Sustainable Campus Office-SCO

Sustainable Campus Office-SCO The motto of SCO is 'Reengineering Sustainability'

Sustainable Campus Office (SCO),UTHM is an office responsible for planning, developing and implementing innovative sustainable solutions in the pursuit of an environmentally sustainable campus.

11 Sept 2026 | Gotong Royong Perdana SCOAlhamdulillah, Pejabat Kampus Lestari (SCO), UTHM telah melaksanakan Gotong-Royo...
11/09/2026

11 Sept 2026 | Gotong Royong Perdana SCO

Alhamdulillah, Pejabat Kampus Lestari (SCO), UTHM telah melaksanakan Gotong-Royong Perdana sebagai tanda sokongan dan turut menyahut Cabaran Hari Cuci Malaysia 2026.

Bukan sekadar membersihkan ruang pejabat, aktiviti ini menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kemas dan selesa.

Setiap sapuan, setiap susunan dan setiap usaha kecil yang dilakukan bersama membuktikan bahawa kebersihan adalah tanggungjawab kita semua.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga SCO yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama yang luar biasa. Bila kita bergerak bersama, kerja yang berat menjadi ringan dan suasana yang biasa menjadi lebih bermakna.

8-9 SEPTEMBER 2026 BENGKEL LIBAT URUS INDUSTRI EDUTOURISM UTHM 2026 | HARI PERTAMA Pejabat Kampus Lestari, UTHM berbesar...
09/09/2026

8-9 SEPTEMBER 2026

BENGKEL LIBAT URUS INDUSTRI EDUTOURISM UTHM 2026 | HARI PERTAMA

Pejabat Kampus Lestari, UTHM berbesar hati menerima kunjungan serta menjalin kolaborasi bersama pelbagai agensi dan pemain industri pelancongan sempena Bengkel Libat Urus Industri Edutourism UTHM 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2026.

Hari pertama bengkel dimulakan dengan sesi pembentangan pakej UTHM Edutourism, diikuti lawatan Edutrail UTHM
bagi memperkenalkan potensi tarikan, aktiviti serta pengalaman pembelajaran yang boleh diketengahkan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan pendidikan UTHM.

Turut hadir wakil daripada Tourism Johor, Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), institut latihan pelancongan serta agensi pelancongan bagi berkongsi pandangan, kepakaran dan idea dalam memperkukuh pembangunan pakej UTHM Edutourism.

Semoga perkongsian dan kolaborasi yang terjalin sepanjang bengkel ini menjadi pemangkin kepada pembangunan Edutourism UTHM yang lebih kreatif, berdaya saing dan mampan.

08/09/2026
06/09/2026

Kediaman anda dalam zon mana? 🟢🟡🔴

Corak penggunaan elektrik di setiap kediaman berbeza, bergantung kepada kelengkapan dan cara ia digunakan.

Kenali penggunaan elektrik bulanan anda dan lihat bagaimana perubahan kecil dalam rutin harian boleh membantu menjadikan kediaman anda lebih cekap tenaga 😊

05/09/2026

JANGAN BUANG MINYAK MASAK KE LUBANG SINKI

Minyak masak terpakai tidak seharusnya dibuang ke dalam singki. Amalan ini boleh menyebabkan saluran paip dan sistem pembetungan tersumbat, mencemarkan sumber air, mengundang pembiakan nyamuk Aedes serta menarik haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Uruskan minyak masak terpakai dengan cara yang betul. Simpan di dalam bekas yang sesuai sebelum dilupuskan atau dihantar ke pusat pengumpulan.

Tindakan kecil hari ini mampu memelihara kebersihan, melindungi alam sekitar dan menjamin kesejahteraan bersama.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” Merdeka bukan sekadar bebas daripada penja...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.
Merdeka adalah tentang tanggungjawab kita menjaga tanah air yang diwariskan kepada kita.

Jadilah generasi yang bukan hanya bangga dengan Malaysia, tetapi turut menjaga, memelihara dan melestarikan Malaysia untuk anak cucu kita.

Merdeka jiwa kita.
Lestari alam kita.
Sejahtera masa depan kita.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Semoga Malaysia terus maju, makmur dan hijau
kerana tanah air yang kita cintai hari ini, adalah warisan untuk generasi esok.

