Pejabat Daerah dan Tanah Kerian

Pejabat Daerah dan Tanah Kerian Jabatan Kerajaan peringkat daerah di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu p**ang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah p

emerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi pop**ar dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN". Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai). Muka bumi
Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut. Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ...
31/05/2026

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—œ๐—•๐—ก๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada :
๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป


๐Ÿ‘ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐‘ณ๐’Š๐’Œ๐’†,๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ & ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’† ๐‘บ๐’๐’„๐’Ž๐’†๐’… ๐‘ท๐‘ซ๐‘ป ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’Š๐’‚๐’

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—žKepada semua penganut Buddha.Semoga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejaht...
30/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž

Kepada semua penganut Buddha.
Semoga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat semua.
Marilah kita bersama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan kebajikan demi masyarakat yang bersatu padu.

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ :
๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.


๐Ÿ‘ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐‘ณ๐’Š๐’Œ๐’†,๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ & ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’† ๐‘บ๐’๐’„๐’Ž๐’†๐’… ๐‘ท๐‘ซ๐‘ป ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’Š๐’‚๐’

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSelamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebe...
26/05/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus menyatukan kita dalam kehidupan bermasyarakat dan pekerjaan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta kebahagiaan buat kita semua.

โœจ โ€œAidiladha mengajar erti keikhlasan dalam pengorbanan dan kekuatan dalam ketaatan.โ€

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ :
๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.


๐Ÿ‘ ๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐‘ณ๐’Š๐’Œ๐’†,๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜ & ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’“๐’† ๐‘บ๐’๐’„๐’Ž๐’†๐’… ๐‘ท๐‘ซ๐‘ป ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’Š๐’‚๐’

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Š๐€๐‹๐”๐Œ๐๐€๐๐†, ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐’๐ˆ๐๐†SELINSING, PERAK | 20 Mei 2026 โ€“ YB Datoโ€™...
22/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐˜๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Š๐€๐‹๐”๐Œ๐๐€๐๐†, ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐’๐ˆ๐๐†

SELINSING, PERAK | 20 Mei 2026 โ€“ YB Datoโ€™ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Kalumpang, Selinsing bagi meninjau khazanah hutan paya bakau serta melihat sendiri potensi kawasan tersebut sebagai destinasi ekopelancongan dan pusat pendidikan alam sekitar yang berdaya maju.

Lawatan ini turut disertai oleh Y.Bhg Datoโ€™ Mohd Basri bin Abdul Manaf , Pengarah Perhutanan Negeri Perak bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Tuan Saidi bin Haji Shaari selaku Pegawai Daerah Kerian, Tuan Helmi bin Yusof @ Jusoh, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Puan Rabizah Hasni binti Muhamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan (PDT Kerian), Puan Norhafisah binti Haji Mohamad, Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Mat kasa @ Mohamad kasa bin Arsad, Penghulu mukim Selinsing, JPKK Sungai Protan serta beberapa wakil agensi berkaitan.

Sepanjang lawatan, rombongan telah diberi penerangan mengenai usaha pemuliharaan Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terkenal sebagai antara ekosistem paya bakau terbaik di dunia. Kawasan ini bukan sahaja berfungsi sebagai benteng semula jadi pesisir pantai, malah menjadi habitat penting pelbagai spesies flora dan fauna serta memainkan peranan besar dalam penyerapan karbon bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

YB Datoโ€™ Ahmad Suaidi turut meninjau kawasan konservasi dan mendengar taklimat berkaitan pengurusan hutan, langkah-langkah pemeliharaan yang dilaksanakan serta cadangan pembangunan ekopelancongan berasaskan alam semula jadi di Pulau Kalumpang.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian sumber semula jadi negeri untuk masa hadapan.Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar.

