Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

Pejabat Kesihatan Daerah Kerian Kesihatan Masyarakat Menjadi Tonggak Utama Organisasi kerajaan

Adik - Adik tahu tak Faedah tidak merokok dan v**e?🤔Jom Baca di sini.👇
26/05/2026

Adik - Adik tahu tak Faedah tidak merokok dan v**e?🤔
Jom Baca di sini.👇

Adik-adik tahu tak faedah tidak merokok dan v**e? 🤔
Jom baca di sini 👇✨

🕌✨ Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama-sama memastikan rumah dan persekitaran bebas daripada temp...
26/05/2026

🕌✨ Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, marilah kita bersama-sama memastikan rumah dan persekitaran bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. 🦟

Dalam kesibukan menerima tetamu dan beraya, jangan lupa:

✅ Periksa kawasan rumah
✅ Buang bekas yang menakung air
✅ Ikat & buang sampah dengan sempurna
✅ Pastikan longkang dan pasu bunga sentiasa bersih
🚨 Sedikit air bertakung pun cukup untuk Aedes membiak.
Lindungi keluarga dan komuniti kita daripada denggi.
⏰ Hanya 10 minit seminggu
🔍 Cari & Musnah tempat pembiakan Aedes

Marilah bersama-sama membantu reshare infografik dan video berkaitan denggi di media sosial masing-masing sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dan pencegahan denggi secara berterusan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙
Raikan dengan selamat, sihat dan bebas denggi 💚








📢 Pesanan daripada KPPK Cawangan Vektor

Tahu tak Bahayanya kesan Merokok/v**e?
25/05/2026

Tahu tak Bahayanya kesan Merokok/v**e?

Tahu tak bahayanya kesan merokok/v**e? ☝️ 🤨

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) SMK Sri Perak Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar melibatka...
25/05/2026

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) SMK Sri Perak Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar melibatkan seramai 64 orang murid Tingkatan 1 sebagai peserta program. Inisiatif ini memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, kesejahteraan mental, emosi serta kesihatan remaja secara holistik melalui pelaksanaan pentaksiran Myrat25, sesi penerangan PEARL serta turut diselitkan dengan sesi X-Break Gaya Hidup Aktif sebagai aktiviti ringan yang menggalakkan amalan hidup sihat dalam kalangan peserta.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama erat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, melibatkan kehadiran dan sokongan Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, Dr. Hajah Rozaimah binti Abu Talib, serta Pakar Perubatan Kesihatan Awam Daerah Kerian, Dr. Khairunnisa binti Mohamed, dalam usaha memperkasa kesedaran serta kefahaman berkaitan kesihatan dan kesejahteraan remaja.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini, khususnya pihak sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, para fasilitator serta semua peserta yang telah bersama-sama menyokong agenda pembangunan generasi remaja yang sihat, sejahtera dan lestari.

Alhamdulillah, Program Pelancaran Projek Inovasi COMBI Daerah  Kerian Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan...
23/05/2026

Alhamdulillah, Program Pelancaran Projek Inovasi COMBI Daerah Kerian Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu utama dan perasmi program, Yang Berusaha Dr Hajah Rozaimah binti Abu Talib, Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, serta Yang Berusaha Dr. Khairunnisa binti Mohamed, Pakar Perubatan Kesihatan Awam PKD Kerian, bersama barisan kepimpinan COMBI Daerah Kerian, pengerusi-pengerusi COMBI lokaliti dan para jemputan.

Program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti utama seperti pembentangan projek inovasi COMBI, sesi senamrobik serta pameran pencegahan denggi yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam agenda kesihatan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta warga COMBI Daerah Kerian atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memberi impak positif ke arah melahirkan komuniti yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya tahan.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat.



PART 2 :  @ KLINIK KESIHATAN BAGAN SERAI @ 10 FEBRUARI 2026💜MINGGU JELAJAH KESEDARAN KANSER : “KERIAN MELAWAN KANSER - K...
23/05/2026

PART 2 : @ KLINIK KESIHATAN BAGAN SERAI @ 10 FEBRUARI 2026

💜MINGGU JELAJAH KESEDARAN KANSER : “KERIAN MELAWAN KANSER - KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA" SEMPENA SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2026 PERINGKAT PKD KERIAN💜

Syabas kepada semua yang berdedikasi menyempurnakan program ini.








Pegawai Kesihatan Daerah Kerian

🎗️

PART 1 - KLINIK KESIHATAN KUALA KURAU @ 13 FEBRUARI 2026💜MINGGU JELAJAH KESEDARAN KANSER : “KERIAN MELAWAN KANSER - KEPE...
23/05/2026

PART 1 - KLINIK KESIHATAN KUALA KURAU @ 13 FEBRUARI 2026

💜MINGGU JELAJAH KESEDARAN KANSER : “KERIAN MELAWAN KANSER - KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA" SEMPENA SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2026 PERINGKAT PKD KERIAN💜

Kanser merupakan antara penyebab utama kematian di dunia selain penyakit NCD yang lain seperti serangan jantung, komplikasi diabetes dan strok. Namun, kanser juga bukanlah tanda pengakhiran sebuah harapan bagi seseorang individu cekal yang diuji penyakit ini.

❗Tahukah anda, pengesanan awal dan rawatan segera mampu meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan serta dapat menyelamatkan nyawa❓

Justeru, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (NCD) PKD Kerian telah tampil dengan Program Minggu Jelajah Kesedaran Kanser yang bermula dari 9 hingga 13 Februari 2026 yang lalu bagi memberi info dan kesedaran kepada masyarakat terhadap langkah pencegahan, faktor risiko, tanda awal dan kepentingan saringan kesihatan, dalam usaha mengurangkan beban penyakit ini.

