DEWAN ULAMA PAS KAWASAN PASIR PUTEH

DEWAN ULAMA PAS KAWASAN PASIR PUTEH Sebuah organisasi Ulamak di Jajahan Pasir Puteh bertujuan untuk menyatukan suara para ilmuan Islam.

𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 𝑺𝑨𝑾 1448𝑯 مَّاۤ أَفَاۤءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ ...
25/08/2026

𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 𝑺𝑨𝑾 1448𝑯

مَّاۤ أَفَاۤءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡیَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِینِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِیلِ كَیۡ لَا یَكُونَ دُولَةَۢ بَیۡنَ ٱلۡأَغۡنِیَاۤءِ مِنكُمۡۚ وَمَاۤ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ

𝑫𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂𝒋𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒖𝒓𝒏𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝑵𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒏𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 (𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒖𝒔𝒊𝒓 𝒊𝒕𝒖, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕𝒏𝒚𝒂), 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒄𝒖𝒕 𝒔𝒆𝒆𝒌𝒐𝒓 𝒌𝒖𝒅𝒂 𝒑𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒆𝒌𝒐𝒓 𝒖𝒏𝒕𝒂 𝒑𝒖𝒏 (𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂); 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍-𝒓𝒂𝒔𝒖𝒍𝑵𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒉𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒊𝑵𝒚𝒂 (𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈); 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 𝑲𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒂𝒑-𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖. [𝑨𝒍-𝑯̣𝒂𝒔𝒉𝒓 : 7]

•• 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 ••𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚𝐤 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐳𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚...
10/08/2026

•• 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 ••

𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚𝐤 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐳𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧) 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 dalam 𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧.

𝐌𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐅𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

𝐈𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐳𝐚𝐤𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫. 𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧. [𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐣 : 𝟒𝟏]

22/04/2026

🌿 𝙃𝙄𝙆𝙄𝙉𝙂 𝙅𝙀𝙍𝘼𝙈 𝙈𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄 🌿
Gabungkan aktiviti lasak dengan ketenangan jiwa!

📅 20 Jun 2026 | ⏰ 7.30 pagi | Sabtu
💰 Yuran: RM25 (termasuk baju sublimation & jamuan ringan)

📲 Daftar sekarang sebelum 23 Mei 2026
Link Pendaftaran:
https://forms.gle/N5gtCrpt3oRZRMzJ7

📞 Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi : https://www.wasap.my/+6013-9160482/HikingJeramMengaji

Anjuran: Kelab Anak Muda Aktif Pasir Puteh (iMUDA)

Assalamualaikum WRT Dewan Ulamak PAS Kawasan Pasir Puteh merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua pimpinan PAS Ka...
21/03/2026

Assalamualaikum WRT

Dewan Ulamak PAS Kawasan Pasir Puteh merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua pimpinan PAS Kawasan Pasir Puteh dan seluruh umat Islam atas kejayaan menyempurnakan ibadah Ramadhan dan kewajipan berpuasa pada tahun ini.

Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan dan ketaatan kita semua sepanjang Ramadhan. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat, diampun dan dikifaratkan semua dosa, juga dibebaskan daripada ancaman api neraka Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Minal 'Aidiin wal Fa'iziin, Kullu 'Aamin wa Antum Bi Khair 🌙

عن أبي هُرَيرةَ رضِيَ اللهُ عنهُ عنِ النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّمَ أنَّه قال: مَن يَقُمْ ليلةَ القَدْرِ إيمانًا واح...
11/03/2026

عن أبي هُرَيرةَ رضِيَ اللهُ عنهُ عنِ النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّمَ أنَّه قال: مَن يَقُمْ ليلةَ القَدْرِ إيمانًا واحتسابًا، غُفِرَ له ما تَقدَّمَ من ذَنبِه – رواه الشيخان

𝐃a𝐫i𝐩a𝐝a A𝐛u H𝐮r𝐚i𝐫a𝐡 𝐑A d𝐚r𝐢p𝐚d𝐚 𝐍a𝐛i S𝐀W b𝐞r𝐬a𝐛d𝐚 : "S𝐞s𝐢a𝐩a y𝐚n𝐠 𝐬o𝐥a𝐭 𝐩a𝐝a m𝐚l𝐚m L𝐚i𝐥a𝐭u𝐥 𝐐a𝐝a𝐫 𝐤e𝐫a𝐧a i𝐦a𝐧 𝐝a𝐧 𝐦e𝐧c𝐚r𝐢 𝐩a𝐡a𝐥a, 𝐧e𝐬c𝐚y𝐚 𝐝i𝐚m𝐩u𝐧i d𝐨s𝐚-𝐝o𝐬a𝐧y𝐚 𝐲a𝐧g t𝐞l𝐚h l𝐚l𝐮."