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ ๐—–๐—จ๐—ž๐—”๐—œ  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ...
20/05/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿ“ข ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ ๐—–๐—จ๐—ž๐—”๐—œ
๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ
๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ:
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—š๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜‚.
๐Ÿ“… 21 Mei 2026 (Khamis)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau

Jangan lepaskan peluang ini !!!
Jumpa anda di sana ๐Ÿ‘

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐’๐” ๐Œ๐Ž๐“๐€๐‚ ๐Š๐„ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Š๐€๐‹๐”๐Œ๐๐€๐๐†, ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐’๐ˆ๐๐†7 Mei 2026 - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (M...
20/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐’๐” ๐Œ๐Ž๐“๐€๐‚ ๐Š๐„ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Š๐€๐‹๐”๐Œ๐๐€๐๐†, ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐’๐ˆ๐๐†

7 Mei 2026 - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Datoโ€™ Shaharuddin bin Abu Sohot, telah meluangkan masa untuk melawat ke Pulau Kalumpang, Mukim Selinsing Daerah Kerian bagi melihat potensi pelancongan di Kawasan berkenaan. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Saidi bin Haji Shaari Pegawai Daerah Kerian ; Tuan Helmi bin Yusof@Jusoh Yang Dipertua Majlis, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Perak, Jabatan Warisan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Dun Selinsing, penghulu Mukim Selinsing serta JPKK Mukim Selinsing.
Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti projek-projek yang berpotensi untuk dilaksanakan serta permohonan penyelenggaraan serta pembaikan infra sedia ada. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menjadikan Pulau Kalumpang sebagai satu tempat eko pelancongan baru dalam peta Daerah Kerian. Bagi pembangunan jangka masa Panjang kerjasama antara jabatan amat diperlukan bagi tujuan penjagaan penyelenggaraan pembaikan dan promosi Pulau Kalumpang ini.
Lawatan diakhiri dengan taklimat oleh Jabatan Perhutanan negeri Perak (LMS), sesi bergambar dan jamuan makan.

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฒ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฒ๐—ฆ๐— ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ๐—™BUKIT MERAH, 19 Mei 2026 โ€“ Bengkel eDaerah dan eSMKerian 2...
20/05/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฒ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฒ๐—ฆ๐— ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ๐—™

BUKIT MERAH, 19 Mei 2026 โ€“ Bengkel eDaerah dan eSMKerian 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Merah Laketown Resort dengan menghimpunkan 120 terdiri dari Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah,Pegawai UPEN, PerakGis,Jurutera, Penolong Jurutera serta Penghulu dari seluruh negeri Perak.

Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) Perak ini bertujuan memperkenalkan serta berkongsi pelaksanaan sistem eDaerah dan eSMKerian yang dibangunkan secara dalaman dan kini digunakan oleh PDT Kerian bagi memperkemaskan pengurusan pentadbiran serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Terdahulu, dalam ucapan aluan, Pegawai Daerah Kerian, Tuan Saidi bin Haji Shaari menyatakan bahawa pembangunan sistem secara dalaman tersebut sedikit sebanyak telah membantu melancarkan urusan pentadbiran daerah, khususnya dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sesi perkongsian bengkel telah disampaikan oleh Puan Hajah Rabizah Hasni binti Muhamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah bersama Encik Mohamad Zarol Hisham bin Mohamad Kadir, Penghulu Mukim Beriah. Manakala demonstrasi sistem p**a dikendalikan oleh Encik Muhamad Ridzuan bin Mohamed, Penghulu Mukim Gunung Semanggol bagi memberi gambaran lebih jelas berkaitan fungsi serta penggunaan sistem tersebut dalam operasi harian pentadbiran daerah.

Bengkel tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah menyempurnakan perasmian program berkenaan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pembangunan sistem tersebut bukan bertujuan menyaingi mana-mana sistem sedia ada, sebaliknya merupakan satu inisiatif inovatif yang mampu membantu mempertingkatkan keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan di peringkat pentadbiran daerah.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut diberi peluang meneliti secara lebih dekat kaedah pelaksanaan sistem serta berkongsi pandangan berhubung potensi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan.

Hasil daripada bengkel tersebut, para peserta telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap pelaksanaan sistem eDaerah dan eSMKerian, di samping mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan sistem yang dibangunkan dapat terus diperkasakan serta diperluaskan penggunaannya demi manfaat pentadbiran daerah secara keseluruhan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kump**an inovasi eDaerah dan eSmkerian untuk usaha yang berterusan dalam memantapkan lagi pentadbiran di daerah Kerian

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—˜ (๐—ข๐—ฆ๐—–) ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒBagan Sera...
16/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—˜๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—˜ (๐—ข๐—ฆ๐—–) ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Bagan Serai | 14 Mei 2026 | Dewan Komuniti Bagan Serai, Perak.