Ikhlas daripada:
Seluruh warga kerja Pejabat Kampus Lestari (SCO)

AUDIT PENARAFAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS) 3 STARSETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIHAlhamdulillah, se...
28/08/2026

AUDIT PENARAFAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS) 3 STAR
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Alhamdulillah, selesai sudah Audit Penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 3-Star UTHM yang telah berlangsung selama tiga hari dari 26–28 Ogos 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perancangan dan Pembangunan.

Majlis pembukaan audit telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Hisyamudin, Penolong Naib Canselor (Strategik & Kualiti) , dan kemudiannya disusuli dengan tayangan video ucapan dari YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa EMGS 3-Star UTHM yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan yang luar biasa sepanjang proses audit ini. Komitmen tersebut bermula daripada persediaan dan penyusunan dokumentasi, semakan fail, penyelarasan maklumat sehinggalah kepada pelaksanaan lawatan tapak.

Segala masa, tenaga, idea dan usaha yang telah dicurahkan oleh semua pihak amatlah dihargai. Kelancaran proses audit ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa semangat kerja berpasukan, kesungguhan dan komitmen padu daripada semua yang terlibat.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh warga UTHM yang telah memberikan kerjasama sepanjang proses audit, khususnya dalam memastikan sesi audit dan lawatan tapak di pelbagai lokasi dapat dilaksanakan dengan baik, teratur dan lancar.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada tiga orang auditor daripada MGTC, iaitu Ir. Mohammad Fitri, En. Muhammad Muhaimin dan Ir. Ts. Norizan, atas kesudian hadir ke UTHM serta memberikan bimbingan, perkongsian ilmu, pandangan dan teguran yang membina sepanjang tiga hari audit berlangsung. Segala cadangan dan penambahbaikan yang dikongsikan amat bermakna dalam usaha kita untuk terus memperkukuhkan sistem pengurusan tenaga di UTHM.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), atas kesudian hadir bagi majlis penutupan audit, sekali gus memberikan sokongan dan semangat kepada seluruh pasukan EMGS UTHM.

Tiga hari ini bukan sekadar sebuah proses audit, tetapi merupakan bukti komitmen, kerjasama dan kesungguhan seluruh warga UTHM dalam memperkukuhkan amalan pengurusan tenaga serta membudayakan penggunaan tenaga yang lebih cekap, sistematik dan lestari.

Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan pengurusan tenaga UTHM pada masa akan datang.

Jimat Tenaga, Budaya Kita.
UTHM Lestari, Tenaga Diurus, Masa Depan Terjamin.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DARIPADA WARGA SCO!Pejabat Kampus Lestari (SCO) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. ...
27/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DARIPADA WARGA SCO!

Pejabat Kampus Lestari (SCO) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Ts. Dr. Aeslina binti Abdul Kadir dan Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Fairouz bin Mohd Yousof atas kejayaan memperoleh Sijil Akreditasi HRD Corp melalui Sesi Konsultasi Akreditasi HRD Corp via UETSB.

Warga SCO amat berbangga dengan pencapaian dan komitmen tinggi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa usaha kelestarian di UTHM!

Ikhlas daripada,

Pasukan Pejabat Kampus Lestari (SCO)

MAKLUMAN WARGA UTHMPenarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 3-Star akan berlangsung pada:Tarikh : 26 – 28 Ogos 2...
25/08/2026

MAKLUMAN WARGA UTHM

Penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 3-Star akan berlangsung pada:

Tarikh : 26 – 28 Ogos 2026
Masa : 9am - 4pm
Tempat : Kampus Induk, Parit Raja

Marilah bersama-sama menyokong usaha UTHM dalam memperkukuh pengurusan tenaga, kelestarian dan dekarbonisasi kampus.

💡 Jimat Tenaga, Budaya Kita! 💚

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M​Sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

​Sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita dapat mengambil hikmah, meneladani akhlak mulia baginda, serta sentiasa mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan harian.

​Semoga kasih sayang dan syafaat baginda sentiasa mengiringi langkah kita semua.

​Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.

​Ikhlas dari,
Pejabat Kampus Lestari

Address

Parit Raja
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sustainable Campus Office-SCO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share