– R𝐢w𝐚y𝐚t A𝐥-𝐁u𝐤h𝐚r𝐢 & 𝐌u𝐬l𝐢m

07/03/2026
| SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA NUZUL AL QURAN |Mengagungkan al Quran dan menjadikan al Quran dustur kehidupan adalah kew...
07/03/2026

| SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA NUZUL AL QURAN |

Mengagungkan al Quran dan menjadikan al Quran dustur kehidupan adalah kewajipan semua individu mahupun kerajaan. Al Quran adalah bingkai gambaran Islam yang sempurna dan menyeluruh yang terangkum di dalamnya hal-hal keduniaan dan melangkau jauh kepada kelangsungan akhirat.

Salam Nuzul al Quran dan selamat menghayati al Quran dengan hati dan perasan.

Ikhlas,
Dewan Ulamak PAS Kawasan Pasir Puteh

06/03/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

MENYANGKAL KENYATAAN YB MENTERI AGAMA: MENGHINA AL-QURAN ADALAH GARIS MERAH, JANGAN MERENDAHKAN MARUAH AGAMA ATAS NAMA ‘TAARUF’

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menzahirkan rasa kesal dan bantahan keras terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, yang mencadangkan pendekatan "mengajar" berbanding "menghukum" terhadap pelaku yang secara terang-terangan menghina kesucian Al-Quran dengan memuat naik gambar memijak kitab suci tersebut.

2. DUPP menegaskan bahawa YB Menteri telah terkhilaf dalam memberikan pendapat. Pendekatan yang terlalu lunak terhadap penghina agama adalah satu tindakan yang menjauh daripada manhaj yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Walaupun Islam itu agama dakwah, namun Islam juga adalah agama yang mementingkan Izzah (kemuliaan) dan ketegasan dalam memelihara syiar. Rasulullah SAW tidak pernah berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan penghinaan terhadap ketuanan Islam dan kesucian wahyu.

3. Adakah maruah agama ini begitu rendah di mata YB Menteri? Kami mempersoalkan mengapa kepentingan dan perasaan pelaku yang menghina agama seolah-olah lebih didahulukan berbanding maruah Islam yang telah dipijak-pijak. Pendekatan taaruf mempunyai tempatnya, namun meletakkan taaruf pada tempat penghinaan yang melampau adalah satu bentuk salah guna konsep yang boleh membawa kepada keberanian orang kafir untuk terus memijak kepala umat Islam.

4. Menyentuh sikap "berlembut" yang tidak bertempat ini, kami mengingatkan pesanan Imam Asy-Syafie Rahimahullah yang dirakamkan di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala:

مَنْ اسْتُغْضِبَ فَلَمْ يَغْضَبْ فَهُوَ حِمَارٌ

"Barangsiapa yang dibangkitkan kemarahannya (kerana agamanya dihina) namun dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai."

5. Umat Islam yang mempunyai iman di dalam dada pasti akan merasa terbakar jiwanya apabila melihat Al-Quran dipijak. Jika pemimpin agama sendiri tidak menunjukkan ketegasan, di manakah lagi rakyat mahu bergantung harap untuk melihat syiar Islam dipertahankan?

6. DUPP mendesak agar pihak berkuasa mengenakan hukuman yang paling berat dan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sebagai pengajaran (deterrent) buat semua pihak. Jangan biarkan keharmonian negara dicabuli oleh individu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau, kemudian dilepaskan dengan sekadar "nasihat".

7. Akhir sekali, DUPP mengajak seluruh umat Islam untuk bangkit menyatakan bantahan dan memperbanyakkan doa memohon perlindungan Allah buat kesucian agama kita. Kita mengikuti jejak langkah Saidina Umar Al-Khattab RA yang dalam sejarahnya, terutama pada malam-malam Ramadan, beliau tidak mendoakan kesejahteraan buat musuh yang memusuhi Islam, sebaliknya mendoakan laknat dan kehancuran buat mereka yang berterusan menentang dan merendahkan agama Allah ini.

Sekian.

YB DATO’ USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

25 Februari 2026 Miladi bersamaan 7 Ramadan 1447 Hijri

06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Marilah kita menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan. Semoga kita terus berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan mendapat keberkatan di dunia serta akhirat.

06/03/2026

Address

Jalan Nara
Pasir Puteh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DEWAN ULAMA PAS KAWASAN PASIR PUTEH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share