Perpustakaan Desa Kampung Bechah Semak

Perpustakaan Desa Kampung Bechah Semak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kampung Bechah Semak, Library, Kampung Bechah Semak, Pasir Mas.

08.06.2026 ( Isnin)Kajian daripada University of Sussex, England.. kesan negatif medsos jauh lebih tinggi kepada kanak-k...
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin)

Kajian daripada University of Sussex, England.. kesan negatif medsos jauh lebih tinggi kepada kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki..
Kajian di buat kepada 10,000 keluarga yang ada anak berusia 10 tahun hingga 15 tahun..
Hasil kajian ni sangat mengejutkan.. kanak-kanak perempuan di beri medsos sejam sehari selama 5 tahun menunjukkan tahap gembira mereka semakin hari semakin menurun, maksudnya susah nak gembira..
Manakala yang mengejutkan, kanak-kanak lelaki p**a tiada perbezaan ketara.. mendatar sahaja tahap gembira mereka untuk 5 tahun tersebut.. lelaki sangat.
Pokoknya, mak ayah kena pantau juga kehidupan alam maya anak-anak ni.. tak boleh malas malas..
Kerana selain cabaran kesihatan mental, ada juga cabaran isi kandungan yang merosakkan, pempengaruh negatif & menyusutkan minat pada pelajaran anak-anak..

Sumber : MEDSOS FB
-nj-








08.06.2026 ( Isnin )Dulu sekeping β€˜Kad Beras’ tahun 1948 pun dah ada gambar hitam putih tau πŸ‘€So bila ramai tanya MyKad S...
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin )

Dulu sekeping β€˜Kad Beras’ tahun 1948 pun dah ada gambar hitam putih tau πŸ‘€
So bila ramai tanya MyKad Struktur Baharu nanti ada gambar ke tak, rasanya anda sendiri dah boleh agak jawapannya πŸ˜πŸ“Έ

Dari zaman darurat sampailah era digital hari ini, kad pengenalan bukan sekadar dokumen biasa tau tapi identiti rasmi rakyat Malaysia yang sentiasa berevolusi mengikut zaman πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
-nj-








08.06.2026 ( Isnin )Khasiat Makanan Kuning dan Manfaatnya.​Makanan berwarna kuning bukan sahaja menarik perhatian, malah...
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin )

Khasiat Makanan Kuning dan Manfaatnya.

​Makanan berwarna kuning bukan sahaja menarik perhatian, malah kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Berikut adalah senarai makanan kuning serta khasiat khusus masing-masing.

​1. Kategori Buah-Buahan

πŸ‘‰πŸ»β€‹ : Membantu dan mendukung sistem pencernaan yang sihat.

πŸ‘‰πŸ»β€‹ : Sangat baik untuk menjaga kesihatan usus.

πŸ‘‰πŸ»β€‹ Naga Kuning: Membantu melawan keradangan (inflamasi) dalam badan.

πŸ‘‰πŸ» (Daun Hijau): Merangsang dan mendukung penghasilan kolagen untuk tubuh.

πŸ‘‰πŸ»β€‹ Kuning: Bagus untuk mengekalkan kesihatan kulit yang optimum.

πŸ‘‰πŸ»β€‹ (Passion Fruit): Kaya dengan vitamin untuk meningkatkan sistem imun badan.

πŸ‘‰πŸ»β€‹ Kuning: Membantu dalam proses detoksifikasi (pembuangan toksin).

πŸ‘‰πŸ»β€‹ Kuning: Membantu menjaga dan memperkukuh kesihatan tulang.

​2. Kategori Sayur-Sayuran & Khasiatnya.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Lobak Merah (Variasi Kuning/Oren): Sangat terkenal untuk menjaga kesihatan mata.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Lada Benggala Kuning (Capsicum): Menyokong kesihatan darah yang baik.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Kentang: Sumber makanan yang kaya dengan kalium (potassium).

πŸ‘‰πŸ»β€‹Labu Kuning: Membantu menyokong dan menjaga kesihatan otak.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Tomato Kuning: Berfungsi untuk melawan keradangan dalam badan.

