Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS
Jalan Hospital
17000 Pasir Mas
Kelantan

Senarai peserta PPD Pasir Mas yang mewakili Kelantan ke Anugerah NILAM Pendidikan Khas Kebangsaan 2026Nur Arianna Humair...
07/06/2026

Senarai peserta PPD Pasir Mas yang mewakili Kelantan ke Anugerah NILAM Pendidikan Khas Kebangsaan 2026

Nur Arianna Humaira Binti Mohd Zahari
(SMK Sultan Ibrahim 2)
Muhammad Nazarudin Ilham Bin Mohamad Fadhil (SMK Tok Uban)
Norarini Arisa Binti Hasbullah (SKPK Kelantan)
Che Muhammad Rizqi Rayyan Bin Che Muhammad Rasul Razeman (SKPK Kelantan)
Muhammad Azim Hafiz Bin Zawawi (SKPK Kelantan)
Nur Hajar Humaira Bt Mohd Tarmizi (SKPK Kelantan)

Tahniah dan syabas atas kejayaan terpilih sebagai sebahagian daripada Kontinjen Kelantan ke Anugerah NILAM Pendidikan Khas Kebangsaan 2026.

Semoga semua peserta kontinjen Kelantan terus bersemangat, mempamerkan potensi terbaik serta mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.

Bersama melangkah sebagai satu pasukan demi Kelantan.

+veRoadtoPodium

Salam Aidiladha 1447 hijriSemoga setiap pengorbanan kita menjadi pemberat timbangan kebaikan.Ikhlas dariPengurusan Terti...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447 hijri

Semoga setiap pengorbanan kita menjadi pemberat timbangan kebaikan.

Ikhlas dari
Pengurusan Tertinggi dan
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas.

+ve

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mat Ahli Sufi bin Awang Mat, Penolo...
23/05/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Mat Ahli Sufi bin Awang Mat, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mei 2026, jam 10.30 pagi, di Hospital Lati.

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

TAHNIAH KONTINJEN KELANTAN!Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pengetua, guru besar, barisan pentad...
21/05/2026

TAHNIAH KONTINJEN KELANTAN!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pengetua, guru besar, barisan pentadbir sekolah, jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen, pengorbanan dan sokongan padu dalam menjayakan penyertaan Kontinjen Kelantan di Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM Kali Ke-5 Tahun 2026 yang berlangsung pada 18-21 Mei 2026 di Tanjung Puteri Golf Resort.

PENCAPAIAN ATLET PPD PASIR MAS

🏅 Mohamad Aiman Hakim Bin Mohd Kamarul Hisyman – SK Sultan Ibrahim (2)
Tempat Ke-12 Kategori L12

🏅 Nur Ainul Ramadhiah Binti Muhamad Azuma Safari
SK Pendidikan Khas Kelantan
Tempat Ke-11 Kategori P12

🏅 Nur Ain Batrisya Binti Abdul Quddus
SK Pendidikan Khas Kelantan
Tempat Ke-12 Kategori P12

🏅 Nur Alis Alisa Binti Zamri
SMK Tok Uban
Tempat Ke-5 Kategori P19

Kejayaan gemilang ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin tinggi serta kesungguhan seluruh kontinjen telah membolehkan Kelantan sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN MSSM PENDIDIKAN KHAS 2026.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di garisan penamat, tetapi lambang kekuatan usaha, ketabahan dan kebersamaan seluruh warga Pendidikan Khas negeri Kelantan.

*IMPACT+ve ROAD TO PODIUM*

Penyampaian Surat Arahan PenempatanTelah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan. Selamat menjalankan tugas dan ...
21/05/2026

Penyampaian Surat Arahan Penempatan

Telah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

+ve


Penyampaian Surat Arahan PenempatanTelah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan untuk PengetuaSelamat menjalank...
20/05/2026

Penyampaian Surat Arahan Penempatan

Telah berlangsung penyampaian Surat Arahan Penempatan untuk Pengetua

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

+ve

🚀 iPRISMA26 Kembali Lagi!Pameran Inovasi, STEM dan Robot Battle kini kembali dengan pengisian yang lebih menarik.Semua w...
17/05/2026

🚀 iPRISMA26 Kembali Lagi!

Pameran Inovasi, STEM dan Robot Battle kini kembali dengan pengisian yang lebih menarik.

Semua warga pendidikan, guru, murid, ibu bapa dan komuniti setempat dijemput hadir serta menyertai iPRISMA26 Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di:

📍 Kolej Vokasional Pasir Mas

Program ini turut menyokong penglibatan murid dalam PAJSK serta memperkukuh Kemenjadian Murid

Jom hadir, sertai dan meriahkan iPRISMA26! 🌟

SELAMAT HARI GURU 2026GURU BITARA, NADI NEGARASetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas jasa, ...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026
GURU BITARA, NADI NEGARA

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.

Tahun Ini, Tahun Kita
Terima kasih, cikgu.

Ikhlas daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas
dan Warga Pendidikan Daerah Pasir Mas









+ve

Ilmu yang disemai oleh guru bukan sekadar membentuk kecemerlangan akademik, tetapi dapat membina nilai dan sahsiah dalam...
12/05/2026

Ilmu yang disemai oleh guru bukan sekadar membentuk kecemerlangan akademik, tetapi dapat membina nilai dan sahsiah dalam kalangan generasi muda.

Mereka adalah suri teladan dan pembentuk jiwa, yang menyemai nilai serta membentuk adab demi melahirkan insan berakhlak untuk masa depan negara.

Segala kejayaan yang dicapai hari ini bermula daripada didikan seorang guru yang tidak pernah jemu menabur bakti dalam mendidik anak bangsa.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"






Address

Jalan Hospital
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6097922400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share