31/05/2026
KERAJAAN NEGERI JOHOR FOKUS TERUS BANTU RAKYAT
Mandat rakyat adalah tanggungjawab besar, digalas penuh keikhlasan, kesungguhan dan komitmen, diterjemah melalui tindakan yang konsisten dan usaha berterusan memastikan isu dan keperluan diberi perhatian demi kesejahteraan masyarakat.
Sebagai anak jati Parit Raja, membesar di sini… Dari pekan kecil terus melangkah maju dari masa ke masa. Mandat yang diberi, merupakan satu tanggungjawab besar, membawa suara rakyat, memastikan Parit Raja terus bergerak maju dan memberi manfaat kepada semua .
Alhamdulillah Negeri Johor hari ini berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Dengan kestabilan pentadbiran, hala tuju yang jelas serta komitmen yang berterusan, Johor terus melangkah sebagai sebuah negeri yang semakin diyakini, dihormati dan berdaya saing.
Kita dapat melihat perkembangan yang sedang berlaku, pelaburan meningkat, pembangunan terus bergerak, peluang ekonomi berkembang dan keyakinan pelabur terhadap Johor semakin kukuh.
Manfaat dan hasil negeri dikembalikan dengan pelaksanaan pembangunan , ianya juga dapat dirasai oleh masyarakat di kampung - kampung melalui pelbagai inisiatif kebajikan, Bantuan Kasih Johor bagi membantu kualiti kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik .
Melalui Mesyuarat Tindakan DUN, komitmen berterusan Kerajaan Negeri memastikan isu rakyat dapat ditangani dengan tindakan terbaik dan berkesan . Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM16.4 juta bagi melaksanakan 95 projek pembangunan menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) di Daerah Batu Pahat untuk tahun ini .
Sebahagian projek telah siap dilaksanakan, ada yang sedang berjalan dan ada yang masih dalam proses serta menunggu kelulusan.
Dibawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi , semua bergerak sebagai satu pasukan terutama ketika berhadapan dengan isu, situasi dan cabaran bagi memastikan keperluan seluruh rakyat Bangsa Johor dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya .
Dalam pada itu, saya sedar masih terdapat perkara-perkara yang perlu diperjuangkan dan ditambah baik. Namun dengan kestabilan , usaha dan kerjasama semua pihak , Johor berupaya untuk melangkah lebih jauh, demi generasi yang akan datang.
Insya-Allah, mandat dan kepercayaan ini akan terus kami galas dengan kerja, tindakan dan komitmen demi kesejahteraan masyarakat.
Salam Hormat Hajah Nor Rashidah binti Ramli