Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Sekolah Kebangsaan Kota Masai Laman Facebook rasmi SK Kota Masai

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

GOLDEN KOMPAS (KOTA MASAI PRIMARY SCHOOL) 2024
(1)

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHAP 2 SK KOTA MASAI ✨🕌Program Kem Bestari Solat Murid Tahap 2 telah berlangsung dengan jayanya...
12/06/2026

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHAP 2 SK KOTA MASAI ✨🕌

Program Kem Bestari Solat Murid Tahap 2 telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap ibadah solat sebagai tiang agama. Semoga segala ilmu dan bimbingan yang diterima dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta melahirkan generasi yang mencintai solat dan berakhlak mulia.

Tahniah dan terima kasih kepada penyelaras, semua guru, fasilitator serta murid-murid yang telah menjayakan program ini.

📷Unit Photography SKKM





✨ SERLAHKAN BAKAT MU, GEGARKAN PENTAS ZAPIN! ✨​Pencarian penari Zapin SK Kota Masai kembali lagi! Kami mencari murid-mur...
12/06/2026

✨ SERLAHKAN BAKAT MU, GEGARKAN PENTAS ZAPIN! ✨
​Pencarian penari Zapin SK Kota Masai kembali lagi! Kami mencari murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 5 yang berbakat, berkeyakinan tinggi, dan berani beraksi di khalayak ramai untuk menjadi sebahagian daripada pasukan tarian sekolah.

​*Kriteria Penting:*
💃🏻🕺 ​Murid Tahun 2-5 (Lelaki/Perempuan)
💪 ​Mempunyai keyakinan diri
👍🏻 Berani ​& berkeyakinan
💗 ​Minat mendalam dalam Seni Tari

📱 ​Hubungi Cg Zairin (011-1122 8250) sekarang untuk info lanjut!
Slot adalah terhad. Ayuh langkah kanan bersama kami! 👣🎶

SELAMAT DATANG KE SK KOTA MASAI 📚🌟Selamat datang diucapkan kepada guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PI...
11/06/2026

SELAMAT DATANG KE SK KOTA MASAI 📚🌟

Selamat datang diucapkan kepada guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Ogos 2025/2029 yang akan menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Kota Masai bermula 8 hingga 19 Jun 2026.

Semoga tempoh PBS ini menjadi medan terbaik untuk menimba ilmu, menghayati realiti dunia pendidikan serta mengumpul pengalaman dan kemahiran yang berharga dalam membentuk jati diri sebagai bakal pendidik yang cemerlang.

Warga SK Kota Masai, yang diterajui oleh Tuan Mohd Senin bin Kassim, Guru Besar SK Kota Masai, mengalu-alukan kehadiran para guru pelatih dan berharap agar pengalaman sepanjang berada di sini memberi manfaat serta kenangan yang bermakna.

Selamat menjalani PBS dan semoga dipermudahkan segala urusan.

✨ Bersama Melakar Kegemilangan
✨ Be The Best, Lead The Rest

📸Unit Photography SKKM







SELAMAT DATANG KE GOLDEN KOMPAS SK KOTA MASAI 🤝🌟Warga SK Kota Masai dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran dua w...
10/06/2026

SELAMAT DATANG KE GOLDEN KOMPAS SK KOTA MASAI 🤝🌟

Warga SK Kota Masai dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran dua warga pendidik baharu ke keluarga Golden Kompas:

✨ Cikgu Siti Nur Syakirah binti Mat Rani
✨ Cikgu Faris Danial bin Zamri

Semoga kehadiran cikgu-cikgu berdua dapat membawa semangat baharu, mencetuskan idea-idea kreatif serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kemajuan SK Kota Masai.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa bersama warga Golden Kompas.

LAWATAN KERJA PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)Lawatan kerja yang melibatkan En...
10/06/2026

LAWATAN KERJA PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Lawatan kerja yang melibatkan En Ali Syed Mohamed, Timbalan Pengarah SPPP, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, En Mohd Jefferin Saat, Ketua Penolong Pengarah Kanan SPS, Pn Surieyani Samsudin, KPPK SPPP serta beberapa orang pegawai JPN ke SK Kota Masai untuk melihat persediaan sekolah yang telah dipilih sebagai pusat mengundi bagi PRN akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Mohd Senin bin Kassim, Guru Besar SK Kota Masai, Ustaz Rizam Bin Sarbini GPK petang, barisan pentadbir, guru-guru, serta kakitangan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan persekitaran sekolah, bilik darjah dan pengurusan sekolah berada pada tahap terbaik sepanjang lawatan berlangsung.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi serta memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan dan kecemerlangan sekolah.

📷Unit Photography SKKM





09/06/2026

Be The Best Lead The Rest

GOLDEN KOMPAS... BE THE BEST LEAD THE RESTProses pemasangan papan tanda SK Kota Masai di Pagar B telah berjaya dilaksana...
09/06/2026

GOLDEN KOMPAS... BE THE BEST LEAD THE REST

Proses pemasangan papan tanda SK Kota Masai di Pagar B telah berjaya dilaksanakan selaras dengan usul yang telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat PIBG yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Program Jogathon Kompas atas sokongan serta sumbangan yang diberikan. Semoga segala usaha dan keprihatinan ini menjadi manfaat kepada warga SK Kota Masai.

🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥Tajuk : V**E BUKAN TREND, IA PERANGKAPDisediakan oleh : Nur Liyana binti Mohd ...
08/06/2026

🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥

Tajuk : V**E BUKAN TREND, IA PERANGKAP
Disediakan oleh : Nur Liyana binti Mohd Imran
Kelas : 4 Hambali

Sila tekan 👍🏻 sebagai tanda sokongan kepada generasi BEBAS DADAH 🚫❌


🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥Tajuk : SAYANGI DIRI, TOLAK D.A.R.V.I.HDisediakan oleh : Zandra Nur’adellia bi...
08/06/2026

🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥

Tajuk : SAYANGI DIRI, TOLAK D.A.R.V.I.H
Disediakan oleh : Zandra Nur’adellia binti Mohd Shahrin Hafnas
Kelas : 4 Hambali

Sila tekan 👍🏻 sebagai tanda sokongan kepada generasi BEBAS DADAH 🚫❌


🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥Tajuk : V**E BUKAN TREND, IA PERANGKAPDisediakan oleh : Balqis Raisha Zayani b...
08/06/2026

🔥 PROGRAM SKIM LENCANA ANTI DADAH SLAD J 🔥

Tajuk : V**E BUKAN TREND, IA PERANGKAP
Disediakan oleh : Balqis Raisha Zayani binti Hairurazif Amin
Kelas : 4 Hambali

Sila tekan 👍🏻 sebagai tanda sokongan kepada generasi BEBAS DADAH 🚫❌


Address

Jalan Jambu, Kota Masai
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kota Masai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category