Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi UTHM - Suksis UTHM

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi UTHM - Suksis UTHM SELAMAT DATANG KE LAMAN OFFICIAL FACEBOOK KOR-SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (KOR-SUKSIS UTHM)

Melahirkan seorang Pegawai Inspektor SP - PDRM yang mempunyai sikap dan disiplin kepolisan dan pengatahuan undang-undang yang sesuai untuk masyarakat. Melahirkan Siswazah sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal, tahap pengetahuan asas, undang-undang kepolisan, ciri kepimpinan PDRM dan keyakinan diri sebagai seorang pemimpin yang menepati keperluan masyarakat.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM SESI 2026/2027Batu Pahat, 19 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis...
19/06/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM SESI 2026/2027

Batu Pahat, 19 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM bertempat di Dewan Eksekutif, Aras 5, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Majlis yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang itu melibatkan penyertaan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior serta dihadiri oleh pegawai dan jurulatih Kor SUKSIS UTHM.

Majlis dimulakan dengan laporan kehadiran oleh Presiden Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM kepada Pegawai Akademik Kor SUKSIS UTHM, diikuti nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Sang Saka Biru serta bacaan ikrar dan doa. Seterusnya, Pegawai Akademik Kor SUKSIS UTHM menyampaikan amanat dan nasihat kepada para pelatih berkaitan kepimpinan, integriti serta tanggungjawab dalam menerajui organisasi.

Acara utama majlis adalah sesi serah terima tugas Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM daripada barisan kepimpinan sesi 2025/2026 kepada barisan kepimpinan baharu sesi 2026/2027 yang disaksikan oleh Pegawai Akademik Kor SUKSIS UTHM. Majlis turut diteruskan dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebagai simbolik penghargaan kepada barisan kepimpinan terdahulu.

Penganjuran majlis ini bertujuan memastikan proses peralihan kepimpinan organisasi berjalan secara teratur, memperkukuh semangat kepimpinan dan akauntabiliti dalam kalangan pelatih serta menjamin kesinambungan pengurusan Kor SUKSIS UTHM.

Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memastikan kelangsungan kepimpinan serta kecemerlangan organisasi Kor SUKSIS UTHM.

— TAMAT —

SESI FOTOGRAFI TAHUNAN KOR SUKSIS UTHM 2026Batu Pahat, 19 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universi...
19/06/2026

SESI FOTOGRAFI TAHUNAN KOR SUKSIS UTHM 2026

Batu Pahat, 19 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Sesi Fotografi Tahunan Kor SUKSIS UTHM 2026 bertempat di Anjung Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Sesi fotografi ini melibatkan penyertaan Komandan Kor SUKSIS UTHM, pegawai kehormat, pegawai latihan, barisan jurulatih serta pelatih Kor SUKSIS UTHM. Program ini diadakan sebagai persediaan menjelang Majlis Pentauliahan Kor SUKSIS 2026 serta bagi tujuan dokumentasi dan rekod rasmi organisasi.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai sesi fotografi telah dijalankan melibatkan gambar rasmi pengurusan, jurulatih, Majlis Tertinggi serta pelatih mengikut kategori masing-masing. Sesi ini turut menjadi platform untuk merakam kenangan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara pegawai, jurulatih dan pelatih Kor SUKSIS UTHM.

Secara keseluruhannya, sesi fotografi tahunan ini telah berjalan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

— TAMAT —

✨ SERAH TERIMA TUGAS MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM ✨Dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab, Majlis Serah Terima T...
19/06/2026

✨ SERAH TERIMA TUGAS MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM ✨

Dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab, Majlis Serah Terima Tugas Majlis Tertinggi KOR SUKSIS UTHM akan berlangsung bagi menyempurnakan proses peralihan kepimpinan daripada sesi 2025/2026 kepada sesi 2026/2027.

📅 19 Jun 2026 (Jumaat)
🕝 2:30 Petang – 5:00 Petang
📍 Dewan Makan Eksekutif, Aras 5, PTTA, UTHM

Majlis ini bukan sekadar simbolik penyerahan amanah, malah menjadi lambang kesinambungan kepimpinan, komitmen dan dedikasi dalam meneruskan kecemerlangan KOR SUKSIS UTHM.

“Memacu Kepimpinan, Membina Legasi.”

Semoga barisan kepimpinan baharu dapat menggalas amanah dengan penuh integriti serta membawa KOR SUKSIS UTHM ke arah yang lebih gemilang.

19/06/2026

AKTIVITI FITIK DAN PERBINCANGAN ANNUAL GRAND DINNER SERTA LATIHAN JASMANI DAN KAWAD KOR SUKSIS UTHM 2026

Batu Pahat, 13 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited dalam melahirkan pelatih yang berdisiplin, berintegriti dan berketerampilan menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, pengurusan organisasi serta latihan berterusan.

