Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM Penganjuran kursus kursus yang mantap dan efektif!

13 - 14 Mei 2026 (Rabu-Khamis) KURSUS REVOLUSI IDEA SIRI 2 (KOMPETENSI KREATIF & INOVATIF) Pusat Kepimpinan dan Kompeten...
14/05/2026

13 - 14 Mei 2026 (Rabu-Khamis) KURSUS REVOLUSI IDEA SIRI 2 (KOMPETENSI KREATIF & INOVATIF)

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, UTHM telah menganjurkan Kursus Revolusi Idea (Kompetensi Kreatif dan Inovatif) bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada staf UTHM pelbagai jawatan dan jabatan telah menyertai kursus selama dua hari ini.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan staf dalam menjana idea-idea baharu, menyelesaikan masalah secara kreatif dan membina budaya inovasi dalam organisasi. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik pemikiran kreatif seperti brainstorming, SCAMPER, dan mind mapping, di samping latihan praktikal secara berkumpulan.
Kursus ini turut memberi penekanan kepada kepentingan inovasi dalam meningkatkan kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan.
Melalui kursus ini, diharapkan staf UTHM akan lebih bersedia menjadi agen perubahan yang mampu mencetus idea bernas demi kelestarian dan kecemerlangan universiti.






13 MEI 2025 (RABU) | EXPERIENTAL LEARNING AND COMPETENCY BASED EDUCATIONAL LANDSCAPE (EXCEL)Dalam usaha memperkukuh kual...
13/05/2026

13 MEI 2025 (RABU) | EXPERIENTAL LEARNING AND COMPETENCY BASED EDUCATIONAL LANDSCAPE (EXCEL)

Dalam usaha memperkukuh kualiti penyampaian pendidikan dan memperkasakan kompetensi warga kerja, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah berjaya menganjurkan kursus Experiential Learning and Competency Based Educational Landscape (EXCEL) bertempat di Bilik Lestari 1, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA).

Kursus yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah dikendalikan oleh pakar jemputan, Prof. Madya Dr. Noor Azah binti Samsudin dari Pusat Pembangunan Akademik dan TVET (CAD)

Seramai 34 orang staf UTHM daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) telah hadir menjayakan kursus ini. Sesi interaktif yang dijalankan bukan sahaja membincangkan teori, malah memberi ruang kepada para peserta untuk bertukar pandangan mengenai cabaran dan inovasi dalam bidang pendidikan tinggi dan pengurusan kompetensi.

Penganjuran kursus EXCEL ini membuktikan komitmen berterusan PKK dalam memastikan warga UTHM sentiasa relevan dengan perkembangan terkini landskap pendidikan global, sekaligus menyokong visi universiti ke arah kelestarian akademik dan profesionalisme yang tinggi.

12/05/2026

12 Mei 2026 | AKTIVITI KITAR SEMULA DAN PENGURUSAN E-WASTE PKK ♻️💼✨

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan aktiviti ini sebagai tanda komitmen dalam membudayakan amalan kitar semula serta menyokong usaha kampus lestari di UTHM. ♻️🌿

Amalan reuse, reduce dan recycle di tempat kerja bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar, malah mampu mewujudkan ruang kerja yang lebih tersusun, bersih dan selesa untuk seluruh warga organisasi. Selain itu, budaya kitar semula juga dapat meningkatkan kesedaran sivik serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan staf terhadap penjagaan alam sekitar demi kelestarian masa hadapan. ✨

📍 Lokasi: Pusat Kitar Semula, Blok A20, UTHM Kampus Parit Raja
📅 Tarikh: 12 Mei 2026

Komitmen berterusan ini selaras dengan usaha membudayakan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan sistematik demi meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan organisasi. 🌱

Bersama kita perkukuh amalan EKSA — kecil langkahnya, besar impaknya! ♻️✨

12/05/2026

PROGRAM JOM! HANTAR E-WASTE (SISA ELEKTRIK & ELEKTRONIK) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), KAMPUS PARIT RAJA ♻️💼✨

Pada 8 Mei 2026 lepas, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program ini sebagai tanda komitmen dalam membudayakan amalan kitar semula serta menyokong usaha kampus lestari di UTHM. 🌿♻️

