10/09/2026
๐ SELESAI HARI KEMUNCAK MINGGU PJPK 2026 ๐
Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Hari Kemuncak Minggu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) yang telah berlangsung pada Rabu, 9 September 2026.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Reproduktif Kelantan (ReHAK) serta penglibatan pelbagai agensi dan pertubuhan yang bersama-sama memberikan pendedahan, kesedaran serta pendidikan kepada para pelajar.
Antara agensi dan pertubuhan yang terlibat ialah:
๐น Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
๐น Polis Diraja Malaysia (PDRM)
๐น Jabatan Penjara Malaysia
๐น Generasi Transformasi Zero (GTZ)
๐น Malaysian Against Po*******hy (MAP)
๐น Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
Pelbagai pengisian dan aktiviti telah dilaksanakan meliputi aspek kesihatan diri, pendidikan reproduktif, pencegahan penyalahgunaan dadah, keselamatan diri, kesedaran terhadap bahaya pornografi serta pembentukan sahsiah dan gaya hidup yang sihat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ReHAK, semua agensi dan pertubuhan yang terlibat, pihak pentadbir, para guru serta semua warga sekolah atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Hari Kemuncak Minggu PJPK 2026.
Semoga segala ilmu, nasihat dan pengalaman yang dikongsikan dapat memberikan manfaat serta menjadi panduan kepada para pelajar dalam membentuk generasi yang sihat, berilmu, berakhlak, berdisiplin dan bertanggungjawab.
๐ช PJPK Membentuk Generasi Sihat, Cergas dan Sejahtera!