​3. Kategori Lain (Herba/Sumber Tenaga)

πŸ‘‰πŸ»β€‹Telur (Telur Kuning): Membekalkan sumber energi (tenaga) kepada tubuh.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Bunga Chamomile: Membantu menenangkan minda untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.

πŸ‘‰πŸ»β€‹Citron / Limau Jari (Buddha's Hand): Baik untuk menjaga kesihatan hati.

​Kesimp**an:
Memasukkan variasi makanan berwarna kuning ke dalam diet harian amat membantu dalam menjaga kesihatan menyeluruh, bermula dari hujung rambut (kulit dan otak) sehinggalah ke dalaman sistem penghadaman dan imuniti badan.

Sumber : Info Kesihatan
-nj-








08.06.2026 ( Isnin )PeribahasaSumber : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia-nj-
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin )

Peribahasa

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
-nj-








08.06.2026 ( Isnin )πˆπ’π“πˆπ‹π€π‡ π’π„πŒπ€π’π€beban nirganjaranSumber: prpm.dbp.gov.my-nj-
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin )

πˆπ’π“πˆπ‹π€π‡ π’π„πŒπ€π’π€

beban nirganjaran

Sumber: prpm.dbp.gov.my
-nj-








08.06.2026 ( Isnin )β€œBanyak angin” bukan sekadar ayat biasa bila perut rasa tak selesa.Kuala Lumpur: Ramai orang mengadu...
08/06/2026

08.06.2026 ( Isnin )

β€œBanyak angin” bukan sekadar ayat biasa bila perut rasa tak selesa.

Kuala Lumpur: Ramai orang mengadu badan rasa β€œpenuh angin”, kerap sendawa, perut kembung, rasa senak selepas makan atau asyik kentut sampai mengganggu rutin harian.

Sebenarnya, punca angin kadang-kadang datang daripada tabiat kecil yang kita buat setiap hari tanpa sedar.

Makan terlalu laju boleh buat kita tertelan lebih banyak udara. Minum air bergas, kerap kunyah gula-gula getah, makan lewat malam, sembelit, stres, kurang tidur, produk sugar-free, kopi susu atau teh tarik pun boleh jadi pencetus kepada perut kembung.

Ada juga orang yang sebenarnya tidak sesuai dengan susu atau produk tenusu. Lepas minum susu, latte, teh tarik atau makan ais krim, perut mula rasa penuh, memulas, berbunyi dan banyak angin.

Sembelit p**a antara punca yang selalu orang terlepas pandang. Bila najis lambat keluar, gas mudah terperangkap. Sebab itu ada orang rasa perut keras, berat dan tidak selesa walaupun makan tidak banyak.

Stres juga boleh mengganggu perut. Bila fikiran tegang, usus pun boleh jadi lebih sensitif. Ada orang bila banyak tekanan, terus rasa senak, mual, kembung atau asid naik.

Apa yang boleh dibuat?

Cuba perhatikan badan selama seminggu. Makan perlahan-lahan, kurangkan air bergas, elakkan terus baring selepas makan, minum air secukupnya, bergerak sedikit selepas makan dan catat makanan yang selalu mencetuskan kembung.

Kalau setiap kali minum susu perut mula meragam, cuba berhenti sementara dan lihat perubahan.

Kalau selalu sembelit, baiki dulu rutin air, serat dan pergerakan harian. Kadang-kadang bukan perlu ubat kuat pun, cuma perlu faham apa yang badan tidak s**a.

Namun jangan anggap semua kembung sebagai β€œangin biasa”.

Jika perut kembung datang bersama sakit perut kuat, muntah berulang, berat badan turun tanpa sebab, najis hitam atau berdarah, susah menelan, demam, perut membesar dengan ketara atau perubahan buang air besar yang berpanjangan, dapatkan pemeriksaan di klinik.

Sumber : Public Health Malaysia
-nj-








16.05.2026 (Sabtu)Jangan Cium Bayi Kalau Anda Selsema. Nampak Kecil, Tapi Boleh Jadi Berat.Bayi baru lahir nampak comel....
16/05/2026

16.05.2026 (Sabtu)

Jangan Cium Bayi Kalau Anda Selsema. Nampak Kecil, Tapi Boleh Jadi Berat.

