30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.
Tema Hari Wesak Peringkat Kebangsaan tahun ini, βMendepani Era Digital, Memupuk Kebijaksanaan Bersamaβ, membawa mesej yang sangat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam dunia digital hari ini, perpaduan bukan lagi hanya diuji di dunia nyata, tetapi juga di media sosial. Satu hantaran mampu menyatukan masyarakat, namun satu fitnah juga mampu merosakkan keharmonian negara. Cabaran era digital hari ini ialah penyebaran kebencian, berita palsu, ekstremisme dan budaya menghukum tanpa fakta.
Nilai MADANI seperti hormat, ihsan dan kemampanan sosial perlu diterjemahkan dalam kehidupan harian termasuk di media sosial. Apa yang kita tulis, kongsi dan komen mencerminkan tahap kematangan masyarakat kita. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menjadi agen perpaduan, bukan penyebar kebencian.
Sebab itu, rakyat Malaysia perlu menjadi masyarakat digital yang matang, berfikir sebelum berkongsi, menyemak sebelum percaya, dan menghormati walaupun berbeza pandangan.
Kerajaan MADANI percaya bahawa dialog antara agama adalah asas penting dalam memperkukuh perpaduan negara. Dialog terbukti menjadi medan terbaik untuk membina kefahaman, merapatkan jurang dan memupuk rasa hormat antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Malaysia dibina atas kekuatan menerima dan meraikan kepelbagaian.
Sempena Hari Wesak ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai kemanusiaan, menyuburkan semangat perpaduan dan membina masyarakat digital yang lebih beretika, beradab dan penuh kebijaksanaan.
Selamat Hari Wesak.