Keadilan Cabang Pasir Mas Official

Keadilan Cabang Pasir Mas Official Page Keadilan Cabang Pasir Mas

MINI KONVENSYEN KEADILAN KELANTAN 2026Alhamdulillah, Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jay...
19/04/2026

MINI KONVENSYEN KEADILAN KELANTAN 2026

Alhamdulillah, Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April 2026 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, dengan kehadiran sekitar 1,400 peserta yang memenuhi dewan.

Kehadiran YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim turut menyuntik semangat dan memperkukuh keyakinan seluruh anggota dalam meneruskan perjuangan parti.

Dari Keadilan Cabang Pasir Mas, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir serta komited dalam memperkukuh saf dan hala tuju perjuangan di Kelantan.

19/04/2026
19/04/2026

Membasmi kemiskinan adalah keutamaan negara dan tidak boleh ditangguh.

Ia adalah tekad penting Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negara serta setiap warga menikmati kehidupan yang lebih bermaruah dan sejahtera.



19/04/2026
Rafizi kini jadi ‘bayangan’ Azmin, kata Mohd IzhanKetua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Izhan Ramli mendakwa, perkembangan te...
17/04/2026

Rafizi kini jadi ‘bayangan’ Azmin, kata Mohd Izhan

Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Izhan Ramli mendakwa, perkembangan tersebut menimbulkan persoalan serius dalam kalangan ahli parti yang tidak mahu sejarah pahit kembali berulang.

https://www.facebook.com/share/17iQPSFMGJ/?mibextid=wwXIfr

Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Mohd Izhan Ramli mendakwa, perkembangan tersebut menimbulkan persoalan serius dalam kalangan ahli parti yang tidak mahu sejarah pahit kembali berulang. Menurutnya, Rafizi sebelum ini pernah berjanji di pentas konvensyen bahawa beliau bukan individu yang akan menikam dari....

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEADILAN CABANG PASIR MAS 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Pasir Mas (...
10/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEADILAN CABANG PASIR MAS 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Pasir Mas (MATC 2026) telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 500 orang anggota.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Elizabeth Wong, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN. Dalam mesyuarat ini juga, Cabang Pasir Mas telah menerima 30 ranting baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kini 65 ranting — satu perkembangan yang amat membanggakan dan membuktikan sokongan rakyat yang semakin kukuh.

Dalam ucapannya, Ketua Cabang, Saudara Mohd Izhan Ramli, menegaskan kepentingan pembinaan dan pengukuhan parti sebagai asas utama kekuatan KEADILAN dalam menghadapi cabaran menuju PRU 16.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk memperkukuh saf kepimpinan,menyelaras strategi gerak kerja dan memperbaharui komitmen seluruh anggota dalam meneruskan perjuangan parti untuk persiapan PRU16

Selain itu, seramai 500 penerima telah menerima bakul makanan, sebagai tanda keprihatinan dan usaha berterusan membantu masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota yang hadir serta menjayakan mesyuarat ini dengan penuh semangat perjuangan.


31/03/2026

KUALA LUMPUR - Kapal milik Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz tanpa dikenakan sebarang bayaran tol, sekali gus memberi jaminan laluan selamat di...

Tiada caj tol untuk kapal Malaysia di Selat Hormuz.Sumber: Kedutaan Besar Iran Malaysia
31/03/2026

Tiada caj tol untuk kapal Malaysia di Selat Hormuz.

Sumber: Kedutaan Besar Iran Malaysia


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PASIR MAS 2026Menemui seluruh anggota Cabang Pasir Mas, semoga beroleh kesejahteraa...
24/03/2026

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PASIR MAS 2026

Menemui seluruh anggota Cabang Pasir Mas, semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.

Merujuk perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Pasir Mas bagi tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.00 Petang
📍 Tempat: CT Hall, Jalan Kg. Banggol, 17030 Pasir Mas, Kelantan

Sehubungan itu, seluruh anggota Cabang Pasir Mas dijemput hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini.

Antara agenda utama termasuk pemilihan kepimpinan cabang, pembentangan laporan tahunan serta pemilihan perwakilan ke Kongres Nasional.

Kehadiran dan komitmen semua anggota amat penting dalam memperkukuh organisasi serta meneruskan perjuangan bersama.


26 RAMADAN | 16 MAC 2026 | ISNIN Majlis Berbuka Puasa anjuran Ketua Cabang Keadilan Pasir Mas bersama JPKKP Sakar (Tok N...
17/03/2026

26 RAMADAN | 16 MAC 2026 | ISNIN

Majlis Berbuka Puasa anjuran Ketua Cabang Keadilan Pasir Mas bersama JPKKP Sakar (Tok Ngulu Tokwan) telah berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan keberkatan pada 16 Mac 2026 (Isnin), bertempat di perkarangan Pejabat JPKKP Sakar.

Hadir bersama Ketua Cabang, Saudara Izhan, yang turut meluangkan masa menyantuni masyarakat serta mengeratkan hubungan antara pimpinan dan rakyat.

Program bermula seawal jam 6.30 petang dengan kehadiran masyarakat setempat yang bersama-sama mengimarahkan majlis dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah.

Semoga usaha seperti ini terus menyemarakkan semangat Ihya’ Ramadan serta memperkukuh perpaduan dalam komuniti.




Address

Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Pasir Mas Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share