Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang Visi

Melahirkan Pemuda yang ditarbiyah, berkepimpinan dan bermasyarakat

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜-161. PAS Negeri Johor mengambil maklum p...
01/06/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ
๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ž๐—˜-16

1. PAS Negeri Johor mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh YAB Menteri Besar yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

2. PAS Johor menghormati proses demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi asas kepada perjalanan pentadbiran negeri dan negara.

3. PAS Johor telah memulakan persiapan awal serta menggerakkan seluruh jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi PRN Johor Ke-16.

4. PAS Johor juga akan melangkah ke medan PRN Johor Ke-16 selaras dengan ketetapan yang diputuskan oleh PAS Pusat.

5. PAS Johor menyeru seluruh rakyat Johor agar menunaikan hak mengundi dengan penuh tanggungjawab serta bersama-sama memelihara suasana yang aman, harmoni dan sejahtera sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

BERKAT โ€ข PRIHATIN โ€ข SEJAHTERA

๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ' ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ณ๐—ผ๐—ฑ๐˜‡ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ
๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Tarikh: 1 Jun 2026

01/06/2026

DUN JOHOR BUBAR
HARI INI

01/06/2026

Kisah Kehebatan Imam Abu Hanifah R.A.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang ingin mengucapkan Selam...
26/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, bahkan membawa pengertian yang mendalam tentang pengorbanan, keikhlasan, ketaatan serta kesanggupan meletakkan kepentingan agama dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Semangat yang ditunjukkan melalui ibadah korban wajar dijadikan teladan dalam membina masyarakat yang bersatu, prihatin dan saling membantu.

Marilah kita menghayati nilai-nilai pengorbanan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kehidupan bermasyarakat, di samping terus menyemai rasa syukur atas segala nikmat serta keamanan yang dikecapi.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua, serta menjadi pemangkin untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Salam Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

26/05/2026

Khutbah Raya Haji tanpa Teks.

22/05/2026

Sampai macam tu sekali pembangkang di Pahang dianak tiri kan.

PJ Pas Pahang.

22/05/2026
22/05/2026

Jom

18/05/2026

Inilah Pas.

๐‹๐„๐๐’๐€ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐ŸDengan penuh rasa syukur dan penghargaan, ...
17/05/2026

๐‹๐„๐๐’๐€ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kehadiran dan komitmen semua ahli, jawatankuasa serta para jemputan amat dihargai dalam memastikan perjalanan mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat muafakat.

Mesyuarat ini telah membincangkan pelbagai perkara penting termasuk laporan aktiviti tahunan, laporan kewangan, perancangan program akan datang serta usaha memperkukuhkan gerak kerja organisasi demi manfaat bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini. Segala pandangan, cadangan dan teguran yang dikemukakan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

Semoga semangat kerjasama dan kesatuan yang dipamerkan sepanjang mesyuarat ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan organisasi terus maju, cemerlang dan relevan dalam mendepani cabaran semasa.

Sekian, terima kasih.

Address

32, Jalan Mawar 46, Tmn Mawar
Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang:

Share