Dua klinik kesihatan telah terpilih untuk berkolaborasi bersama Unit NCD dalam program mega bersama komuniti iaitu Klinik Kesihatan Bagan Serai (10 Februari 2026) dan Klinik Kesihatan Kuala Kurau (13 Februari 2026), di mana Majlis Perasmian Penutupan Minggu Jelajah Kanser juga telah disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, Dr. Hajah Rozaimah binti Abu Talib di Klinik Kesihatan Kuala Kurau.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah :

🧑🏻‍⚕️Ceramah Kanser dari Pakar & Pegawai Kesihatan

🎪Pertandingan Booth Kanser antara Klinik Kesihatan

🔎🧫Saringan Kesihatan & Saringan Kanser Percuma ( IFOBT test: Kanser Usus Besar, Ujian Pap Smear & HPV test :Kanser Pangkal Rahim, Pemeriksaan Payudara)

📊Pameran & ceramah dari MAKNA Malaysia

🎁Kuiz Kesihatan

💃🏻Aerobik-dance

🗞️Edaran risalah dan pendidikan kesihatan kepada klien klinik kesihatan

Harapan kami agar kita semua dapat mengurangkan stigma serta memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser demi komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Syabas kepada semua yang berdedikasi menyempurnakan program ini.






🎗️

🎈SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA BERGANDA PERINGKAT PKD KERIAN TAHUN 2026 :* - PART 2🫁HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA🚭🫀HARI ...
23/05/2026

🎈SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA BERGANDA PERINGKAT PKD KERIAN TAHUN 2026 :* - PART 2

🫁HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA🚭
🫀HARI HIPERTENSI SEDUNIA 🩺
💋 HARI JURURAWAT SEDUNIA💄

Antara aktiviti yang dijalankan oleh anggota kesihatan PKD Kerian bersama Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, Dr Rozaimah Abu Talib ialah :

🗞️ Edaran Risalah Kemudaratan Produk Tembakau kepada orang awam di Pekan Alor Pongsu

🚭 Jelajah Bebas Asap Rokok kepada Jabatan (Pejabat Penghulu Mukim Alor Pongsu, Pusat Tabika & Balai Polis Alor Pongsu)

🏃🏼‍♂️ Mini Explorace Hari Tanpa Tembakau & Aktiviti 10 Ribu Langkah

Syabas & tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini 🎊

Kesihatan Tanggungjawab Bersama







🎈SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA BERGANDA PERINGKAT PKD KERIAN TAHUN 2026 :* - PART 1 🫁HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA🚭🫀HARI...
23/05/2026

🎈SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA BERGANDA PERINGKAT PKD KERIAN TAHUN 2026 :* - PART 1

🫁HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA🚭
🫀HARI HIPERTENSI SEDUNIA 🩺
💋 HARI JURURAWAT SEDUNIA💄

Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Klinik Kesihatan Alor Pongsu telah menganjurkan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Hari Hipertensi Sedunia peringkat PKD Kerian tahun 2026 pada 22 Mei 2026 bertempat di Dewan Serbaguna PDT Alor Pongsu. Sambutan ini diadakan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan PKD Kerian di mana Klinik Kesihatan Alor Pongsu telah terpilih menjadi tuan rumah pada bulan ini.

Pelbagai aktiviti telah disusun dan telah berjaya dilaksanakan sepanjang hari tersebut, di mana objektif utama program adalah untuk mewujudkan satu platform penyatuan dan penyampaian maklumat antara anggota kesihatan dan komuniti setempat dalam memperluaskan lagi hebahan info tentang kesihatan awam, seterusnya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya terhadap kepentingan pencegahan penyakit tidak berjangkit khususnya hipertensi dan obesiti, kemudaratan amalan rokok dan produk tembakau, amalan gaya hidup sihat dan pemakanan rendah garam.

Dengan tema sambutan berganda :

📌 🚭Tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 - Membongkar Tarikan, Menangkis Ketagihan Nikotin & Tembakau🚭

📌 🩺Tema Hari Hipertensi Sedunia 2026 - Bersama-sama Mengawal Hipertensi : Periksa Tekanan Darah Secara Berkala, Kalahkan Pembunuh Senyap🩺

Program ini turut melibatkan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan antaranya seperti berikut :

🗞️ Edaran Risalah Kemudaratan Produk Tembakau kepada orang awam di Pekan Alor Pongsu

🚭 Jelajah Bebas Asap Rokok kepada Jabatan (Pejabat Penghulu Mukim Alor Pongsu, Pusat Tabika & Balai Polis Alor Pongsu)

🏃🏼‍♂️ Mini Explorace Hari Tanpa Tembakau & Aktiviti 10 Ribu Langkah

✋🏻 Laungan Ikrar Anti Produk Tembakau

🎁 Kuiz Kesihatan

🎀 Cabutan bertuah

Sambutan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kerian, Dr. Hajah Rozaimah Abu Talib. Majlis diserikan lagi dengan upacara pemotongan kek sebagai tanda simbolik Sambutan Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai pengorbanan para jururawat yang hadir.

Semoga penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran kepada anggota kesihatan dan masyarakat untuk menjauhi penggunaan produk tembakau dan mengambil langkah proaktif dalam mengawal tekanan darah demi kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.

Syabas & tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini 🎊

Kesihatan Tanggungjawab Bersama







Address

Jalan Sekolah
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kerian:

Share