Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas

Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas, Government Organization, pejabat pertanian jajahan pasir mas, Pasir Mas.

19/05/2026
06/05/2026

Tahukah anda kelebihan menggunakan baja organik bukan sahaja membantu tanaman tumbuh subur, malah memberi manfaat kepada petani dan alam sekitar?
Baja organik dihasilkan melalui proses fermentasi semula jadi menggunakan bahan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah.
Selain itu, ia juga boleh dibuat daripada bahan alternatif seperti tulang, kulit telur dan cuka asli, menjadikannya pilihan yang mudah disediakan menggunakan sumber tempatan.
Penggunaan baja organik menawarkan pelbagai kegunaan kerana sesuai untuk semua jenis tanaman dan selamat digunakan dalam sistem pertanian yang mesra alam.
Dari sudut ekonomi, penggunaan baja organim dapat menjimatkan kos operasi harian dengan memanfaatkan bahan yang tersedia di sekitar ladang sekali gus meningkatkan keuntungan.
Pada masa yang sama, baja organik membantu memulihkan kesuburan tanah dengan meningkatkan struktur tanah serta menyokong aktiviti mikroorganisma yang penting untuk kesihatan tanah.
Penggunaan baja organik juga menyumbang kepada penghasilan tanaman yang lebih selamat dimakan kerana mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia sintetik.
Amalan ini menyokong kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan untuk jangka panjang.
Rujuk infografik untuk memahami ciri-ciri dan manfaat utama penggunaan baja organik.

PROJEK FERTIGASI MEJA SMK BAROH PIAL 202629 April 2026 (Rabu)Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial dengan kerjasama Jab...
30/04/2026

PROJEK FERTIGASI MEJA SMK BAROH PIAL 2026

29 April 2026 (Rabu)

Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial dengan kerjasama Jabatan Pertanian Jajahan Pasir Mas telah melaksanakan Projek Fertigasi Meja sebagai inisiatif memperkasa kemahiran pertanian moden dalam kalangan pelajar.

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pertanian Jajahan Pasir Mas, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkenalkan teknologi fertigasi dalam pendidikan.

Melalui projek ini, pelajar didedahkan dengan teknik penanaman mudah, moden dan berkesan serta berdaya maju selaras dengan perkembangan pertanian masa kini.

Semoga inisiatif ini dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran serta berminat dalam bidang pertanian moden.

Sistem GeoTanaman merupakan platform geoinformasi bersepadu yang dibangunkan untuk mengurus, menganalisis dan memaparkan...
27/04/2026

Sistem GeoTanaman merupakan platform geoinformasi bersepadu yang dibangunkan untuk mengurus, menganalisis dan memaparkan data geospatial tanaman makanan di bawah seliaan Jabatan Pertanian.
Melalui sistem ini, maklumat berkaitan keluasan tanaman, jenis tanaman serta anggaran hasil boleh direkod dan dianalisis secara digital.
Daftar sekarang dipautan ini : https://geotanaman.doa.gov.my/site/auth/registerpublic/petani

Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/1J6Lzf6HC7/?mibextid=wwXIfr

Ramai yang menyuarakan kebimbangan apabila harga hasil tempatan terjejas akibat kemasukan sayur import dari luar negara.
Namun, satu perkara penting yang sering terlepas pandang ialah kepentingan pendaftaran dalam sistem GeoTanaman bagi memastikan kerajaan mempunyai data sebenar pengeluaran tanaman makanan dalam negara.
Sistem GeoTanaman merupakan platform geoinformasi bersepadu yang dibangunkan untuk mengurus, menganalisis dan memaparkan data geospatial tanaman makanan di bawah seliaan Jabatan Pertanian.
Melalui sistem ini, maklumat berkaitan keluasan tanaman, jenis tanaman serta anggaran hasil boleh direkod dan dianalisis secara digital.
Data ini amat penting untuk membantu kerajaan membuat unjuran bekalan makanan domestik dengan lebih tepat.
Apabila sebahagian pengusaha tanaman makanan tidak mendaftar dalam sistem GeoTanaman, jumlah sebenar pengeluaran dalam negara sukar dikenal pasti.
Keadaan ini menyukarkan perancangan kemasukan hasil import kerana kerajaan perlu memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga di pasaran kekal stabil.
Tanpa data lengkap, risiko lambakan atau kekurangan bekalan boleh berlaku, sekali gus memberi kesan kepada kestabilan harga dan pendapatan petani tempatan.
Dalam situasi dunia yang berdepan Krisis Bekalan Global, maklumat yang tepat menjadi asas penting untuk merancang keseimbangan antara bekalan tempatan dan import.
Pendaftaran dalam GeoTanaman bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi, harga kekal kompetitif dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Pada masa yang sama, rakyat juga diseru untuk mengelakkan pembaziran makanan, kerana setiap hasil yang diusahakan amat bernilai dalam menghadapi cabaran bekalan global masa kini.

Daftar geotanaman disini : https://t.me/mydoa_hq/2499

LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI BEYOND BENIHLawatan tapak telah diadakan di Kampung Paloh Tendong bersama Paluan Sejati Sd...
23/04/2026

LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI BEYOND BENIH

Lawatan tapak telah diadakan di Kampung Paloh Tendong bersama Paluan Sejati Sdn Bhd bagi Projek Komuniti Beyond Benih.

Projek ini melibatkan tanaman kontan seluas 3 ekar yang diusahakan oleh 10 orang ahli komuniti setempat. Turut hadir Ahli Parlimen Tendong sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pertanian komuniti.

Program ini memberi manfaat kepada golongan B40 dengan menyediakan akses kepada hasil tani segar dan mampu milik, di samping membuka peluang pendapatan tambahan. Selain itu, peserta turut menerima latihan dan panduan teknikal bagi memastikan amalan pertanian yang baik.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan keselamatan makanan, malah mengeratkan hubungan komuniti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Address

Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097909137

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share