Jabatan Amal Malaysia - Kawasan Muar

Jabatan Amal Malaysia - Kawasan Muar Jabatan Amal Malaysia atau pernah dikenali sebagai “Unit Amal” merupakan salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli PAS.

Jom bersama-sama menyumbang bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir
17/09/2026

Jom bersama-sama menyumbang bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir

🎣 𝙎𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙏𝙚𝙥𝙞 𝙋𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 🏖️Selain Usrah Manhaj Tafsir Al Quran & Hadith, Pemuda PAS Muar juga turut aktif bers**an kebiasaan...
16/09/2026

🎣 𝙎𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙏𝙚𝙥𝙞 𝙋𝙖𝙣𝙩𝙖𝙞 🏖️

Selain Usrah Manhaj Tafsir Al Quran & Hadith, Pemuda PAS Muar juga turut aktif bers**an kebiasaannya. Namun kali ini kita memancing p**a. Tak jauh pun, Tanjung Tohor saja. Bagi kaki pancing pasti akan tahu 'port baik' ni.

Semalam pun ramai kaki pancing yang tidak melepaskan peluang untuk memancing kerana faktor air pasang sekitar 8.30 keatas. Tengah syok BBQ, anak-anak bermain pasir tangkap macam - macam hidupan dan kaki pancing menghayun joran melempar kail ke tengah lautan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

Walaupun tak lama sekitar 1/2 jam saja, namun semua orang lari berteduh dibawah khemah yang satu itu. Angin pun boleh tahan kuat. Rasa macam nak terbang je khemah tempat kami ramai-ramai berpaut.

Itulah keadaan yang mencipta kenangan yang akan diingati, yang merapatkan nilai ukhuwah yang cukup berharga. Bila hujan reda, kita sambung balik bakar ayam, memancing dan membiarkan anak-anak menikmati malam cuti sempena Hari Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾




🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir ...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
16 September 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara lahir daripada perpaduan, kesatuan dan semangat kebersamaan.

Berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, namun kita tetap berdiri sebagai satu bangsa, berkongsi bumi yang sama dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni, sejahtera dan maju.

Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghormati kepelbagaian dan mengukuhkan semangat Malaysia sebagai sebuah keluarga besar.

Bersatu hati, teguh bersama, demi Malaysia tercinta. 🇲🇾❤️💙💛

Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar


15/09/2026

Takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

11/09/2026
𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙏𝙖𝙧𝙗𝙞𝙮𝙖𝙝 𝙂𝙚𝙧𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙍𝙚𝙗𝙖𝙝Usrah Mingguan Pemuda PAS Muar kali ini ke Cawangan Pt Nipah. Alhamdulillah dapat menyantuni...
10/09/2026

𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙏𝙖𝙧𝙗𝙞𝙮𝙖𝙝 𝙂𝙚𝙧𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙍𝙚𝙗𝙖𝙝

Usrah Mingguan Pemuda PAS Muar kali ini ke Cawangan Pt Nipah. Alhamdulillah dapat menyantuni beberapa orang Pemuda dalam cawangan tersebut.

Pasca Muktamar ini perkongsian Usrah juga berkaitan dengan dapatan Muktamar yang membawa agenda besar Penyatuan Ummah. Tema Memimpin Penyatuan dan Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan merupakan perkara penting yang mesti difahami.

Anak-anak muda khususnya yang meminati s**an permotoran, minat pergi event motosikal, s**a main motor. Jom hadir ke Gathering ARC Malaysia yang akan berlangsung di Desa Keroma Eco Resort pada 7 & 8 November depan. Maklumat lanjut boleh refer poster dalam comment.




𝗠𝘂𝗸𝘁𝗮𝗺𝗮𝗿 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲 - 𝟳𝟮Sekitar hari pertama Muktamar PAS Pusat semalam. Pemuda penuh dengan aktiviti antaranya a...
05/09/2026

𝗠𝘂𝗸𝘁𝗮𝗺𝗮𝗿 𝗣𝗔𝗦 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲 - 𝟳𝟮

Sekitar hari pertama Muktamar PAS Pusat semalam. Pemuda penuh dengan aktiviti antaranya anggota Jabatan Amal bertugas menjaga traffic, parkir & lain-lain tugasan.

Menjadi anggota Jabatan Amal Malaysia mempunyai pelbagai cabaran khususnya dalam mengurus program yang besar seperti Muktamar PAS Pusat ini.

Kehadiran perwakilan, pemerhati & ahli PAS dari seluruh Malaysia, sudah tentu kenderaannya pun banyak. Bukan sekadar motor & kereta, bas pun banyak.

Kekuatan mental & fizikal serta kestabilan emosi sangat dituntut dalam melaksanakan tugasan yang mencabar ini sama ada dibawah panas terik mahupun dibasahi hujan.

Bila melihat program berjalan lancar, traffic mengalir deras, kenderaan parkir teratur dan keselamatan semua yang hadir terjamin, semua lelah ibarat hilang begitu saja. Ditambah p**a dikelilingi oleh sahabat yang sangat positif.





05/09/2026

🔴 SIARAN LANGSUNG | MUKTAMAR TAHUNAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
KALI KE-72

Agenda Keempat
- Membahas Usul-usul

Agenda Kelima
- Ucapan Penggulungan Oleh Pemimpin

📅 5 September 2026 | 23 Rabiulawal 1448H | Sabtu
⏰ 8.30 Pagi
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.

👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW

04/09/2026

🔴 SIARAN LANGSUNG | PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
KALI KE-72

📅 4 September 2026 | 22 Rabiulawal 1448H | Jumaat
⏰ 8.30 Pagi
📍 PUTIK, Kelantan

📺 Saksikan siaran langsung di Facebook dan kongsikan live ini kepada rakan-rakan anda.

👍 LIKE
💬 KOMEN
🔄 SHARE
➕ FOLLOW

03/09/2026

🔴((LIVE)) MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI KE-67

📅3 September 2026 | Khamis
🏢Grand Riverview Hotel, Kota Bharu

Address

Jalan Temenggong Ahmad
Parit Jawa
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia - Kawasan Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share