Askar Wataniah Politeknik Ibrahim Sultan

Askar Wataniah Politeknik Ibrahim Sultan Kompeni E "ECHO"

"KUALITI KEUTAMAAN KAMI" Apakah itu Askar Wataniah? Apakah itu Rejimen 501 Askar Wataniah? Kompeni 'E' ?

Askar Wataniah (AW) adalah badan Sukarela yang berlainan dari badan-badan Sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia dan bersama-sama dengannya untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRU...H (Pertahanan Menyeluruh)

yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara di samping penglibatan angkatan tentera. Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat. Rejimen 501 Askar Wataniah merupakan pasukan Askar Wataniah yang bertanggungjawab bagi kawasan negeri Johor. Kompeni Echo ('E') adalah sebuah pasukan dibawah naugan Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah ataupun dikenali sebagai Kompeni Politeknik. Kompeni ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar dan juga Staf Politeknik Ibrahim Sultan

Address

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Askar Wataniah Politeknik Ibrahim Sultan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Askar Wataniah Politeknik Ibrahim Sultan:

Share

Category