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Program Keluarga Angkat One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak Peringkat Daerah Kerian Tahun 2026 yang menghimpunkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan serta rakan strategik dalam usaha memperkukuh agenda kesejahteraan sosial dan pembasmian kemiskinan di Daerah Kerian.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Salbiah binti Mohamed - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Turut bersama ialah Puan Jamilah binti Zakaria - Pengarah WANITA Perak, Puan Rabizah Hasni Binti Muhamad - Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan),
Puan Norhafisah binti Mohamad - Setiausaha Majlis Daerah Kerian dan Tuan Haji Mohd Shukhairi bin Mohd Ibrahim - Penolong Pengarah Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan/agensi rakan strategik OSC Daerah Kerian, pemimpin masyarakat serta yang diraikan para peserta Program Keluarga Angkat OSC Sejahtera Sosial Negeri Perak Peringkat Daerah Kerian tahun 2026.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan sokongan ICU Negeri Perak selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam memastikan bantuan dan intervensi dapat disampaikan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berimpak tinggi kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Bagi tahun 2026, pendekatan program memberi fokus kepada konsep keluarga angkat melibatkan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) melalui intervensi mengikut kluster seperti Kesihatan, Keusahawanan, TVET dan Sumber Manusia.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk:
โœ… Pemeriksaan dan taklimat kesihatan
โœ… Taklimat Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK)
โœ… Penyerahan bantuan kepada peserta
โœ… Penyampaian kotak makanan
โœ… Cabutan bertuah
โœ… Jamuan Kenduri Rakyat
โœ… Ziarah Kasih

Seusai majlis, YB Dato' Salbiah Mohamed telah menyempurnakan sesi โ€œZiarah Kasihโ€ ke rumah-rumah keluarga angkat yang terpilih.

Program ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi strategik antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIPk, STEP, PASAK, Kolej Komuniti Bagan Serai dan lain-lain lagi dalam menyediakan bantuan, kursus kemahiran, peluang pekerjaan serta pembangunan ekonomi kepada keluarga sasaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi Kawasan DUN Gunung Semanggol, DUN Alor Pongsu dan DUN Selinsing atas sumbangan kotak-kotak makanan dan hadiah-hadiah cabutan bertuah. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.









๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”Tanjung Piandang | 05 Mei 2026 | Dewan PDT Tanjung Piand...
16/05/2026

๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Tanjung Piandang | 05 Mei 2026 | Dewan PDT Tanjung Piandang,Perak.

Jabatan Penjara Malaysia hari ini mengadakan Majlis Pra Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI & Sekolah Angkat MADANI yang berlangsung di Dewan PDT Tanjung Piandang, Kerian Perak. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara dengan kerjasama erat komuniti setempat, agensi-agensi di Daerah Kerian.

Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI didefinisikan sebagai usaha menyatukan komuniti, prospek, NGO dan agensi berkaitan untuk membina kekuatan bersama, demi melestarikan keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Beberapa projek yang akan dilaksanakan dibawah program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI juga turut melibatkan program TVET.

Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI ini menjadi simbol keberhasilan kolaborasi antara kerajaan, komuniti dan institusi pemulihan dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni, progresif serta inklusif. Harapan Jabatan Penjara Malaysia agar program ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh melalui inisiatif atau program berkaitan Pemulihan Dalam Komuniti.

Turut hadir YBrs. Tuan Saidi Bin Haji Shaari, Pegawai Daerah Kerian, Pegawai Khas YAB MB DUN Kuala Kurau dan T**i Serong, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim Tanjung Piandang, Penghulu Mukim Bagan Tiang, Pemimpin-peminpin masyarakat serta warga Jabatan Penjara Malaysia.

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—จ...
13/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž
๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

Warga Perak! Rebut peluang ini SEKARANG!!!
๐Ÿ”ŠUntuk Makluman
๐Ÿ”ดSemua Insentif Perak Sejahtera :
๐Ÿ”‰Prihatin Rakyat 2026
๐Ÿ”ดJangan Lepaskan Peluang Ke Emasan Ini Terdapat 5 Insentif Utama Diberikan.
๐Ÿ”ดTempoh Diberikan Sehingga ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.
๐Ÿ”ดApe lagi Jom Bayar Cukai Tanah

Jangan tunggu lagi! Manfaatkan insentif kewangan ini sebelum tempoh tamat!
๐Ÿ”ดMoh Kita!

Address

Jalan Pejabat
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057161963

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share