pautan: https://go.kelantan.gov.my/WQH2026

Sama-sama kita menjayakan World tahun 2026.

Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong kempen World tahun 2026 ini amatlah dihargai, terima Kasih.

World

06/03/2026

Address

PT 658, Seksyen 2, Jalan Belakang Majlis Daerah Pasir Puteh
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60 9-785 5381

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category