Bayi baru lahir nampak comel. P**i gebu, tangan kecil, bau bayi yang buat orang rasa nak dukung, nak gomol, nak cium.

Tapi untuk bayi, satu ciuman daripada orang dewasa yang sedang batuk, selsema atau tidak sihat boleh jadi punca jangkitan pernafasan seperti RSV atau influenza.

Pada orang dewasa, mungkin cuma hidung berair, batuk sikit atau rasa tak sedap badan. Tapi pada bayi, saluran pernafasan mereka masih kecil. Bila dijangkiti, mereka boleh jadi cepat lemah, susah menyusu, nafas laju, berbunyi atau nampak tercungap-cungap.

Antara tanda yang ibu ayah perlu perhatikan:

1. Bayi kurang menyusu atau menolak susu
2. Batuk semakin teruk
3. Nafas laju, berbunyi atau nampak susah bernafas
4. Tiba-tiba kurang aktif atau terlalu lemah
5. Demam, selsema atau nampak tidak selesa
6. Lampin kurang basah daripada biasa
7. Kulit nampak sejuk, pucat atau bayi nampak sangat tidak bermaya

Kalau bayi kelihatan s**ar bernafas, dada tertarik ke dalam ketika bernafas, bibir kebiruan, terlalu lemah, tidak mahu menyusu atau lampin makin kurang basah, jangan tunggu lama. Bawa segera untuk pemeriksaan.

Untuk elakkan jangkitan:

1. Jangan cium bayi pada muka, mulut atau tangan
2. Elakkan melawat bayi jika sedang batuk, selsema atau demam
3. Basuh tangan sebelum pegang bayi
4. Pakai pelitup muka jika perlu berada dekat bayi ketika tidak sihat
5. Jauhkan bayi daripada kawasan terlalu sesak
6. Jangan merokok atau v**e berhampiran bayi

Kadang-kadang kasih sayang bukan ditunjukkan dengan ciuman.

Kadang-kadang kasih sayang ialah bila kita mampu tahan diri, jaga jarak sekejap, dan lindungi bayi kecil yang belum kuat melawan jangkitan.

Bayi bukan manja. Bayi cuma masih kecil.

Kita yang dewasa perlu lebih berhati-hati.

Sumber : Public Health Malaysia
- nj-








16.05.2026 (Sabtu)Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, BerwaspadaOleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rakyat Mal...
16/05/2026

16.05.2026 (Sabtu)

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa maut jika dijangkiti disebabkan oleh tikus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan jangkitan tersebut.

"Malaysia setakat ini adalah terkawal. KKM mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi.

"Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dr. Dzulkefly menjelaskan, Hantavirus sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan tersebut.

Menurut beliau, jangkitan itu tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) mencecah 30 hingga 40 peratus.

Kata beliau, tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan itu buat masa ini, maka langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan yang paling ampuh.

"Saya menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak," katanya. - MYNEWSHUB

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
-nj-








16.05.2026 (Sabtu)Ibadah umrah dan haji merupakan antara syiar agung dalam Islam yang dilaksanakan di Tanah Suci Makkah....
16/05/2026

16.05.2026 (Sabtu)

Ibadah umrah dan haji merupakan antara syiar agung dalam Islam yang dilaksanakan di Tanah Suci Makkah. Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan dari sudut ibadah kepada Allah SWT, terdapat beberapa perbezaan utama yang perlu difahami oleh umat Islam.

πŸ•‹ Umrah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun serta tidak melibatkan ibadah wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar jamrah.

πŸŒ™ Haji p**a hanya boleh ditunaikan pada bulan-bulan haji tertentu iaitu bermula 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, dan mempunyai rukun serta wajib haji yang khusus.

Semoga perkongsian ini dapat menambah kefahaman umat Islam mengenai pelaksanaan ibadah umrah dan haji serta meningkatkan semangat untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci.

Sumber : JAKIM
-nj-








13.05.2026 (Rabu)*Kuiz Maya*Kuiz Rukun Negara-nj-
13/05/2026

13.05.2026 (Rabu)

*Kuiz Maya*

Kuiz Rukun Negara
-nj-







Address

Kampung Bechah Semak
Pasir Mas
17020

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Saturday 08:00 - 14:30
Sunday 08:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Bechah Semak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category