14/08/2026
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐃𝐑𝐂 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐒𝐊𝐑𝐀𝐏 (𝐂𝐔𝐏𝐋𝐔𝐌𝐏)
Tahukah anda, Dry Rubber Content (DRC) / Kandungan Getah Kering (KGK) merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi nilai dan harga belian getah skrap pekebun kecil?
Dalam urusan pembelian di lapangan, anggaran DRC dibuat berdasarkan keadaan fizikal dan kualiti skrap seperti umur, kandungan air/kelembapan, warna, keadaan potongan dalaman, kekotoran, cara penyimpanan serta tahap ketumpatan atau kematangan skrap.
Secara asasnya, skrap yang lebih lama, padat dan kurang kandungan air lazimnya mempunyai DRC lebih tinggi berbanding skrap yang masih baharu dan banyak mengandungi air.
📌 Gambar menunjukkan contoh perbezaan keadaan getah skrap dan anggaran DRC sebagai panduan serta pendedahan kepada pekebun kecil. Lain-lain gambar boleh dirujuk di ruang komen.
Melalui perkongsian maklumat ini, RISDA terus membantu meningkatkan kefahaman pekebun kecil mengenai kualiti getah, kaedah penilaian dan kepentingan menghasilkan skrap yang berkualiti, sekali gus menyokong pemasaran getah yang lebih telus dan memberi nilai lebih baik kepada pekebun kecil.