Program anjuran Pejabat Kampus Lestari dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. ini membuka peluang kepada seluruh warga universiti untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik secara bertanggungjawab, selamat dan lestari demi memastikan persekitaran kampus yang lebih hijau dan mampan. ✨

📍 Lokasi: Pusat Kitar Semula, Blok A20, UTHM Kampus Parit Raja
📅 Tarikh: 8 Mei 2026

Komitmen berterusan ini selaras dengan usaha membudayakan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan sistematik demi meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan organisasi. 🌱

Bersama kita perkukuh amalan EKSA — kecil langkahnya, besar impaknya! ♻️✨

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAPusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Universiti Tun Hussein O...
11/05/2026

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan sukacitanya menjemput penyertaan daripada warga UTHM serta agensi luar untuk menyertai Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (Kursus Induksi PP-PPD-PPB).

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang sistem dan cara pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia) di sesebuah Pusat Latihan Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

MAKLUMAT PROGRAM

📅 Tarikh : 25 - 26 Julai 2026 (Sabtu - Ahad)
🕘 Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
📍 Tempat : Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
💰 Yuran Penyertaan : RM 350.00 (Termasuk modul kursus, makan/minum, dan sijil)

🎯 Sasaran Peserta :
* Pegawai Penilai (PP)
* Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
* Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
* Penyelaras PB / Individu yang mengendalikan eSPKM @ PB
* Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
* Personel Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
* Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

📎 Borang Pendaftaran: Sila imbas QR Code

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. Puan Alhana binti Anuar : 07 - 950 7111 / 011 - 1323 4993
2. Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal : 07 - 950 7126 / 011 - 1323 4993
3. Cik Najla Aliyah binti Ehwan : 07 - 950 7165 / 011 - 1323 4993





PENDAFTARAN DIBUKA!KURSUS PEMERKASAAN PROFESIONAL POLIS BANTUAN UNIVERSITI AWAMPusat Kepimpinan dan Kompetensi serta Pej...
11/05/2026

PENDAFTARAN DIBUKA!

KURSUS PEMERKASAAN PROFESIONAL POLIS BANTUAN UNIVERSITI AWAM

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi serta Pejabat Polis Bantuan & Keselamatan - APSeM UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menjemput penyertaan daripada pegawai dan anggota Polis Bantuan universiti awam seluruh Malaysia untuk menyertai Kursus Pemerkasaan Profesional Polis Bantuan Universiti Awam.

Kursus ini dianjurkan bagi memperkukuh kompetensi profesional anggota polis bantuan dalam aspek kepimpinan, komunikasi, pengurusan konflik, integriti serta keupayaan membuat keputusan secara lebih efektif dan profesional. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran pengurusan pasukan serta membina jaringan kerjasama strategik antara universiti awam yang mempunyai Polis Bantuan.

MAKLUMAT PROGRAM

📅 Tarikh : 24 - 26 Jun 2026 (Rabu - Jumaat)

📍 Tempat : Hotel Granada Johor Bahru

💰 Yuran Penyertaan : RM850.00 / seorang
(Termasuk penginapan bilik sharing, makan minum, kit latihan, sijil penyertaan dan modul program)

🎯 Sasaran Peserta :
KP1 - KP9 daripada 12 universiti awam yang mempunyai Polis Bantuan

🎯 Objektif Kursus :
- Memperkasa keupayaan penyelia dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penyampaian arahan yang jelas
- Membentuk kepimpinan berintegriti serta berakauntabiliti tinggi
- Memantapkan keupayaan mengurus, membimbing dan memotivasikan anggota
- Memperkukuh kemahiran pengurusan konflik dan disiplin secara profesional

📎 Borang Pendaftaran :
https://forms.gle/Jj8TaZn6zRny37Kn7

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

1. SI/PB Mohd Azwan bin Azali : 07-9507176 / [email protected]
2. SM/PB Mohd Razid bin Kasaok : 07-9507171 / [email protected]
3. Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal : 07-9507126 / [email protected]
4. Cik Najla Aliyah binti Ehwan : 07-9507165 / [email protected]

11 MEI 2026 | KURSUS SATU PASUKAN SATU MATLAMAT SIRI 2Kursus Satu Pasukan Satu Matlamat Siri 2 telah berjaya dianjurkan ...
11/05/2026

11 MEI 2026 | KURSUS SATU PASUKAN SATU MATLAMAT SIRI 2

Kursus Satu Pasukan Satu Matlamat Siri 2 telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) bagi membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program yang berlangsung di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1 Bangunan Pejabat Pendaftar ini telah menghimpunkan seramai 41 orang staf pelaksana daripada pelbagai latar belakang jabatan.