Pada 12 Jun 2026, pelatih Kor SUKSIS UTHM telah melaksanakan aktiviti fitik dan sesi perbincangan bagi persediaan Annual Grand Dinner Kor SUKSIS UTHM 2026 yang berlangsung di Pejabat Kor SUKSIS UTHM. Aktiviti tersebut melibatkan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada kategori senior, intermediate dan junior. Selain menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, pelatih turut mengadakan sesi perbincangan dan penyelarasan berkaitan persiapan majlis yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta meningkatkan kemahiran pengurusan program dalam kalangan pelatih.

Pada keesokan harinya, 13 Jun 2026, Latihan Jasmani dan Kawad Kor SUKSIS UTHM telah dilaksanakan di Padang Kawad UTHM dengan penyertaan seramai 111 orang pelatih. Latihan dimulakan dengan pelaporan kehadiran, pemeriksaan kekemasan diri serta aktiviti senaman dan kecergasan fizikal sebelum diteruskan dengan latihan kawad mengikut silibus yang ditetapkan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman. Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan diri, disiplin serta memperkukuhkan semangat kerjasama dan keseragaman pergerakan dalam kalangan pelatih.

Secara keseluruhannya, kedua-dua aktiviti telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelatih serta bimbingan berterusan daripada pegawai dan jurulatih Kor SUKSIS UTHM.

— TAMAT —

PROGRAM BAKTISISWA PERDANA KOR SUKSIS UA BERAKHIR DENGAN JAYANYAJASIN, 14 Jun 2026 – Program Baktisiswa Perdana Kor SUKS...
16/06/2026

PROGRAM BAKTISISWA PERDANA KOR SUKSIS UA BERAKHIR DENGAN JAYANYA

JASIN, 14 Jun 2026 – Program Baktisiswa Perdana Kor SUKSIS Universiti Awam (UA) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan di Dun Rim, Jasin, Melaka bermula 11 hingga 14 Jun 2026.

Program yang melibatkan pegawai, jurulatih serta para pelatih Kor SUKSIS UA ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, memperkukuh jati diri serta meningkatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga SUKSIS Universiti Awam.

Sepanjang empat hari program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi daripada semua peserta. Kelancaran pelaksanaan program ini turut mencerminkan disiplin, dedikasi serta komitmen seluruh warga SUKSIS dalam menjayakan setiap amanah yang diberikan.

Program ini diharap dapat terus menjadi platform yang bermanfaat dalam melahirkan pelatih yang berdaya saing, berintegriti dan sentiasa cakna terhadap masyarakat.

-TAMAT-

LATIHAN JASMANI DAN KAWAD KOR SUKSIS UTHM 2026Batu Pahat, 13 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Unive...
13/06/2026

LATIHAN JASMANI DAN KAWAD KOR SUKSIS UTHM 2026

Batu Pahat, 13 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan Latihan Jasmani dan Kawad bertempat di Padang Kawad UTHM bermula jam 6.45 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior telah menyertai latihan yang dikendalikan oleh barisan jurulatih Kor SUKSIS UTHM. Program dimulakan dengan pelaporan kehadiran, pemeriksaan kekemasan diri serta senaman ringan dan senam aerobik bagi memastikan pelatih berada dalam keadaan bersedia sebelum latihan diteruskan.

Latihan jasmani diteruskan dengan aktiviti kecergasan fizikal yang bertujuan meningkatkan tahap stamina, ketahanan diri dan kecergasan pelatih. Seterusnya, pelatih menjalani latihan kawad mengikut silibus yang ditetapkan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman bagi memperkukuhkan disiplin, ketepatan pergerakan serta semangat kerjasama berpasukan.

Selain itu, sesi penyampaian sijil penghargaan turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelatih yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang dalam aktiviti Kor SUKSIS UTHM.

Secara keseluruhannya, latihan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam membentuk pelatih yang berdisiplin, cergas serta berdaya saing.

— TAMAT —

AKTIVITI FITIK DAN PERBINCANGAN ANNUAL GRAND DINNER KOR SUKSIS UTHM 2026Batu Pahat, 12 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis ...
12/06/2026

AKTIVITI FITIK DAN PERBINCANGAN ANNUAL GRAND DINNER KOR SUKSIS UTHM 2026

Batu Pahat, 12 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan aktiviti fitik dan sesi perbincangan bagi persediaan Annual Grand Dinner Kor SUKSIS UTHM 2026 yang berlangsung di Pejabat Kor SUKSIS UTHM pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Program ini melibatkan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior. Aktiviti dimulakan dengan pelaporan kehadiran pelatih kepada jurulatih sebelum kerja-kerja fitik dijalankan di sekitar kawasan Pejabat Kor SUKSIS UTHM bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan kondusif.

Seterusnya, pelatih kategori intermediate telah mengadakan sesi perbincangan dan penyelarasan berkaitan persiapan Annual Grand Dinner Kor SUKSIS UTHM 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026 di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Perbincangan memberi fokus kepada pembahagian tugas, penyusunan aturcara majlis, pengurusan jemputan, protokol serta keperluan logistik bagi memastikan kelancaran program.

Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan kepimpinan dalam kalangan pelatih selain meningkatkan kemahiran pengurusan program. Di samping itu, aktiviti fitik yang dilaksanakan turut menyemai nilai kebersihan, disiplin dan sikap prihatin terhadap persekitaran.

Secara keseluruhannya, aktiviti fitik dan sesi perbincangan telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pelatih yang terlibat.

— TAMAT —

11/06/2026

PEMBUBARAN DAN PENGUNDIAN MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM SESI 2026/2027

Batu Pahat, 5 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan sesi Pembubaran dan Pengundian Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM bagi sesi 2026/2027 bertempat di Bilik Kuliah 1, UTHM dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.

Program ini melibatkan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior serta dihadiri oleh pegawai latihan dan barisan jurulatih Kor SUKSIS UTHM.

Majlis dimulakan dengan pelaporan kehadiran pelatih, diikuti nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Gemilang UTHM serta bacaan doa. Seterusnya, Presiden Kor SUKSIS UTHM telah menyampaikan ucapan dan mengumumkan pembubaran Majlis Tertinggi sesi 2025/2026.

Program diteruskan dengan sesi pengundian bagi memilih barisan Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM sesi 2026/2027. Proses pemilihan dilaksanakan secara teratur, telus dan demokratik dengan penglibatan pegawai latihan, jurulatih serta semua pelatih Kor SUKSIS UTHM.

Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada pelatih memilih kepimpinan baharu, memastikan kesinambungan pengurusan organisasi serta melahirkan pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan komited dalam menerajui Kor SUKSIS UTHM.

Secara keseluruhannya, majlis pembubaran dan pengundian telah berjalan dengan lancar, teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan.

— TAMAT —

AKTIVITI SUKAN ANTARA SKUAD PELATIH KOR SUKSIS UTHM 2026Batu Pahat, 6 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKS...
06/06/2026

AKTIVITI SUKAN ANTARA SKUAD PELATIH KOR SUKSIS UTHM 2026

Batu Pahat, 6 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Aktiviti Sukan Antara Skuad Pelatih bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola Jaring UTHM bermula jam 6.45 pagi hingga 3.00 petang.

Program ini melibatkan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior, dengan pemantauan oleh Pegawai Latihan serta barisan jurulatih Kor SUKSIS UTHM.

Aktiviti dimulakan dengan pelaporan kehadiran pelatih kepada jurulatih sebelum sesi senaman ringan dijalankan bagi memastikan tahap kecergasan dan keselamatan peserta berada dalam keadaan baik. Seterusnya, para pelatih dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyertai pertandingan sukan yang telah dirancang.

Pelatih lelaki telah mengambil bahagian dalam pertandingan futsal, manakala pelatih wanita menyertai pertandingan bola jaring. Sepanjang aktiviti berlangsung, para pelatih menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang baik serta kerjasama berpasukan dalam setiap perlawanan yang dijalankan.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, membina daya tahan diri serta memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelatih Kor SUKSIS UTHM. Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat setiakawan antara pelatih serta jurulatih.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan fizikal pelatih, malah membantu membentuk sahsiah, disiplin dan semangat berpasukan yang menjadi teras kepada warga Kor SUKSIS.

— TAMAT —

PEMBUBARAN DAN PENGUNDIAN MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM SESI 2026/2027Batu Pahat, 5 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis ...
05/06/2026

PEMBUBARAN DAN PENGUNDIAN MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UTHM SESI 2026/2027

Batu Pahat, 5 Jun 2026 – Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan sesi Pembubaran dan Pengundian Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM bagi sesi 2026/2027 bertempat di Bilik Kuliah 1, UTHM dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.

Program ini melibatkan seramai 111 orang pelatih yang terdiri daripada 41 pelatih senior, 34 pelatih intermediate dan 36 pelatih junior serta dihadiri oleh pegawai latihan dan barisan jurulatih Kor SUKSIS UTHM.

Majlis dimulakan dengan pelaporan kehadiran pelatih, diikuti nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Gemilang UTHM serta bacaan doa. Seterusnya, Presiden Kor SUKSIS UTHM telah menyampaikan ucapan dan mengumumkan pembubaran Majlis Tertinggi sesi 2025/2026.

Program diteruskan dengan sesi pengundian bagi memilih barisan Majlis Tertinggi Kor SUKSIS UTHM sesi 2026/2027. Proses pemilihan dilaksanakan secara teratur, telus dan demokratik dengan penglibatan pegawai latihan, jurulatih serta semua pelatih Kor SUKSIS UTHM.

Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada pelatih memilih kepimpinan baharu, memastikan kesinambungan pengurusan organisasi serta melahirkan pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan komited dalam menerajui Kor SUKSIS UTHM.

Secara keseluruhannya, majlis pembubaran dan pengundian telah berjalan dengan lancar, teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan.

— TAMAT —

Address

Pejabat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi, Universiti Tun Hussien Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537018

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi UTHM - Suksis UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi UTHM - Suksis UTHM:

Share