Centre for Language Studies UTHM

Centre for Language Studies UTHM CLS Official Page

11/09/2026

Some left, some stayed. But all of you made CLS what it is today.

Majlis Sambutan 10 Tahun Pusat Pengajian Bahasa, UTHM.

Terima kasih kepada semua staf yang pernah dan masih menjadi sebahagian daripada kami. Jasamu dikenang, budimu disanjung ❤️

PROGRAM OKONOMIYAKI ZERO WASTE: PENGURUSAN MAKANAN TANPA PEMBAZIRAN BERSAMA PELAJAR KURE KOSEN, JEPUN DAN PELAJAR SMK (P...
11/09/2026

PROGRAM OKONOMIYAKI ZERO WASTE: PENGURUSAN MAKANAN TANPA PEMBAZIRAN BERSAMA PELAJAR KURE KOSEN, JEPUN DAN PELAJAR SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM

Telah berlangsung Program Okonomiyaki Zero Waste: Pengurusan Makanan Tanpa Pembaziran bersama Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, pada 8 September 2026. Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat serta SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Program ini turut disertai oleh 18 orang pelajar dari Kure Kosen, Jepun.

Tema utama bengkel ini ialah “zero waste”. Bengkel ini menampilkan penceramah jemputan, iaitu Associate Profesor Dr. Daisuke Tanikawa dari Kure Kosen, Jepun, yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau tentang cara masyarakat Jepun memulihara alam sekitar melalui pengurusan sisa yang baik dan berteknologi tinggi. Tema “zero waste” ini perlu diterapkan dalam jiwa anak2 bangsa kita demi kelestarian alam pada masa hadapan.

Selain itu, program ini juga turut memperkenalkan budaya makanan “okonomiyaki” iaitu sejenis makanan Jepun yang mula terkenal pada hari ini. Okonomiyaki merupakan sejenis makanan Jepun yang dicipta untuk mengelakkan pembaziran, kerana bahan-bahan untuk menghasilkan makanan ini terdiri daripada bahan yang murah dan boleh menggunakan apa sahaja lebihan-lebihan makanan yang ada di rumah. Okonomiyaki berasal daripada perkataan “okonomi” yang bermaksud mengikut kesukaan dan “yaki” yang membawa maksud membakar atau memanggang.

Sejarah okonomiyaki bermula selepas tamat perang dunia kedua, iaitu selepas pengeboman di Hiroshima. Selepas kejadian tersebut, Hiroshima mengalami “shokuryounan”, iaitu kekurangan makanan yang amat serius. Dalam keadaan tersebut, makanan okonomiyaki mula tercipta, apabila tepung gandum yang dibekalkan oleh tentera Amerika pada waktu itu dibancuh dengan air, dibakar, dan ditambah daun bawang serta sisa-sisa sayuran dan lebihan makanan yang ada agar tidak berlaku pembaziran.

Pada program tersebut, pelajar bukan sahaja diajar tentang “zero waste” dan kepentingan menggunakan sumber alam secara berhemah, malah pelajar juga turut memasak makanan okonomiyaki dengan dibantu oleh pelajar-pelajar dari Kure Kosen, Jepun. Pihak pengurusan dan juga guru-guru SMK (P) Temenggong Ibrahim telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam penganjuran program ini.



CLS @ School – Platform Pemindahan Ilmu Bahasa Inggeris dan Kolaborasi Universiti-KomunitiProgram CLS @ School telah ber...
27/08/2026

CLS @ School – Platform Pemindahan Ilmu Bahasa Inggeris dan Kolaborasi Universiti-Komuniti

Program CLS @ School telah berjaya dijalankan pada 26 Ogos 2026, bertempat di SK Seri Kencana.

Program CSR ini merupakan inisiatif kolaborasi antara Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan SK Seri Kencana bagi memperkukuh hubungan universiti–komuniti serta menyokong pembangunan pendidikan murid.

Antara objektif program ini adalah untuk melaksanakan sesi pemindahan ilmu (knowledge transfer) Bahasa Inggeris kepada pelajar Tahap 1 dan Tahap 2, memperkenal elemen pembelajaran interaktif, serta menggalakkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dengan sekolah.

Aktiviti utama yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah:
* Realia in the Bag – Aktiviti pembelajaran berasaskan objek fizikal untuk membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid secara interaktif.
* Word & Sentences Treasure Hunt – Permainan eksplorasi interaktif berunsurkan pengukuhan kosa kata dan kemahiran membina ayat secara kerjasama kumpulan serta meningkatkan pemikiran kritis murid.