Penganjuran siri kedua ini membawa misi penting untuk menyatukan hala tuju serta memupuk sinergi yang lebih tersusun. Bukan sekadar kursus biasa, ia menjadi platform utama bagi para peserta untuk menyelaras matlamat kerja agar sentiasa selari dengan visi besar organisasi. Melalui aktiviti yang dijalankan, nilai-nilai kerjasama dan kesatuan hati menjadi fokus utama bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan lebih efisien.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi selaku penganjur berharap agar momentum yang terbina sepanjang kursus ini mampu menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih mantap. Dengan semangat kebersamaan yang tinggi, setiap warga kerja diharapkan dapat bergerak seiring sebagai satu unit yang kukuh, sekali gus membawa mutu perkhidmatan UTHM ke tahap yang lebih cemerlang dan berimpak.





7 Mei 2026 | Kursus Komunikasi Efektif Prestasi Hebat Siri 3Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM (PKK) telah menganjurka...
07/05/2026

7 Mei 2026 | Kursus Komunikasi Efektif Prestasi Hebat Siri 3

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM (PKK) telah menganjurkan Kursus Komunikasi Efektif Prestasi Hebat Siri 3 sebagai kesinambungan usaha memperkasa kemahiran komunikasi dalam kalangan staf.

Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kecekapan komunikasi profesional agar penyampaian maklumat menjadi lebih jelas, berkesan dan berimpak tinggi dalam tugasan harian.

Kursus yang berlangsung mulai 9.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang ini telah disampaikan oleh Dr Khair bin Md Som dari SAF Consulting & Training Sdn Bhd dan dihadiri seramai 23 orang staf dari pelbagai PTj di UTHM

PKK berharap agar ilmu dan kemahiran berkomunikasi yang diperolehi, dapat diamalkan serta dikongsi bersama rakan sekerja demi kecemerlangan organisasi.





7 Mei 2026 | Anugerah Staf Terampil Bulan April 2026Anugerah bulanan ini diwujudkan sebagai salah satu bentuk penghargaa...
07/05/2026

7 Mei 2026 | Anugerah Staf Terampil Bulan April 2026

Anugerah bulanan ini diwujudkan sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada staf Pusat Kepimpinan dan Kompetensi yang komited dalam menjaga keterampilan diri sebagai staf universiti.

Keterampilan meliputi aspek penampilan dan kekemasan diri, kehadiran harian serta kualiti khidmat pelanggan yang baik dan konsisten. Anugerah ini bukan bertujuan untuk menentukan siapa yang terbaik dalam kalangan staf, tetapi ia merupakan satu rangsangan dan motivasi kepada semua staf supaya sentiasa berusaha untuk berketerampilan terbaik. Keterampilan yang baik mencerminkan kualiti diri dan imej organisasi. Jadikan penambahbaikan berterusan sebagai satu budaya kerja kita. Tahniah diucapkan kepada Encik Hasnolulailee bin Mohd Hamdi. 👏👍

Majlis turut diserikan dengan amanat bulanan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Nor Hazana binti Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, sebagai suntikan semangat kepada semua staf PKK dalam meneruskan kecemerlangan perkhidmatan.

Pada masa yang sama, majlis turut disusuli dengan Bacaan Doa Selamat Duyufurrahman buat Encik Mohd Azam bin Jainal, Ketua Bahagian Pembangunan Kompetensi dan Latihan PKK yang bakal menunaikan ibadah haji pada 18 Mei 2026. Seluruh warga PKK mendoakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan perjalanan serta dikurniakan haji yang mabrur. 🤲🕋

Selain itu, warga PKK turut bersama-sama menjayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hour sebagai usaha berterusan dalam membudayakan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti. Amalan EKSA bukan sahaja membantu meningkatkan kekemasan dan keceriaan ruang kerja, malah mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih produktif dan harmoni.






Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share