Program CLS @ School telah berjaya mencapai objektifnya dengan penyertaan aktif daripada para murid, guru, dan warga pusat pengajian bahasa yang terlibat. Diharapkan hubungan strategik ini dapat terus memperkasakan pendidikan komuniti setempat serta memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

On 17 August 2026, 14 students from Yamawaki Gakuen High School in Tokyo, Japan, accompanied by four teachers, visited L...
21/08/2026

On 17 August 2026, 14 students from Yamawaki Gakuen High School in Tokyo, Japan, accompanied by four teachers, visited LENS and enjoyed an immersive experience in the world of Alice and English.
The students, who are equivalent to Form 4 and Form 5 students in Malaysia, explored the exhibits and displays related to English culture. They showed great interest in the characters and the world of the story, enjoying the opportunity to experience literature and culture in a different setting.

Ms. Tomii, an English teacher from Yamawaki Gakuen High School, praised the introduction of the book’s characters, noting that it was easy to understand and engaging for the students.

Although the visit was limited in time, the students were able to make the most of their experience and enjoy a meaningful and memorable visit to LENS. The visit also provided a valuable opportunity to promote educational and cultural exchange between Japan and Malaysia.






&Culture

[LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN PERUNDINGAN BERSAMA AKADEMI TADBIR JOHOR (ATJ)]_12 Ogos 2026 (Rabu)_​Pusat Pengajian Bahas...
12/08/2026

[LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN PERUNDINGAN BERSAMA AKADEMI TADBIR JOHOR (ATJ)]

_12 Ogos 2026 (Rabu)_

​Pusat Pengajian Bahasa (PPB) telah menerima kunjungan hormat daripada Akademi Tadbir Johor (ATJ) bagi membincangkan perundingan Kluster Sustainable.

​Sesi perjumpaan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Rosmahalil Azrol, Menjalankan Tugas Dekan Pusat Pengajian Bahasa dan turut hadir sama Encik Ashraf, Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik.

​Delegasi daripada ATJ diwakili oleh Encik Syafiq dan Cik Raudha. Turut hadir Dr. Aimi daripada UTHM selaku pemudah cara bagi sesi ini.

​Antara agenda utama yang dibincangkan ialah hala tuju program English Proficiency Program yang telah dilaksanakan sebelum ini melibatkan staf CLS. Usaha ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zulida, bersama Cik Nurul Atiqah daripada Jabatan Bahasa Inggeris.

​Semoga usaha kolaborasi strategik ini dapat membuahkan hasil yang positif bagi memperkasakan kemahiran bahasa dalam kalangan kumpulan sasar.

05/08/2026

Jerayawara Penstrukturan Semula Kod Kursus Bahasa Melayu UTHM.

Jerayawara Penstrukturan Kod Kursus Bahasa Melayu 2026
05/08/2026

Jerayawara Penstrukturan Kod Kursus Bahasa Melayu 2026

Mesyuarat Pusat Pengajian Bahasa Bil 2/2026
28/07/2026

Mesyuarat Pusat Pengajian Bahasa Bil 2/2026

24/07/2026

Sekalung tahniah kepada seluruh warga Pusat Pengajian Bahasa, UTHM yang telah menerima Anugerah Bitara Kirana 2026 atas pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang ditunjukkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang dengan cemerlang serta menginspirasi seluruh warga universiti. Kepada para pesara, terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah!

— Dekan, Pusat Pengajian Bahasa, UTHM

Tahniah Atas Pelantikan Menjalankan Tugas!Keluarga besar Pusat Pengajian Bahasa (PPB) UTHM ingin mengucapkan setinggi-ti...
06/07/2026

Tahniah Atas Pelantikan Menjalankan Tugas!
Keluarga besar Pusat Pengajian Bahasa (PPB) UTHM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Rosmahalil Azrol (Dekan PPB) dan En. Ashraf Omar (Ketua Jabatan Bahasa Inggeris & Linguistik).
Selamat menjalankan tugas buat kedua-dua tonggak kepimpinan baharu kami. Dengan semangat kerja berpasukan dan kesepaduan yang utuh, kami bersedia menyokong penuh usaha murni ini demi kegemilangan PPB dan UTHM.
"Dengan Hikmah Kita Meneroka — Bersama Memacu Kecemerlangan PPB!"

Address

Parit Raja
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Language Studies UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Centre for Language Studies UTHM:

Shortcuts

Share